Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Saturday, January 30, 2010



What kind of flower are you?
Your Result is: Anthurium
You are hard to find but your love lasts. You know when others need you. You are sensitive of others’ feelings. People around you are doing all that they can, for you to stay with them.

Alhamdulillah, Allah bagi lagi nyawa kat kita pagi ni. Maka sebaiknya jadilah hambaNYA yang bersyukur sentiasa. Siapa tahu esok lusa akan tiba waktunya kita meninggalkan apa yang fana.

Bila tiada kerja, puas membaca. Inilah kegiatan saya~ jawab tag or online chess. Saya boleh jadi orang yang cepat bosan kadang-kadang kalau asyik monotonous. This category also applied to people. So keep in pace with me, but I'm hardly get people to know. Haha. Its common character of middle-child. Honestly, I made more mistakes when I'm hide the truths. So since then, I let it out. Uhuh, feel sooo good though it might be hurt someone. Bak kata pepatah Arab~ 'Qulilhaq walaukana murron' : Berkatalah benar sekalipun ia pahit. Pahitnya sekejap saja kan? Oh ya, orang perempuan paling tak suka dengan orang yang tak jujur ye.

Anthurium? Hantu+Aquarium? Hmm..Might be. I not fond of flower~ except for this one. Purple pinkish flower~Lilac.

Friday, January 29, 2010

Vanilla Twilight

"What lies behind us and what lies before us are tiny matters compared to what lies within us." - Ralph Waldo Emerson -


Tersebutlah kisah...di suatu negeri...sudahlah jauh...

Oh, bersyair pulak di situ. Tapi ini bukan syair Puteri Santubong. Syair Resort Santubong ada lah. Ingatkan makin bersemangat bila lepas meeting, tapi sebaliknya. Saya pun tak tahu mengapa. Hormonal changes kot..haha. Ada ke patut salah kan physiology badan. Isk-isk, tidak patut ini. Sepertimana saya tak suka/takut pada orang yang fluctuate mood, seperti itu jugalah saya takkan sesekali biarkan mood/feeling dan apa-apa yang sewaktu dengannya mempengaruhi. Let's mind do it job. So take it as temporarily occured ye.

Hari ini, tak semena-menanya saya telah 'berjaya' melanggar tiang ampaian kat quarters . Phew, macam manalah saya boleh tak nampak ada satu lagi tiang tak lepas. Itulah padahnya bila bawa kereta time tengah kesakitan dan kepenatan. Kesimpulannya~ hire a driver.Ngee..habis duit gaji. Jangan membazir ye. Nasib baik, kereta sikit pun takde calar.Sakit dan ujian yang mendatang, anggap saja sebagai kafarah dosa dan tanda Allah tak nak saya 'lari' jauh. Lantas didatangkan peringatan. Saya manusia, dan sifatnya selalunya pelupa. Maka perlu selalu diingatkan. (^_^).

"Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu; tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Ia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan (dari menyembahnya)?" (35: 3)

..dah tak tahu nak merepek apa lagi kat site ni. I'm looking forward for holidays! And more holidays! Huhuhu...'All works, make Fizah too bored. So lets play!' Play-doh kot, main dengan Hadirah.

A Tonne of Responsibilty


Finally, it ended. Alhamdulillah.

"Eh Siti, aku rasa aku tidak mahu jadi itu YM" (baca dalam nada org Sabah bah)

One of my collegue confessed. Helplessly, I'm too admit it. Too tired. Dealing with people especially(from top management until down below). Since at free time, still have to think and plan.

*Sigh. How I'm missing the clinical years. Tired.
Tomorrow, finding the right tune and velocity to go back to the track. SHOPPING for foods, WANDERING AROUND, MAKAN MAKAN THINGS~pastry. Again. Sigh! Haiyya.

Ya Allah, berikanlah padaku jalan keluar bagi setiap kesulitan.

Tuesday, January 26, 2010

Together-gether


"Together we unite!"
Oh, ini bukan slogan kami. Tak cukup seorang tempanglah 'persatuan' kami.
'Mana anak dara bertiga tuh?'
' Macam three stooges je'
'Asal balik umah, memang panjang langkahnya.'
Berikut adalah, ayat-ayat cinta yang telah lama menembusi outer, middle dan juga inner part of ear. Masing-masing ada cara dan style tersendiri. Saya? Entahlah, layankan ajer. Simple yet complex.
'Berapa cc kete Dr ni?'
'1.4 je. Nape?'
'Saya ingatkan 1.0.'
'Oh, itu kalau Atos'
'Nape tak beli Vios?'
'Saya tak suka kete besar2, sedan. Lagipun dah tipikal sgt Dr2 dgn Vios, Honda. Saya kan suka compact car~senang nak jaga'
Pernah bagitau mak nak beli MPV/SUV tapi mak cakap~ klu org kecik pakai kete besar nanti tak nampak pulak sape drivernya (aka mcm hantu yg bawa). Aduhai. Kena jugak sedas 'tembakan'.
Makin tak sabar nak pulang ke halaman ayah bonda. Kesian, masuk kali ni dah tiga kali orang curi line tipon rumah. Apa nak jadi saya pun tak tau. Tunggu sajalah.

Istimewanya Seorang Yang Bergelar Wanita

Renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa istimewanya dan bertuahnya menjadi wanita. Bagi kaum lelaki, hormatilah kaum wanita yang bergelar ibu dan isteri. Berikut adalah himpunan hadis-hadis yang berkenaan.

Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

Tidaklah seorang wanita yang haid itu, kecuali haidnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah“ (Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.); maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui siratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan Allah Ta'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya.

Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".

Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka,"Tidak" Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.

Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

p/s: crdt to writer

Sunday, January 24, 2010

Open Your Eyes


Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded in front of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
The push it all aside..
NO......

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise

Take us in the best way
(Allah)

Guide us every single day...
(Allah)

Keep us close to you
Until the end of time...

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?
Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
The push it all aside
NO..........

When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

Allah...

You created everything
We belong to you
YA RAB we raise our hands
Forever we thank you

.....Alhamdulillah......
~Currently listen to Maher Zain. You should to. Subhanallah.

Part and Parcel Of Life


Alhamdulillah, segala puji hanya DIA yang layak menerimanya.
Awal pagi dah menulis? Budgetlah Sarawak kan waktu cerahnya lebih awal.Sementelahan hari Ahad adalah hari berlibur,makan, tidur, jemur kain,blogging dan tengok tv.What a wonderful day. Cuma tak berapa best sebab esok kena kerja. Hee..

Semalam 'bergaduh' dengan pakcik jual ikan. Best man win! Tapi bukan dialah, saya yang menang sebab berkeras nak diskaun. Haha..beli ikan pun nak diskaun jugak ke? Every cents it count. Alah pakcik, 40 sen pun nak berkira. Pulak tuh ada ke pulak paksa saya tambah seekor ikan kembung untuk genapkan jadi 5 ringgit. Tak kuasa saya beli ikan banyak-banyak sedangkan nak makannya seorang saja. Lagipun saya kan customer, customer always right! Macam doktor-patient lah. Patient is always right. Haha, bab tawar menawar~ ada orang cakap saya teramatlah 'kejam'. Sebabnya? Habis-habisan saya akan cuba nak dapatkan diskaun. Betul ke? Lebih kuranglah.

Itu tak termasuk penat 'bergaduh' dengan patient. Ada ke patut nak cabut semua gigi yang sound(elok) semata-mata nak buat gigi palsu. Saya suruh dia simpan dan jaga saja sebab boleh jadi tempat menahan/sokong gigi palsu nanti (this one untuk kes partial denture). Berkeras jugak dia nak cabut. Kalau ikutkan heran saya malas nak bertekak maka cabut sajalah.Tapi itu salah dari sudut knowledge dan attitude. Try negotiate and educate at the same time. Kadangkala lelah dan habis jugak saliva saya. Bayangkan ada berbelas orang lagi menunggu untuk dapatkan rawatan selepas dia. Last time patient 30+ dengan black out, tiada aircon, chair tak dapat nak function lagi~ hampir pengsan saya dibuatnya. So for those yang que untuk dapatkan treatment tak kiralah medical or dental side harap sabar menunggu. Doktor pun penat melayan kerenah pesakit, bukan goyang kaki tau. (^_^)v

p/s:klu korang dapat teka apa yang dalam periuk tuh, saya bagi hadiah. Hadiahnya sebuah senyuman..ngee.

Saturday, January 23, 2010

Calm in Your Heart


Do you know what the word FAMILY means?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU
Piece of cake!
How I long to say this words again...since the last time I utter it during student time. See things can be done easily. How I long to embrace all memory during those old days. How I long to be in the circle of trusted and loving friends. How I long to be a child again. Not to endure all the hardship of being an adult. Not to manage her own financial matters and works. Not to think all those big big things. ~ I reckon, some will say; Uhuh, see how childish she is!. But nevermind, I take it. I'm always be a child.
The Death and Hereafter
Sometimes, I wish I could have a long. Very long sleep. To being able to meet my Great Creator. At some point of time, while driving . ' Alangkah indahnya, kalau Allah ambil nyawa saat hati saya benar-benar ikhlas dan rindu ingin menemuiNYA'. Kematian itu indah.
Duhai bintang-bintang di dada langit,
Tahukah kalian betapa diri ini amat merindui
Untuk berada di antara kalian
Biarpun jauh saujana mata melihat
Namun kerlipannya tetap nyata
Seolah tersenyum
“This is my wish for you:
Comfort on difficult days, smiles when sadness intrudes, rainbows to follow the clouds, laughter to kiss your lips, sunsets to warm your heart, hugs when spirits sag, beauty for your eyes to see, friendships to brighten your being, faith so that you can believe, confidence for when you doubt, courage to know yourself, patience to accept the truth, Love to complete your life.”
anonymous

Saat Itu


"Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukannya"
(Surah As Soff- 3)


6.00 am
- Dah tercongok depan quarters. Mana driver ni? Oh, bab masa. Saya memang punctual.
'Lambat 10 minit, potong SKT tahun ni'. Phew, memang kejam Dr ni. Apa boleh buat. Dalam kesejukan pagi menyengat, saya tahankan saja mata sambil berbual dengan nurse yang saya tarik bersama untuk ke meeting. Sesuka hati je, request companion dari boss. Naik feri aka tongkang sederhana besar. Kesian Sarawak, boleh buat jambatan je padahal menyeberang tapi nak jugak yang klasik. Tak mengapalah, sekurang-kurangnya ada jugak dari takde langsung.

8.00 am
- Sesampainya ke seberang Kota Samarahan, perut mula kriak..kriuk. Bukan sayalah, orang lain. Kesian. Juh, makan roti canai. Enak sungguh setelah beberapa bulan tak jumpa roti canai. Kebetulan orang Majlis Daerah Simunjan ada makan sekali kat sebelah. Bila time nak bayar, driver cakap tak payah. Sebab org MDS dah belanja tadi. Alhamdulillah, langkah kanan pagi ni. Hehe...tulah, dengan senyum saja,dah ada orang belanja. Bahagia sebentar hidup.

8.30 am
-Start meeting. Macam biasa, selalu je pilih port yang salah. Tepi boss!
'See Dr Siti, her face already turn red' boss gelakkan saya sebelum saya start bercakap.
'Hah, so obvious eh? This is my first time speak in this big meeting kot' tingkah saya, cuba coverline. Ngeh3.

1.30 pm
-Baru habis meeting. Otak saya dah jammed. Tak dapat nk betul fikir. Banyak kerja, banyak banyak responsibilities waiting ahead. Sabar jelah, ubat paling mujarab. Lepas tu, heading to office and Klinik Pergigian Kota Samarahan. Meet some old fellow~ yang otak kuning, yang dah jadi ibu dan senior seorang.
' Eh, hello big boss' jerit sorang.
'Mana ada big boss, you my big boss. Bakal DDO kan?' saya kenakan dia balik. Suka hati je, depan-depan patients.

4.15 pm
- Ok,bergerak pulai. Kali ini lalu jalan biasa/highway. So lagi lambat nak sampai. Berhenti makan dulu. Masuk Simunjan junction, jumpa orang. Dapat lagi, buah-buahan free. Alhamdulillah. Itupun siap ditahan-tahan kami suruh makan sampai habis. Aduh, tak larat.

Terasa tak mampu untuk memikul sebuah amanah. Saat terasa lemah tak berdaya, hanya pada DIA saya mengadu dan berserah. Ada masa saya jatuh lantas cuma mengharapkan ada pertolongan dariNYA...

Wednesday, January 20, 2010

Esok, jalan ceritanya panjang. Saya perlu bersedia untuk jadi orang yang banyak bercakap, bersuara kuat dan tak malu-malu nak request apa yang perlu untuk pembangunan klinik. Cukup-cukuplah selama ini mereka disisihkan. Di bawah kemudi saya, semua perlu berubah. Bukan sekadar menerima (oh..tiada konsep sami'na waato'na..ye di sini).

'Wah,bersemangat Dr'
"Haha..jangan hangat-hangat bunga tahi ayam sudah"

No..no. Tak mengapa orang pandang saya semacam sbb demanding, apa yang penting awak semua dapat keperluan masing-masing. Kan itu lebih baik.

Bila orang tanya bahagiakah saya di Simunjan? Alhamdulillah, setiap tempat yang Allah tetapkan itulah tempat rezeki yang terbaik. Cuma, home sweet home forever.

Awal pagi esok pukul 6 bertolak. Aduhai, memang sambung tidur dalam SG kelak. Naik feri 2 buah.Maknanya malam ni kena kroh..krroh..awal. So adios.

Tuesday, January 19, 2010

Waktu Yang Dinanti

Pic: Somewhere in Serian.

Hujan di Sabah memberi tempias pada Sarawak. Sepanjang masa, sang hujan turun membasahi bumi. Mengikut jangkaannya, sehinggalah Chinese New Year.

Good news from father. Lately, if I called home it was father who answered. Hmm..quite weird, since he didn't have any heart+guts to answer call as usual though he sat near to the phone. Without any chances to ask how's home,he's the one quite happily told me first. Ahah..good improvement.

' Uh..hello. Nak cakap dengan mak ke? Kejap'

This is father's usual words back then. Anw, I'm happy for my Ayah Chik Meor too.Finally he made up his mind. Every cloud has its silver lining and then...it takes two to tango. Alhamdulillah.

p/s: I'm happy when you happy too.

Monday, January 18, 2010

Can You See Me Now?





" I watch the night turn light blue,
But it's not the same without you,
Because it takes two to whisper quietly,
The silence isn't so bad,
Till I look at my hands and feel sad,
Cause the spaces between my fingers
Are right where yours fit perfectly "
Tiba-tiba jadi makin rindu pada Hadirah. Achik sorang ni dah angau, yang kat Penang pun sama. Kan Pips. Siap Hadirah, kami solek and touch up sesuka hati nanti bila dia balik. Ada yang kena bebel dek mamanya kelak.Ala..kita ambik je brg2 MAC dlm beg mama awak je.(^_*)Tempoh hari, ada satu gown pink cantik ada display dalam cermin. Ada rezeki, dapatlah Hadirah pakai nanti. InsyaAllah. Sukalah nak beli baju-baju budak kecik ni. Oh, anak sendiri. Of course kalau saya beli, hendaknya satu almari tak cukup..haha. Therapy bah.
Pagi ni, kat atas meja seperti yang dijangka banyak pula aktiviti
~ Quaterly Meeting
~ Sister's Visit
~ Persidangan Tahunan JKNS 2010
Semua di atas menyebabkan separuh nyawa saya melayang. Aduhai. Tiba-tiba..bertukar!~ jadi mcm robot kertas kat atas tuh. Nasib baik takde kete lalu, harus lepek mcm lempeng robot tuh.
p/s: For awhile saya tak boleh nk msg or call since dah overlimit bill. Oh, bukan salah saya. So dun expect me to reply ye. Tggu byr this weekend..huhu. Ok,sorry for inconvinence.

Labels:

Sunday, January 17, 2010

Lets Walk

How not to feel embarress when dining alone:

~Oh, I'm 1/2 expert in this field. Be bookish. Whether pretending or just read it. I used to finish 1st chapter of a book while dining or a page of newspaper. The rest of it, just smile when people stare. Life is short, enjoy your meal then.

I just don't like these:

~ While driving, encounter some species who don't know the rules.
~Not giving any signals while turn left and right or even enter the next lane.
~Enter the lane while I'm driving in high speed and then slowly drive..la..la
~one more; roundabouts...haha

The Fab and Gorgeous Me!


'I'm coming for you..'
Alhamdulillah, sungguhpun kita manusia merancang Allah jua menentukan. Biarpun, tak semua yang menjadi seperti yang diinginkan sekurang-kurangnya banyak benda yang saya belajar. Syukur padaNYA.
Alhamdulillah, akhirnya hati saya berdenyut kembali seperti biasa. Sudah ketemu ubatnya~ pergi masjid dan solat berjemaah. Petang semalam ikut 'nenek' aka Miss bw anak2 'murid' jalan-jalan dan sebenarnya kami nak ke majlis mengacau bubur asyura. Tapi..

'Encik, tumpang tanya kat mana tempat orang masak bubur asyura?'
"Bukan ke esok dik"
~'Eh, alamak silap baca msg program tu 17hb. Esok..'
''Aih...Miss nih'

Ketawa satu kereta, dah malu-malu gajah kat dalam tuh. Saya? Tertunduk-tunduk kat bawah,menahan ketawa.Jatuh reputasi. Pakcik-pakcik guard bantai gelakkan kitaorg. Aduhai, ada jugak org mengigau siang-siang hari ni. Teruk habis kami kenakan Miss. Akhirnya, kami habiskan masa dengan round Satok. Saya? Tak larat nak jalan jauh, dan jeng..jeng terbeli CD pirate. Cerita apa? Avatar. Entah pick saja yang nampak depan mata. Menambahkan koleksi cerita-cerita yang sedia ada.
Masjid oh Masjid. Kenapa jarang ada yang mesra muslimat. Omel Miss. Susahnya, toilet nun jauh di sana, tempat ambil wuduk kat lain pulak. Possibilty terdedahnya aurat memang tinggi. Dengan muslimin lagi, memang pandang lantai aje bila berjalan. Nasib baik tanpa spectacles pun masih nampak jalan. So pandang straight, jalan lurus saja.

Temankan orang beli laptop. Memang saya zero knowledge bab nih. Sekadar mengekori dan komen design. Teruk anak-anak Miss, saya kenakan. Sambil brainwash sikit..haha. Kesimpulannya don't judge me by appearance! (acceptable at certain people and places jak lah ho).
Masa untuk berpisah. Ada ruang dan jodoh ketemu lagi. Terasa macam orang-orang tua pulak, bila anak-anak murid ni salam cium tangan. Oh, saya muda lagi dari Miss awak ye. Kan Miss?. Kembara ilmu dan dakwah tertangguh di sini. . Sungguhpun pelik bila tengok kami berlima~anak-anak Miss yang pelbagai rupa dan ragam. Ruang lingkup dakwah itu luas, cuma atas kita sama ada mahu turun dan masuk ke dunia mereka untuk memahami.
Ya Allah, terima kasih atas segalanya.
p/s: ignore saje tajuk ni. saje nak boost up my confidence level..ngee.

Saturday, January 16, 2010

Fireflies

You would not believe your eyes
If ten million fireflies
Lit up the world as I fell asleep
Cause they fill open air
And leaves teardrops everywhere
I'd like to make myself believe
That planet earth turn slowly
It's hard to say but I'd rather stay
Awake when I asleep
Cause everything is never as it seem
Cause I'd get thousand hugs
From ten thousand lightning bugs
Leave my door open just a crack
Please take me away
Cause I feel just like insomniac
Why do I tired counting sheep
When I'm to far too tired to fall asleep
Please take me away
To ten million fireflies
I'm weird cause I hate goodbyes
I got misty eyes as they said goodbyes
But I'll know where several are
If my dream get real bizzare
Cause I save a few and keep them in a jar
I'd like to make myself believe
That planet earth turn slowly
It's hard to say that I'd rather stay
Awake when I asleep
Because my dreams are bursting at the seams
p/s: hav I told you how I love to watch firefiles? Cantik. During our childhood days at Opah's, we used to catch them and put in a jar. Watching their light and released them afterwards.

Thursday, January 14, 2010

Madrasah Kehidupan

Siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya pada ALLAH sedang diapun mengerjakan kebaikan”
Surah An Nisa' 125

Dunia ibarat lebuh raya ibarat kata Bediuzzaman Said Nursi.

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya"
~ Ayat 69 : Surah al-‘Ankabut

Seringkali tersasar dari jalannya sungguhpun papan tanda kehidupan jelas-jelas di hadapan sebelum menelusuri mana-mana selekoh. Tatkala hati lari dari qasad seorang seorang hamba, waktu itulah ada bisikan halus lirih mengingatkan. Benar. Manusia sifatnya alpa.

Menuju ke destinasi yang diimpikan bukan mudah. Ada saja halangan di sepanjang perjalanan ke arahnya. Kuat iman sampailah ke sana, lemah iman sama ada terhenti di situ bahkan mampu berundur ke titik asal. Doakan saja peminjan hati ini sampai ke destinasi impiannya, bertemu dengan Rabbnya. Sungguhpun tak terjangkau, rahmat Tuhan siapa tahu.

Hati. Terasa lompang yang besar padanya. Cukuplah saya katakan kelalaian seketika mampu mematikan jiwa manusia. Hati jiwa mati, siapa yang mampu menghidupkan kembali melainkan hanya DIA. Syukur padaMU ya Allah, andai sedikit kealpaan ni mengajar erti keperitan berjauhan dariNYA. Cinta pada makhluk datang sesudah cinta pada Allah dan RasulNYA, berkali-kali mengingatkan prinsip ini pada diri sendiri..

Peliharalah dirimu dengan taqwa dan cinta. PadaNYA.

Sendirian. Melalui liku-liku kehidupan. Mata yang melihat, telinga yang mendengar, hati yang menafsirkan dan minda yang mengakali. Jutaan wajah manusia tersurat dan tersirat, pengalaman sendiri mahupun orang sekeliling membentuk diri dan tindakan. Susah, tapi perlu dihadapi. Setiap masa, diri sendirilah yang mengingatkan di samping al Quran peneman setia. Bersendirian itu satu seni, seni mendekatkan diri pada Ilahi, menambah keimanan dalam diri, mengkoreksi apa dalam hati. Tapi bukanlah bermaksud selamanya sendirian itu indah. Ada keperluan untuk naik ke maqam yang lebih tinggi, bukan?.


KEMBARA
Berjalan di bumi yg tandus ini penuh duri
Tanpa sedar dan penuh lalai

Usia beredar penuh kejahilan
dan kemusnahan

Mengembara mencari dunia hakiki
Tiada jumpa arah yang sejati
Tiada pembimbing penunjuk jalan yg suci
Hidup terumbang-ambing sendiri.. sendiri

Tuhanku dengarlah bicara hati ini
Dariku insan yg sering tersisih
Di lautan penuh dosa dan noda
Demi mencari secebis kasih-Mu

Tuhanku tangan ini menadah sayu
Keampunan di perjalanan jauh
Semoga diterima di sisi-Mu
Sebagai bekalan negeri abadi

Menempuh sayu perjalanan pahit
Dalam kembara mencari diri
Mengharap sinar terangi hati
Yang sekian lama menutup jiwa...

p/s: crdt to writer. Antara bahan-bahan bacaan yang saya kumpulkan dan terjemahkan menerusi mata pena saya. Moga ada pahala dan perhitungan di sisiNYA kelak.

Wednesday, January 13, 2010


Hadapi dengan senyuman
Semua yg terjadi
Biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua kan baik-baik saja
Bila ketetapan Tuhan
Sudah di tetapkan
Tetaplah sudah
Tak ada yg bisa merubah
Dan tak kan bisa berubah
Relakan lah saja ini
Bahawa semua yg terbaik
Terbaik utk kita semua
Menyerahlah utk menang


Hati manusia siapa yang tahu.
Allah jualah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik di sisi hamba-hambaNYA.
Berat mata memandang,
berat lagi bahu yang memikul
dan hati yang menanggungnya.
Buat sahabat,
Sungguhpun apa yang terjadi melangkaui perancanganmu
Namun ingatlah janji Allah itu pasti
Ada kesenangan sesudah kesulitan.
Yang mampu dariku cuma secebis doa
Agar Allah mengurniakan kekuatan dan ketabahan untukmu
Setabahnya Maryam saat menghadapi dugaan..

Tuesday, January 12, 2010

Proudly to Announce

Persidangan Tahunan 2010, Bahagian Kesihatan Pergigian JKNS...

A long long story, so I gave you an overview what will happen :

a) In a nutshell 2009 ~best part ni, sbb byk gambar2
b) Defining moments 2009 ~ a moment of truth agaknya
c) Bussiness Plan 2010 ~ saya pun ada personal bus. plan, blh je klu nk bg..ngee.
d) RMK 10 ~ RMK 9 pun saya tak arif sgt
e) NOHSA 2010 ~ ?no idea
f) Work Output Targets 2010 ~ targets2
g) 80/20 Pinnacle ~ ?
h) Leading Organisational Changes : Incalculating a sense of urgency

Good news, no more sharing bed/room for DO's but bad news I'm alone (nape sorang pun xde dikalangan geng2 saya? sedih). Inikah nasib seorang YM yang muda belia seperti saya. Takpelah at least belajar menyesuaikan diri dengan orang2 yang lebih makan garam. Erm, topic please?

Saja nak di highlight tajuk tuh, supaya saya mampu bersengkang mata~ tak tido. Yang lain tu? Oh, 'diharuskan' kalau nak tido.Haha..

Disertakan di sini , Lampiran untuk diisi berkaitan area of concern :

i- Management emphasis and expectations
ii- Financial management dan control measures
.
iv- Human Capital Development
v- Research and quality initiatives

for annual bussiness plan. Sila fikir-fikirkan.. Saya: Tak sempat nak fikir. Bagi big boss saya fikirkan sorang-sorang.

'Memang wajib ek pegi?'
'Haih, mestilah YM bah'
'Gantikan saya..hehe(pemalas punye org)'~ at least saya dapat keluar ambik angin dari klinik.Skip tugas klinikal.

p/s: Pips, nak balik rumah....

Sunday, January 10, 2010

One Less Lonely Girl


Ya Allah
Terima kasih atas segala nikmat-nikmat ini.
Entah bagaimana mahu saya gambarkan. Sahabat saya sudah bangkit dari tidurnya yang panjang. Jika dia di depan mata, memang saya akan peluk erat takkan lepaskan walau sesaat. Meleraikan segala sakitnya menahan rindu, peritnya tatkala berjauhan dan sunyinya tanpa mendengar suaranya. Sudah 2 bulan lebih...terlalu lama rasanya.
Moga bulan 2 pun cepat tiba, sungguh saya mahu bertentang mata dengannya. Agar saya tahu, ini bukan mimpi. Bahkan suatu realiti yang saya selalu harapkan.
"Be thankful for the difficult times. During those times you grow"

Saturday, January 09, 2010

No Reservation

Should a candidate, stand up near his or her table and surrender his or her heart to ...( ayat pegawas exam...) .


Sibuk la Dr ni, pegi treat pt nun.

The crew. Please noted the male one, aah..now I can see who can lend his hand .

Ok, I'm going back to my specialty..



Aih, sempat gik. Pi main jauh-jauh. Restricted area~ profesionalisme

Masuk bab 2, meeting.. Action..cut! Hiasan semata-mata. This one,evidence based.


Golongan yang tertewas..




Juh, kita makan-makan setelah penat buat keje. Penat ke? Hee..entah lah. In conjunction with New Year and Christmas celebration(for those who celebrating it~ me? Just eating!)
p/s : alhamdulillah, first week of 2010.Hopefully to see more achievements, programmes, activities, study tour to Sarikei? or Miri? or Bintulu? InsyaAllah, doa-doakan sj. I'm not alone, my staffs keep supporting each other. See how beautiful life. Grateful to Allah

Friday, January 08, 2010


Alhamdulillah..terima kasih ya Allah.
Akhirnya sedar jua sahabat tercinta saya. Makin saya tak sabar menunggu untuk pulang.
Ya rahmatillah sahabat ku, berikanlah kesihatan kembali padanya.
...Rindu tak terucap..

D.I.Y


Alhamdulillah, serasanya baru hari Isnin semalam tapi hari ni dah Jumaat rupanya. Kuliah tok guru, saya nanti-nantikan setiap Jumaat kalau masih di Kelantan.
Allahuma Kama Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii”
Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlakku.
Dua tiga hari ni, haywire sikit klinik. Semua kerja nak adhoc. Mintak Kew-Pa 4 dgn 5 lah, pelan bangunan klinik lah. Pening kepala staf. Saya pun turut pening setelah dipaksa melukis pelan. Hasilnya, boleh tahan jugaklah (haha, sesi angkat bakul sendiri) since ada staf puji kan. Saya guna comp je, malas nak lukis tangan guna pembaris.
Instinct. Oh, saya agak suffocated. Memang instinct saya mengatakan bahawa, semalam gas dapur akan habis. . Tak dijangka pun saya akan menghabiskn gas dalam masa 3 bulan sedangkan kebiasaan pun dalam 4 bulan br habis. Dan pagi ni kena iron masa tgh asyik gosok baju.
'Aih, hebatnya Dr memasak. Cepat habis gas'
'Perli saya nampaknya'
'Taklah Dr'
Assistant saya lah yang setia tolong angkut and tukar kat kedai~ dengan kuasa saya, saya 'mintak tolong' diorang. Ye lah pada siapa lagi saya nak berharap kan? Masa nilah, tahap kesurvivalan, independent dinilai. Ada ilmu sedikit sebanyak dapat dikutip. Kalau duk kat rumah? Memang enak-enak je makan. Sekurang-kurangnya saya tahu satu tong gas+isinya berapa harganya,kalau nak tukar gas shj berapa harganya. Cara nak pasang kepala stove kat tong gas tuh, cara nak gelek tong since saya manalah mampu nak angkut. Apapun semuanya menuntut kesabaran.
"Ya Allah, tambahkanlah keimanan dan kesabaran dalam diri ini.Berikanlah aku ketabahan dalam mengerjakan suruhanMU saat senang mahupun sukar. Tiada daya aku melainkan dari MU."

Wednesday, January 06, 2010

Cerita Hati Saya

Sampai hati Hadirah tak nak cakap dengan achik ye.
Tak nak belikan beg Dora The Explorer yang boleh tarik tuh
Bila dia dengar perkataan tarik tuh, terus menjerit. ‘Tarik-tarik’
Itulah buat sombong lagi dengan achik. Oh,dah pandai marah Luqman ye.
Bila mama marah kat awak, pandai pulak awak lepaskan marah kat adik tuh.

Terima kasih jugak pada akak yang telah mengingatkan saya bahawa bulan ini bulan 1 2010. Aih, kenapa semua orang bersemangat jadi reminder? Adakah sebab saya masih kelihatan rilek2 je atau malas nak ambik kisah? Jawapannya, memang saya kena tunggu saja bulan 2, raya cina lagi 38 hari saya akan pulang ke teratak ayah bonda yang dicintai, insyaAllah. Semua planner kerja, personal dan calendar kt office saya bulatkan besar tarikh cuti. Saje nak suruh staf buat kerja cepat sebelum saya cuti-cuti Malaysia. Percaya atau tak, untuk setahun ni memang saya siap-siap plan date for holiday including baki cuti untuk dibawa tahun hadapan. Orang jauh memanglah kena siap siaga esp. nak battle dengan tiket flight.

‘What’s wrong with your voice?’
‘What happened, what’s wrong?’
‘I’m going over now, so meet me in front of your house’


Seandainya saya mampu buat sebegitu, taklah sedih hati saya. Ketahuilah sahabat, setiap makhlukNYA akan diuji termasuklah diri saya. Bagaimana susah dan perit sekalipun, ianya tetap kita perlu lalui dan hadapi. Iman manusia, takkan seperti malaikat bahkan takkan seperti para Nabi. Ia tak statik dan takkan sentiasa meningkat naik. Ada masa ia merudum. Itu hakikatnya. Adakah kita menyangka kita telah beriman sedangkan kita belum diujiNYA. Nah, ini tandanya tarbiyah dariNYA. Pujuklah hatimu itu, uzlah lah seketika, muhasabah sekeping hati.

‘Manusia itu diciptakan dalam keadaan bersifat lemah’ (An Nisa’ : 28)

Benar katamu, andai rosak sekeping hati memang tak bermakna hidup ini. Menjaga hati, memang sesuatu yang amat sukar apatah lagi kita ini yang sekelilingnya jauh dari biah solehah. Namun, itu bukan alasannya. Binalah Islam dalam dirimu, nescaya Islam akan terbina di sekelilingmu.

‘Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu, agar kami mengetahui siapa yang berjuang dan yang bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan baik-buruknya hal ehwal kamu’ (Muhammad: 31)

~ seekor biri-biri yang bersendirian itu akan mudah dimakan oleh sekumpulan serigala~ itu pesan saya padanya. Sehebat mana pun kita, takkan mampu bergerak sendirian, perlukan teman-teman yang menyokong dan meniup semangat yang luntur.

Sunday, January 03, 2010

For A Long Long Time


What a long evening I had today. Everyone are sleeping yet I'm the one who couldn't even shut her eyes. Reason? I already have an afternoon nap..hehe. No wonder! Disebabkan takde keje, saya habiskan dengan menulis.Tadaa..Saya menunggu schedule 2010 dari DDO Samarahan~my big boss. Apa yang menanti agaknya. Moga tak clash dengan planner dan cuti2 Malaysia saya harapnya.
"In great power lies great responsibility"
Semua staf dah siap-siap bagitau nak cuti 4hb ni. Anak-anak nak masuk daftar sekolah. It's ok! Selesaikan yang mana patut dulu. Teringat waktu kitaorg kecik2 dulu, berderet turun dari van. Macam team pun ada. Start dari yang besar until yang kecil. Indah sungguh. Asyik belajar, exam dan main-main je. Memang takde apa nak difikirkan atau dirancang. Tapi sekarang? Berbeza sungguh! Iyelah Fizah, takkan nak jadi budak kecik lagi kan..
Dengki sungguh dgn org yang enak-enak duk kat rumah. Boleh siap2 mnunjuk2 kata nk pegi makan sana sini sefamily!' Mak, tengoklah ni. Tak aci, tinggalkan Fizah sorang-sorang'..Padan muka. Itulah selalu sgt buat org lain jeles bl time dia duk kt umah. Sekarang, bertukar! Hee. Ayah guna perkataan 'kitaorg'? Huh, amazing saya dengar. Baiklah, pergilah 'kitaorg' makan kat mana2. Saya tolong aminkn. Den still dok pueh ati.
' Dr, esok saya nak mintak cuti sampai 6hb sebab nak uruskan sekolah anak2'
'Oklah.'
'Terima kasih Dr, apa azam thn br?'
'Kawin...hahaha' (xthiqah sungguh)
'Tahniah Dr'
'??' (aih, in advance ke apa?)
Itulah tanya lagi bab azam2 ni kat saya. Bukan sorang dua je, ramai lagi staf yg sibuk bertanya esp mlm thn br tuh. Apalagi, saya bagi je jwpn yg bakal mbuatkan diorg terus tak dapat nk kelentong lagi. Kesian diorg, apalah nasib badan dapat Dr mcm ni. Tapi oklah tu, saya bw roti sandwich, keropok,spagheti lagi utk diorg makan2. Lusa dapat makan dadih lagi tuu. Bersyukur2. Saya? Sape nak memasak utk saya?.Sob..sob..sedihnye.
What to do? Memasak adalah seni menghiburkan hati yang berduka lara jauh dari keluarga terchenta.
p/s: on the way balik dr Simunjan. Ada org tanam black pepper atas bukit. Cantik dan mendamaikan. Subhanallah..
(ini adalah entry merapu ke ...,harap maklum sekali lagi). Layankan aje. Tiada yang significant pun .

Pagi Yang Indah

Alhamdulillah, Allah bagi lagi saya peluang menghirup udaraNYA pagi ini. Sungguhpun tiada jaminan entah sampai ke petang mahupun malam. InsyaAllah setiap masa, gunakan pada kebaikan.

Hujung tahun. Menggetarkan seluruh jiwa raga saya. Ujian datang tak henti-henti. Berat jua kepala dan hati saya. Lepas satu demi satu, tapi disebaliknya sabar itu ubat paling mujarab. Dan moga Allah mencucuri roh atuk saudara saya belah ayah di Perak~ Ayah Pandak ( nama sbenarny pun saya pun tak tahu, teruk kan? Saya tahu Syed tu je)yang tak sempat menjengah tahun 2010. Tahu-tahu sajelah, balik sekali dua saje ke Perak. Bila time raya, revise nama2 relatives dalam kete sebelum ziarah rumah diorang. Lepas raya, habis semua tak ingat. Sebaliknya relatives yang ingt kami~ esp twin ni hee. Belah Terengganu lagi lah, sebab ramai sgt selalu je misunderstood.

Dan mak usrah saya telah selamat melahirkan seorang mujahidnya yang ke 3. Memang masa usrah nanti akan ramailah yang jadi babysitter bertauliah.

'Kullu nafsin dzaiqatul maut'

Saturday, January 02, 2010

'Nak resepi puding roti?'
Makanya dengan penuh dedikasi pun saya bagilah resepinya. Last sekali.
'Kena kukus or bakar ye. So ada tak oven?'
"Takde"
'Alat pengukus?'
"Pun takde"

..Paduhal.
Resepinya:
Roti sebuku
Susu cair setengah tin (200g)
Telur 3 biji
Gula 100g (cukup rasa)
Buah-buahan-kismis, prun
Mentega - sapu pada bekas acuan

Cara-caranya

1) Rendam roti dengan air panas~ untuk 'hancur'kan roti sikit, so airnya sikit jelah jgn lebih2.
2) Pastu whisk telur dengan susu cair , masukkn gula dalam bekas berasingan sampai sebati
3) Then campur dengan roti, letaklah buah-buahn tuh.
4) Last sekali, tuang dalam bekas acuan
5) Kukus~ sampai masak. (saya tak pandai nak budget dengan oven. So kukuslah jwpn tmudah)..

p/s: gambar saya culik somewhere so crdt to tuan punye...ngee. Lain kali sblm memasak sila pastikan semua ingredients dan cooking utensils lengkap. Harap maklum.(^_^).

2010..New Face.

"Simplicity is the ultimate sophistication." - Steve Jobs -

1.1.2010
-Alhamdulillah, tahun 2010. Apa signifikannya? Semat saja dalam hati agar semua benda yang dirancang dan yang dibuat dilakukan sungguh2. InsyaAllah.
Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.
( Surah Luqman: 22)
- Segala sifat dan sikap yang buruk-buruk saya kena ubah. Bit by bit. Apa sifat/sikap tu? Alahai..banyak sangat pulak nak diceritakan. Almaklumlah, saya kan manusia yang banyak kelemahannya.