Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Sunday, February 21, 2010

'Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah'

Semoga Allah memberkati kalian dan mengurniakan lebih banyak kebaikan. Sedih tak dapat sama-sama meraikan hati bahagia kawan-kawan. Cuma doa saja yang mampu saya kirimkan dari jauh. Tahniah kerana melengkapkan separuh dari agama dan baki selebihnya dengan ketaqwaan yang berterus-terusan insyaAllah.

'Macam tak percaya je, dia dah nak kawin'

'Hah,cepatnya. Dah tua rupanya kawan saya ni, nak kawin dah'

Ayat-ayat biasa yang melantun ke gegendang telinga. Sebabnya, rasa baru semalam je kami duduk ramai bersama-sama. Berkongsi rasa dan pengalaman.

Takdir

Ketentuan dariNYA datang tanpa kita meminta-minta seiring dengan doa yang sungguh-sungguh. Allah itu dekat.

Tersayat juga hati bila ada sahabat saya mengeluh, jodohnya belum sampai sedangkan ramai yang seangkatan sudah selamat. Teringat kata ustazah masa di universiti, semua sudah ditetapkan takdirnya. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Ada yang senang serta mudah, ada yang perlu melalui liku-liku. Apa yang penting doa yang tak putus-putus dan usaha ke arah itu. Saya pun tak layak nak bercerita sebab saya pun belum tiba waktunya. Doakan saja, Allah mempermudahkan urusan serta memberkati setiap langkah. Ameen.

"Telah hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh Allah, maka janganlah kamu minta disegerakan. " (An Nahl:1)

Kepada sahabat saya, apapun sabar itu pokoknya. Huu..teringat bila time window shopping or naik kereta memang panjang aje topik kami. Peringatan bermakna sebenarnya, sebab kami ini insan yang sering terlupa. Dia bersungguh-sungguh bercerita tentang keluarga impiannya, saya tumpang gembira bila dia bahagia. Saya? Hehe..ada lah jugak idea 'tiga suku' , impian entah apa-apa.Dan jangan terkejut jika satu darinya dah ada. Tapi..Rahsia! Lepas tu sama-sama gelakkan diri sendiri, sebab memang entah haper-haper je. Rindu pulak pada benda yang lepas...

'Ya Allah, berkatilah semua sahabat saya di dunia, moga di akhirat kelak kami semua menjadi tetangga di syurgaMU'

0 Comments:

Post a Comment

<< Home