Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Thursday, December 31, 2009

It's The Time


Finally bid an adieu to 2009.
The memorable ones which kept a lot of secrets, sadness, happiness, madness, faithfulness so on so forth.
Alhamdulillah Allah yang menggerakkan kaki serta tangan ini untuk terus beramal ibadah padanya, mata dan telinga untuk melihat serta mendengar pada benda-benda yang baik-baik sahaja dan mulut yang melafazkan kata-kata syukur kerana masih diberikan nyawa olehNYA. Mudah-mudahan pada tahun hadapan lebih-lebih lagi saya dapat mempersembahkan yang terbaik di depanNYA...kerana saya mengharapkan pertemuan yang abadi dengan Rabbul Jalil.
Jika ada yang membaca, tersentuh hatinya kerana kurang eloknya ayat saya maka saya pohon kemaafan setulusnya kerana tiada niat sekelumit pun. Dan jika ada yang tersentuh hatinya kerana mampu menginsafkan serta mengingatkan maka ucapkanlah syukur padaNYA kerana saya hanya menyampaikan.
Ya Allah,
Diri ini tempang kakinya
Kudung tangannya
Buta matanya
Pekak telinganya
Bisu mulutnya dan
Lompang hatinya...
Melainkan ada sejalur cahaya petunjuk dariMU
menyinari sekujur jasad ini...
p/s: xie xie Pips~ crdt to the car of the year..hee

An Avalanche.. Wrap Up Session


Student's life..hardtimes but sweet to be remember..


At last, alhamdulillah hardship paid..(apa kes, nak tolak2 tuh...ngee~ rebelious)


..but the happiness not stay a bit longer, the 'bad' news came..and we met in LCCT before continouing half of our journey to KUCHING in fasting month 2008.


Find a house which we shared same dreams and worked hard..far from home, let alone the obstacle, we trudge through a roughy road indeed in grace.


In order to mend our shattered hearts, we visit and see all the beauty in it. Yes, it really eye-opener. (haha..kena marah sbb suka sgt ambk candid pics~ but it look 'alive' anw)


First course, in Sematan. Gather us~ medical officers, dentists and pharmacist..its happening!

One of the clinic where we do rotation~ makan-makan things ,first thing first. Enjoyable b'cos we always tend to off from clinic early..haha..


My first E'dulfitr at home/grandma's after work! Happiness and forgiveness are what I seek.
Three stooges, being scolded b'cos we always doing things on our own way..ngee


Relatives make me feel the sense of belonging...




The wedding of the year..simple as it should be . Do you believe the things up there didn't cost any money? Yep, its true..we applied recycle habit. Tak membazirkan..

This is my mother in Simunjan..hehe. Actually Medical Sister. So motherly, and that's a way to distract my mind from home. ' Boleh mak cari-carikan husband orang sini'. Oh no!.I didn't have any guts to stay here any longer.Why ah, everyone keep asking me for this type of question?.~ Keep smiling sheepishly as usual.



Check up again? My job, what to say?



Mesyuarat pagi~ end of the year.Most of them, take leave. So..sempoi aje.


Phew...halfway decorate. Out of things, papers, ink and so on.

p/s: off to road again in 2010..the more prosperous, auspicious and excellent year. A lot to achieve with careful planning ahead, insyaALLAH. Pray a lot.

Wednesday, December 30, 2009

A Warrior


'And now I command you to follow my order or....'

'Prepare to have this from me..'


'I proud of you, my son'


' *Sigh, now I need some good rest. Thank goodness'

p/s: nampak sgt dah xde keje skrg. so saya buatlh cerita kat atas tuh. Huhu..nape? oh, hensem sgtlah pulak actor ni.
Rindu pada pemandangan di atas....
Semalam, saat ayat-ayat Quran dibaca. Jatuh lagi air mata. Sampai satu ayat dalam Surah Yusuf, saya jadi sebak. Teringat pada sahabat yang ajarkan ayat tu sebagai doa...
Lagi sebak bila mak asyik bertanya tentang dia..

Tuesday, December 29, 2009

Hari Berlibur

'Jom, kita ukur meja' ujar Luqman yang sedari tadi tertarik dengan meja moyangnya. Clap..clap.

Hari ni JT cuti so kes denture dah out. Lepas tu kat pedalaman ni orangnya mana nak tampal-tampal semua nak cabut sebab lebih senang pakai denture. Memang skil filling saya failed kalau balik semenanjung nanti. Kesimpulannya cikgu nak bagitau, hari ni kita off day clinic~ ada ke patut? Huh, tak bertanggung jawab ni.

‘Dr kamek tok, nang kacak’
‘Aih, iboh puji2 kamek.Kamek sikda duit tok nak diberik ngan kitak tek.’
‘Iboh camya Dr’

..haha. Maaflah ye, saya memang tak makan saman bab2 dipuji. (sila baca: tunjuk macho+ego).Walhal dalam hati kembang semangkuk~hipokrit yang konkrit. Lagipun, Rasulullah s.a.w pesan jangan puji org depan2.

Esok, pulang ke Serian. Lusa, nang harus cuci kereta in and out, vacuum, cuci bhgn bwh enjin n kereta. Macam haper je tgk Getz yang kacak ni mcm kereta buruk. Bersalah-bersalah. Tapi malas.. Erm, I would like to hire a car washer. Huh, kaya lah saya ni. Pastu kena start jogging balik, dah takde stamina skarang. Asyik..kroh..kroh tido, makan, tgk tv, bc buku.

Pips: Gue pun kagen bangat sama Hadirah. Lho enggak mau turun Kl ?

Saturday, December 26, 2009


'Achik, apa tu?'
'Apa? Oh, yang kat atas tu ye. Ni salah satu alat yang dentist guna untuk tarik tisu lembut masa pembedahan kecil mulut'
' Menakutkan bila tengok. Sakit tak achik?'
'Kalau dah bagi bius setempat, insyaAllah tak sakit sebab dah kebas kawasan tu. Orang Sarawak cakap kebas tu~ penat'
'O..macam tu ye'

p/s: indahnya saat Hadirah datang menghiburkan hati achiknya.

Juh..

Spot check!


'Fume exhilator tuh besar sgt Dr, tak muat nak letak dlm lab ni.'
O, cam tu ek. (haha, pepandai je saya)


Yang ni dah baiki leaking ari tuh.


' Nanti boss tolong pastikan'
(dalam hati) aduhai, nih yang fail bab paip2. Dalam exam PRO III pun tak penah tanya soalan ni.


Yeay, naik van!
' Saya duk belakang ye. Jadi mem jap'
'Eh, mana boleh Dr. Alahai budget2 lah..kan Dr'
'La , baru je nak berangan'
Vrroomm..
Tata titi tutu



Pernikahan merupakan sunnah yang diagungkan oleh Allah. Al Quran menyebut pernikahan sebagai mithaqan ghaliza (perjanjian yang sangat berat).Mithaqan ghaliza adalah nama dari perjanjian yang paling kuat di hadapan ALLAH. Hanya tiga kali Al Quran menyebut mithaqan ghaliza. Hanya untuk tiga perjanjian Allah memberi nama Mithaqan Ghaliza. Dua perjanjian berkenaan dengan tauhid, iaitu perjanjian Allah dengan Bani Israel yang untuk itu Allah mengangkat Bukit Thursina ketika mengambil sumpah. Sedang yang lain ialah perjanjian Allah dengan nabi Ulul Azmi, Nabi yang paling utama di antara para nabi. Dan pernikahan termasuk perjanjian yang oleh Allah digolongkan sebagai mithaqan ghaliza. Allah menjadi saksi ketika seseorang melakukan akad nikah. (quote somewhere)

Saya bukanlah orang selayaknya untuk berbicara perkara di atas. Kerana saya pun masih belum memegang apa-apa status. Dan saya bukanlah yang arif dalam menyelesaikan sebarang masalah rumah tangga. Cuma Allah berikan saya sedikit pengetahuan melalui pengalaman orang lain yang insyaAllah mampu dijadikan iktibar. Alhamdulillah.

Berat, memang iya. Ujar orang yang dah berkahwin. Kalau diberi pilihan memang lebih selesa dan senang hidup membujang. Namun, lantaran di sebalik perkahwinan lebih banyak hikmahnya dan kebaikan di dalamnya maka wajarlah ia 'ditambah sedikit perencah' sesekali tanda ujian dariNYA agar ditingkatkan lagi sebuah kesabaran dan keimanan sepanjang perkahwinan. Bezanya, ada ujian yang berat ada pula yang ringan dan bak angin semilir saja. Lantas, bagaimana persiapan kita sebelum, semasa dan selepas pernikahan itulah yang akan mencorakkannya.

Benar, kadang kala masalah yang dihadapi langsung tak masuk akal. Tapi itulah realitinya. Manusia, siapa pun tak boleh menjangkakannya. Apapun, sebesar dan seberat mana masalahnya Allah jualah sebaik-baik tempat mengadu dan DIA lah yang akan memberi jalan, membuka hati dan meluaskan fikiran kita. Kitaran tetap sama, bermula darinya dan berakhir pun tetap.

Perlu jujur. Jujur pada diri sendiri, jujur pada orang lain.

"Be there.
Be honest.
Be trustworthy.
Do what you say you're going to do.
Be true, genuine, and real.
Speak from the heart.
Don't cheat."
Wujud kesyukuran dalam kesempitan kita adalah bersabar.Sedangkan wujud kesabaran kita dalam lapang kita adalah bersyukur.Begitu kata org yng bijak.
p/s: i can lend my shoulder for you to cry on, wipe away your tears, put a smile on your face, take a deep breath and breath out~ get up, put a lot more determination.InsyaAllah, all well end well too. I can't help much, but I wish I could...

Friday, December 25, 2009

You Could Be Happy..by forgiving


I'm so sorry Pips!
I never remember the 'bad' thing I did to you. Huhu..Sorrylah tak ingat pun incident yang I forcefully make you eat dadih tu(actually sumbat dalam mulut). Tapi hampeh sbb punyelah pujuk tak ingat dunia rupanya hang berlakon merajuk. Kuang asam betul, habis my fuel selama ni. Sia-sia. Baik pujuk orang lain, ada jugak faedahnya. Kan Aqil?
I'm so sorry Asma',
Who's who? My ex-patient during student time. After a year, get connected. Since dia anak sulung selalu je suka bercerita pada saya. Macam saya kakak dia, anyway I'm happy too klu dapat ease burden orang lain. Lagipun tak berat pun, macam angkat batu bata. Apa? Nak gambr k.Fizah?hee..hs akak ni cikai je, ada camera pun bpa sgt lah megapixels lgpun ni hs ayah yang hadiahkan. Canggih sangat pun bukan saya akan gunakan~ cukup dapat call in/out dan message/mms. Lebih dari tu, no-no. Biasalah, saya kan konservatif/kolot dengan technology. Haih..
p/s: my lil bro, bila lah nak berubah? balik malaysia pun, tak bgtau mak ayah. alih2 selalu je connection dari kelantan->sarawak->medan. Jauh pulak pusing sonnection phone ni ye. So the conclusion; jangan buat mak ayah risau~ tiru macam saya, kalau boleh hari-hari nak tipon umah.ngee..
Rindunya kuliah tafsir pagi Jumaat Tok Guru ..surah apalah pulak pagi ni?

Thursday, December 24, 2009

Melihat Bintang

Melihat bintang-bintang
Satu kedamaian..kerana saya takkan dapat menjadi sepertinya
Sayup jauh, tapi menimbul rasa tenang bagi yang melihat ciptaan Allah yang satu ini.
Oh, manalah bintang hati saya ni..(^_^)

"Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi
~cerita hati


p/s: jgn rasa guilty pada sy(*_^)v. Sebab saya akan rasa guilty 2x lagi lepas tu('',)..occay! berlapang dada lah dlm smua perkara.

Santapan Mata

Jeng...jeng..

Alhamdulillah, holiday finally approach. Masa utk boost up the energy! Minggu ni baru saya perasan, saya kuat makan. Dalam 4 hari saya boleh habiskan lauk ayam 3/4 part dan 5 ekor ikan. Itupun kawan yang tegur..haha. Tapi still dalam budget mingguan~ kalau makan kat cafe lagi menabur duit namanya. So ada saya kesah?..ngee. Yang penting halalan thoyyiba. Sebab itu akan jadi darah daging saya pastu diturunkan pulak kat zuriat2 pulak..kan dah kira menzalimi diri sendiri kalau tak jaga. Betul sik? Aok jak lah ho..

Ni bukan ayam KFC yer. Ni homemade. Senang je beli tepung serbaguna pastu guna telur putih balut lah ayam tu. Then goreng sampai masak. Ni kategori malas tahap cipan lah nak masak. Kalau ada yang tahap dinosour~ korang jangan makanlah, so better puasa sunat. (dah lama tak puasa sunat ye)

Pastu kita finish dengan benda kt atas ni. Starter xde pun. Kiwi murah je nih, kebetulan ada promo 8 biji RM 7 ringgit. Biasa RM 9++, bukan sokmo pun. Special treats sesekali. Erk, gula-gula kat tepi tuh ignore ye. Fast glucose actually..hee. Percayalah!

Title: Jom Makan-makan tapi baca doa dulu ye.

Al Insan

Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di hati).
[12]
Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera.
[13]
Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk;
[14]
Sedang naungan pohon-pohon Syurga itu dekat kepada mereka, dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya.
[15]
Dan (selain itu) diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya): bijana dari perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya) -
[16]
(Keadaannya laksana) kaca, (sedang ia) dari perak; pelayan-pelayan itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya.
[17]
Dan mereka dalam Syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari “Zanjabil”,
[18]
Iaitu sebuah matair dalam Syurga, yang disebutkan sifatnya sebagai “Salsabil”.
[19]
Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; apabila engkau melihat anak-anak muda itu, nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan.
[20]
Dan apabila engkau melihat di sana (dalam Syurga itu), engkau melihat nikmat yang melimpah-limpah dan kerajaan yang besar (yang tidak ada bandingannya).
[21]
Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak; dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci.
[22]
(Serta dikatakan kepada mereka): “Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai balasan, dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah)”.
[23]
ila akhirul ayat.
Surah Al Insan~ saat merudumnya iman, Surah inilah penaik semangat buat saya. Bukanlah saya mengharapkan balasan semata atas apa kebaikan yang saya kerjakan, kerana amal yang saya lakukan jauh lebih sedikit dari nikmatnya syurga. Hanya mengharap belas kasihan dari Rabbul Jalil.
Hinanya saya...

Wednesday, December 23, 2009

It Subtle..

Alhamdulillah, sehari lagi working day! Saya nak cuti...

Minggu kerja yang paling hectic buat saya lepas T&C sehari suntuk, tak sempat nak lunch properly. Surat semua dah handing over kat PT. Laporan bulan Disember dah siap. Patient pun dah berkurangan since cuti sekolah dah nak habis. Tinggal checklist inventori yang perlu double check. Ringan sikit kepala saya akhirnya.

Inilah nasib Y/M(*_*). A big responsibilty anyway. Cuma bersyukur, at least saya belajar sesuatu dari asyik clinical side. A brighter side of it, I'm looking now. How to be a good manager. (hancur padahal..)

Pagi ni saja, memang saya jadi 'koboi'. Slow and steady. 7.30 am- sempat lagi nak makan ni. Ada nasi lebih semalam so zastss..jadi nasi goreng. Niatnya nak tinggal 1/2 untuk lunch sekali sup ayam. Haha..but my eyes, mouth and mind betrayed. Habis saya kaup semuanya. Biasalah, OPD day kena tenaga banyak sikit. By 8.00 am dah tercongok kat depan klinik. Ambil angin dulu, sedia ..baru masuk keje.

Patient sikit baru, kumpul dulu. Sambil saya touch up sikit laporan utk big boss. Sempat satu cerita lagi dengan staff.

'Dr, dah ready?'
'Yep, let's rock..haha(exaggerated pulak).

Grab my disposable gown and face mask ,wear glove.
Ok. Berjuang~ Bismillahirrahmanirrahim.

p/s: C'est Magnifique!

Saya..Hanya Seorang Insan


"Amnah"

Skrin hs terpampang nama itu. Hati saya berbunga gembira.
...

Tiba-tiba terjaga dari mimpi. Hati ini makin hiba, mengharapkan itu realitinya. Tapi hakikatnya bukan sebegitu. Gugur lagi air mata ini. Lemahnya insan ini Ya Allah.

Malam sebelum tu, hati saya meronta. Rindu tak terkata pada sahabat. Saya gembira tapi tak mampu nak meluahkan, bagaimana mahu gembira tatkala ada insan lain sedang bertarung antara hidup dan mati. Andai sahabat saya tahu...inilah rupa hati saya saat ini. Memang saya degil, kerana tak mampu dan mahu melepaskannya.

Banyak perkara yang saya belum langsaikan~ saya belum sempat minta maaf atas segala kesalahan saya termasuklah selalu melayan dan menganggapnya adik kecil, saya belum sempat nak bagitau dia betapa saya sayangkan dia...Manusia, memang sifatnya takkan sedar sehinggalah kehilangannya.

...pagi ni, saya melayan perasaan lagi slps habis treat pt..

Untuk itu sebelum terlambat~ dari hati seorang insan ini saya ingin katakan saya sayangkan, cintakan sahabat-sahabat saya semua dunia dan akhirat. Moga di syurga kelak, kita kembali bertemu dan duduk bersama-sama merasai segala nikmatNYA setelah mengharung duri-duri tajam dunia. InsyaAllah..

'Ala bizikrillahi tatmainal qulub'

Monday, December 21, 2009

5/7 and 8/24

Friday is another holiday!
Alangkah indahnya kerja 4/7. Tapi mana mungkin.
Tadi officeboy call, cakap big boss suruh saya buat SKT yang lain dan hantar ke Kuching. Aduhai, bab2 SKT memang melemahkan saya kalau SK II takpelah~haha. Saya pun cakaplah yang tahun sudah dah bagi kat Kuching dan memandangkan masa saya under 'pemerintahan' big boss lagi lama so calculate lah bulannya. Kesudahannya, tak perlulah buat yang baru. Selamat satu keje. Ada hati ke saya nak hadap benda2 mcm tu.

Oh, windu sama Hadirah. Dengan gaya dan cara bercakapnya. Macam manalah dia jadi leader untuk Luqman. Rasanya Luqman yang patut jadi leader sebab tak banyak songeh dan perangai mcm akak dia. Dia banyak diam, memerhati dan senang dengan sesiapapun. Agaknya kesan dibuli pun saya tak taulah pulak. Bila gik mau jumpa kamu ni? Bulan 2, bulan 3 atau bulan2 seterusnya.

Dah la petang kelmarin, balik khidmat kesihatan solat, makan-makan terus..zzz. Alih-alih 2.30 pm Pips kacau. Pukul 3.30 pm abang pulak kacau. Memang subconsciously saya jawab call. Haha..biasalah, ingatkan jawab tipon dalam mimpi. Check log balik, eh..benar ni mbak. Memang tak lena tidur petang tu, dah la penat satu badan. Tanda lama dah tak exercise. Hanya tangga kt quarters jelah tempat sy exercise. Bagus2 rumah dua tingkat ni tapi yang tak bagusnya saya jadi amat malas nak ke dapur bila malam. Dan ada dua kali jugaklah saya hampir nak tergelongsor. Alhamdulillah sempat berpaut. Kalau tak, sejibik(=sebiji) macam nangka busuk jatuh. Habit saya, suka berlari-lari bila climb stairs. Quite true mom's said~tak hilang-hilang lagi childish attitude yang satu ni.

Minggu ni start dengan benda yang meletihkan~ buang mucocele, dental abscess n so on. Penatnya~ .Ya Allah, berikanlah hambaMu ini kekuatan dalam menunaikan amanahnya.

Jom Berambeh di Kg Tebun, Simunjan

Sampai-sampai je terus Set up tempat check up.

Ambil gambar dulu~ evidence yang menunjukkan KP Simunjan pun ada aktivitinya..hee
Another pics~ tggu wrap up session akhir thn 2009.

Saturday, December 19, 2009

Perfecto


...(mumbling again).
Oh sahabat saya kena nosocomial infection. Sedihnya, tapi terus berharap agar ada keajaiban dariNYA.
Pagi ni, ke pasar sebentar. Ayam yang halal. Itu yang saya cari. Memang sejak akhir-akhir ni, perut saya ni agak di'pamper' dengan makanan. Kalau ada lebih or masak banyak bawa ke klinik. Tiada aktiviti nak dibuat memandangkan petang biasanya hujan.
Semalam, melepaskan rindu makan makanan di Saujana~ India Street oh dan bukannya Masjid India di KL ye. Rupanya kami ni masih diingati oleh makcik-makcik kedai. 'Dr kat mana sekarang?. Lama tak nampak.'. 'Dah jadi orang jauh, macam nilah'.
Saya ketawakan cousin. Hee..selamatlah mengumpul duit 12k tu by June 2010. Saya tahu, pandai dia cari duit tu. Tak pun jual saja satria neo hitam dengan tinted 'gelap nak mati' ..huhu.
Saya ada baki one day off yang perlu dihabiskan tahun ini ataupun burn macam tu je. Kena pilih hari ni, maka saya pilih 30hb~ sblm Tahun 2010 menjelang. Cuti sekejap sebelum isi fuel penuh bagi menghadapi 2010. Tak sangka dah sejauh ini saya melangkah. Moga yang baik-baik saja menanti di hadapan. InsyaAllah.
ok, ciao.
p/s: I'm happy when you happy (^_^)v ~like Aqil said to Luqman.

Thursday, December 17, 2009

Hijrah



Tengah asyik drive, hs pulak menyanyi. oh, mak rupanya
'Tau tak bila masa nk mengantar bila masa nak menyambut?'
'Hah?Sape pulak nak kawin ni?..ops, Oh Awal Muharam ke?'
'Ha'ah'
' Yep, tgh drive ni sampai nanti lepas Asar insyaAllah Fizah baca doa awal dan akhir tahun'

Saban tahu, memang sudah rutin mak akan telefon semua anak-anaknya untuk mengingatkan. Kasih ibu.

Baru je nak laju, ada kawan pula call.

' Fizah nak tanya, kalau kita dapat surat utk memangku DDO berapa ye dapat elaun?'
'Berapa bulan menanggung?'
'Hehe..10 hari je'
'Hmm..klu macam tuh tak dapatlah. Setahu Fizah kena ada tempoh waktu dlm bln2 ingat2 lupa tapi'
'Alahai ye ke, baru je ingat dapat duit lebih'
'Haha, tak cukup lagi ke duit nak kawin? Anggaplah buat kerja amal masa 10 hari tu'
'Erm, itulah. Dah pening ni'
'Macam mana preparation?'
'Haa..jangan tanya bab tuh. Sekarang ni pun ada selang masa buat pt tpaksa gunting kertas utk kad nak letak kt cenderahati'
'Nasiblah, meh la keje kat Simunjan. Dapat elaun oncall lagi.'

~ Jadi ensiklopedia GO(general order) bergerak pulak saya sejak akhir-akhir ni.

~~~
Selamat Datang Tahun 1431H , moga ketempangan yang lepas2 dapat ditampung pada tahun baru ini. Ya Allah, jadikan diriku sebagai hambaMU yang bersyukur dan tak kufur nikmatMU. Jadikanlah segala yang ada itu mencukupi keperluan ku. Jadikanlah apa-apa yang Engkau takdirkan itu kebaikan untukku ..

Cukuplah saya menjadi antara hamba-hambaNYA yang bersyukur...

Wednesday, December 16, 2009

Awali Hari Dengan Solat Dhuha Itu..


ALLAAHUMMA INNADH-DHUHAA ‘A DHUHAA’UKA,
WAL BAHAA ‘A BAHAA’UKA,
WAL JAMAALA JAMAALUKA,
WAL QUWWATA QUWWATUKA,
WAL QUDRATA QUDRATUKA,
WAL ‘ISHMATA ‘ISHMATUKA.
ALLAAHUMMA IN KAANA RIZQII FISSAMAA’I FA ANZILHU,
WA IN KAANA FIL ARDHI FA AKHRIJHU,
WA IN KAANA MU’ SIRAN FA YASSIRHU
WA IN KAANA HARAAMAN FA THAHHIRHU,
WA IN KAANA BA’IIDAN FA QARRIBHU
BI HAQQI DHUHAA’IKA WA BAHAA’IKAA WA JAMAALIKA WA QUWWATIKA WA QUDRATIKA,
AATINII MAA AATAITA ‘IBAADAKASH-SHAALIH


Ya Allah, bahwasanya waktu dhuha itu waktu dhuhaMu,
kecantikan ialah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu,
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu,
dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah,
dan jika ada didalam bumi keluarkanlah,
jika sukar mudahkanlah,
jika haram sucikanlah,
jika masih jauh dekatkanlah,
berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu.
Limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh


Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: “Kekasihku, Rasulullah SAW berwasiat kepadaku mengenai tiga hal : agar aku berpuasa sebanyak tga hari pada setiap bulan, melakukan solat dhuha dua raka’at dan melakukan solat witir sebelum tidur.” (H.R. Bukhari & Muslim).
Solat dhuha merupakan wahana pengharapan kita akan rahmat dan nikmat Allah sepanjang hari yang akan dilalui, entah itu nikmat fizikal mahupun material. Rasulullah SAW bersabda, “Allah berfirman, “Wahai anak Adam, jangan sekali kali engkau malas melakukan solat empat raka’at pada pagi hari, iaitu solat dhuha, nescaya nanti akan Kucukupi keperluanmu hingga esok harinya.” (H.R. al-Hakim dan at-Tabrani).

Nabi SAW dalam hadithnya, “Barangsiapa melakukan solat fajar, kemudian ia tetap duduk ditempat solatnya sambil berzikir hingga matahari terbit dan kemudian ia melaksanakan solat dhuha sebanyak dua raka’at, nescaya Allah SWT, akan mengharamkan api neraka untuk menyentuh atau membakar tubuhnya,” (H.R. al-Baihaqi).
Orang yang merutinkan solat dhuha, nescaya Allah mengganjarnya dengan balasan syurga. Rasulullah SAW bersabda, “Di dalam surga terdapat pintu yang bernama bab ad-dhuha (pintu dhuha) dan pada hari kiamat nanti ada orang yang memanggil, “Di mana orang yang senantiasa megerjakan solat dhuha? Ini pintu kamu, masuklah dengan kasih sayang Allah.” (H.R. at-Tabrani)

crdt to writer.

p/s: juh..solat dhuha sblm masuk keje. Tanda terima kasih kita pada Allah yang sentiasa membuka pintu rezekiNYA utk kita. Alhamdulillah, hasbunallahi wani;mal wakil~


Tuesday, December 15, 2009

My Good Moments..

My Good Moments:

a) Enrolled into USMkk, ambik dental for five 'suffering' years
b) Bila mak ayah selalu cakap saya akan jadi Dr, walhal saya tak pernah fikir nk jadi pun( cikgu pun cukuplah, cita-cita nk jadi engineer tp saya ni malas bab2 mlibatkn angka)~ itu tanda mak ayah percaya sy ni rajin+pandai..heh~ tp jatuh cinta dgn Dental
c) Time duduk dengan sahabat2 tercinta saya selama 5 tahun~ oh syahdu pula bila diingatkan sbb skrg masing2 ada komitmen
d) Time Graduation Day! Memang terharu bila dapat pegang skrol dan tunjuk kt mak ayah~ ini pengorbanan mereka yang hanya sikit mampu saya balas
e) Happy and sad hours dengan family~ everything will not be the same again.
f) Masa saya akan kawin kot..haha
g) Bila nak balik Kelantan..

My Sad Moments:

a) Bila result exam tak seperti yang expected~ kesian mak ayah. Sepjg 5 thn, sekali tuh je saya failed dlm midterm . Lepas tu mmg xde peluang utk perkataan 'F' dlm sijil saya. Insaf, kerdilnya saya.
b) Erm..masuk KMM~ jauh tuh Melaka, lgpun sy nak masuk tempat lain sbnrny. Tapi byk hikmah disebaliknya. Allah tahu apa yang terbaik.
c) Akhir final year~ berpisah dengan semua
d) Best friends saya kawin ~ ada ke patut bersedih di saat orang gembira?
e) Everytime naik flight dr KB-KL-KUCH..numbness skejap. Teringat family
f) Kena 'campak' ke Sarawak pastu Simunjan

Palpitation, Anxious Moments:

a) Time Viva Pro 3~ though tak dapat masuk list interview Viva Distinction at least sy dapat A..hehe. Alhamdulillah. Sbb saya sungguh2 bdoa, tak nak masuk both Viva Borderline or Viva Distinction. Selamat2.
b) Time result diannounce~ kalaulah kt Padang Mahsyar lebih teruk dari tu kot.
c) Bila mak ayah marah~ berdosanya saya. Janji tak buat lagi. I swear..
d) Saat kaki jejak tanah Sarawak
e) ..akad nikah, maybe~tp rsny saya rilek je. Org yg kena lafaz qabul tu kot..(^_^)


****
~ Hari ni dah berkali-kali dikenakan staf. Apa lagi teruk mereka saya 'bantai' dalam meeting. Lawan lagi boss, kan dah kena. Meeting kami ni santai2 je tp tetap fokus. Klu formal sgt, ada yang stress pulak. Cara saya mudah, kenali siapa org bwhan anda dan carilah sudut2 yang tepat utk tegur secara berhikmah. Hasilnya, semua berlapang dada. Tapi banyak lagi kelemahan saya yang perlu diperbaiki. InsyaAllah. I'm still learning and forever, if there anything cannot be restorable..just tell me.

'Dr, saya ada masalah ni. Perlukan bantuan Dr'
'Ya, boleh je. Apa dia?'
' Dr, faham tak dfmx? '
'Tau, d-decay, f-filling, m-missing, x- for extraction'
'Ada patient tu umur 17 tahun, d= 2, f=7, m=5 pastukan Dr..apa penyelesaian bagi e=mc2?'
Lari..
'Haa...nih nak kenakan saya. Siap awak'

~ sedihnya, taulah saya ketiga termuda dalam klinik. Tapi janganlah hadap saya dengan teka-teki dan gurauan yang separuh jiwa saya menghayati kot2 mslh besar.
ok,ciao.

Tatkala Ada Insan..Bersyukurlah

Before you think of saying an unkind word
Think of someone who can’t speak

Before you complain about the taste of your food
Think of someone who has nothing to eat

Before you complain about your husband or wife
Think of someone who’s crying out to God for a companion

Today before you complain about life
Think of someone who went too early to heaven

Before you complain about your children
Think of someone who desires children but they’re barren

Before you argue about your dirty house; someone didn’t clean or sweep
Think of the people who are living in the streets

Before whining about the distance you drive
Think of someone who walks the same distance with their feet

And when you are tired and complain about your job
Think of the unemployed, the disabled and those who wished they had your job.

And when depressing thoughts seem to get you down
Put a smile on your face and thank God you’re alive and still around :)

Life is a gift of GOD.
LIVE it, ENJOY it, FULLFILL IT!!!

Monday, December 14, 2009

Yang Dinanti..

Pukul 6 pagi sampai pukul 11, blackout satu hospital kecuali A&E. Patient dah ternanti2 di luar. Mahu menunggu elektrik atau teruskan saja kerja-kerja klinikal.Terpaksalah guna kerusi portable dibantu dengan cahaya dari tingkap. Nasib baik patient hanya setakat 25 orang waktu OPD. Berpeluh-peluh saya di sebalik gown, face mask dan glove. Macam sauna pun ada. Bertahan lah jugak though, nak pengsan pun ada.

Seorang staf saya bercerita tentang maknya~ saya pun tumpang simpati. Diabetes Mellitus TypeII; ibu segala penyakit. Itu sahaja yang dapat saya katakan. Kencing manis, memang membuatkan penghidapnya menderita dari microvascular hingga macrovascular complications. Hmm..teringat waktu PBL~ 3rd year, bila kena terangkan pasal complication masuk bab atherosclerosis dan arteriosclerosis. Memang dengan confident lah explain kt collegues dan specialist, sungguhpun saya tak faham sangat. Alih-alih, specialist puji sebab saya explain dengan jayanya. Pfuh..lepas satu cerita. The Art of Showmanship~ tak masuk lagi bab physical examination. Lagi parah ni.

Penyakit banyak timbul sebab tak jaga makan. We, what we eating. Baik halal atau haram, baik mahupun buruk. Alhamdulillah, kami takde family history dengan DM Type II except hypertension~ oh kena bjaga2 agar tak stress, garam dalam darah kena control.

Petang semalam kami ke pasar, dengan hajat nak membeli ikan. Dengan enaknya berjalan-jalan. Jumpa labi-labi, ok lagi..tiba-tiba kawan saya berlari memeluk tangan saya dr belakang..macam jumpa hantu. Terpinga sebentar. Oh, rupanya ada orang jual ular warna hitam berjalur kuning yang dah siap potong dan dalam plastik. Apa lagi, cepat-cepat kami berlalu tambah lagi penjualnya saja mengusik. Serik sudah nak membeli di situ. Akhirnya beli cempedak dua biji~ RM 2 je. Kacang dua kilo RM 2 lagi. Bahagia dapat minum petang sambil makan cempedak goreng!Alhamdulillah, rezeki Allah bagi petang tu.

p/s: Awal Muharam Jumaat ni, apa yang saya dah lakukan tahun ni dan apa penambahbaikan utk tahun hadapan? Jom sama-sama muhasabah dan fikirkan.

Sunday, December 13, 2009

Spell It Out

Ngaa....Bismillahirrahmanirrahim




Omm..nyum..
Achik nak cikit boleh?
Tak nak
Kedekutnya Aqil ni..

Mielad Said To My Hearthrobe!




So much..
Last 2 nights, I don't know how to potray, describe and...at last zzz.

Letih memotong trailer, lori -lori besar dan lori angkut kepala sawit barang kali. Singgah sekejap klinik pergigian Serian~ lepak sambil makan ais krim sambil borak-borak dgn staff sana.

Semalam, another visit to settle semua hutang crdt card~ sebabnya booking tickets return plus ticket encik yg gambarnya kat atas tu. Pergi rumah sewa kat Kuching kutip surat-surat~ wah, rindunya waktu dulu dan skrg rumah tuh dah ada orang lain sewa and guess what dijadikan tadika!, cari idea dan barang-barang~ bila sampai rumah, Ya Allah, banyak rupanya kita beli hr ni..haha. Memang mcm tulah kot klu sekali seminggu membeli.

Pagi semalam, saja merajinkan diri masak bihun goreng. La..la..la. Masuk bawang, lada, ayam, udang, garam gula dan kicap. Last baru bihun. Sekali, kenapa masin sangat ni? Pelik ni. Lepas tu buka peti balik, astagfirullahaladzim~ kicap masin rupanya yang saya taruk dalam bihun! Ingatkan yang manis. Sudahnya, cepat-cepat kak we pegi beli kicap manis. Haru biru jap.

Perak oh Perak.

Cemburunya bila mak ayah balik Perak lagi. Nak ikut...rindu lagi kat Opah, bau dan udara kampung. Kenapa asyik saya ditinggalkan?

Oh ya! Hari ni hari lahir encik yang kat atas tu. Yang ke 21. Ucapan saya pada dia:

1) Jadi muslim yang lebih baik dari hari-hari yang lepas.
2) Jangan buat mak ayah risau-risau lagi, no news doesn't always mean good news ya.
3) Strive for the best, ngaji leklok~ jangan tuang2 (I knew u didn't). Another 3 years before you also get title Dr ~ so just hold on.
4) ..apa lagi ye? nantilah kakakmu ini tambah...mg dirimu sihat dan gembira setiap masa.

..rindu lagi. Agaknya, minggu ni minggu saya rindu orang disekeliling saya..tapi ada ke orang rindu kat saya..ngee. Rindu pada Allah pun dah cukup! Hati saya gembira.

'Kasihlah yang di bumi, nescaya akan dikasihi oleh yang di langit'

Friday, December 11, 2009

Peringkat-Peringkat Isteri Dalam Memberi Ketaatan dan Meminta Nafkah:

Isteri Siddiqin ;

Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

Isteri Muqarrobin ;

Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

Isteri Solehin ;

Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

Isteri Fasik ;

Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah,sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami,apatah lagi dengan Tuhan.


Model Muslimah Sejati Menurut perspektif Islam

Wanita adalah pelengkap kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah s.w.t. Malah Rasulullah s.a.w memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Ini sebagaimana sabda Baginda bermaksud:


"Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah." (Riwayat Muslim)

Hadis ini jelas menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan global. Jika ditelusuri dalam lembaran al-Quran, wanita digambarkan dengan tiga fungsi penting. Pertamanya, wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya dia tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam. Keduanya, wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. Akhirnya, wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup.

Sejarah Islam sebenarnya melahirkan ratusan personaliti wanita terbilang yang menjadi teladan kepada warga Muslimah dewasa ini. Mereka adalah wanita contoh yang menempa tinta emas yang mewarnai sejarah kegemilangan dan keunggulan Islam.

Sehubungan itu, Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia; mereka itu ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah saw dan Fatimah binti Muhammad, puteri kesayangan Baginda." (Riwayat Bukhari)

Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidup sebumbung bersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Allah.
Maryam pula adalah simbol wanita dalam ibadahnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah.
Manakala Khadijah pula adalah simbol kepada isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa raga dan segala harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan pada bahu Rasulullah.
Akhirnya, Fatimah pula adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah; anak yang soleh dan taat di hadapan ayahandanya;isteri yang setia dan taat di hadapan suaminya serta ibu yang bijaksana di hadapan putera puterinya. Dialah pemuka segala wanita dan juga seorang wanita mithali yang setiap detik kehidupan yang dilaluinya, sewajarnya dijadikan ikutan Muslimah.

Demikianlah antara beberapa profil wanita Muslimah contoh yang mewarnai pentas kehidupan dengan ketenangan, kemesraan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Islam menganjurkan setiap Muslim yang bakal melangkah alam perkahwinan agar berhati-hati memilih calon isteri. Kriteria calon isteri penting dalam kehidupan berkeluarga kerana ia adalah antara ciri kesolehan isteri yang dituntut Islam, di samping bakal menjamin kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga.

Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinasakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama. Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu." (Riwayat Abdullah ibn Humaid)

Jelas di sini, bahawa aspek keagamaan dalam diri seseorang isteri adalah penentu hala tuju sesebuah rumah tangga yang dibina dan dibentuk. Ini kerana agamanya yang bertapak kukuh dalam jiwa sanubarinya, dia pasti akan taat kepada suaminya pada semua perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah dan tidak mendatangkan mudarat kepadanya. Isteri yang solehah juga akan bersifat amanah terhadap harta benda suaminya, di samping menjaga maruahnya. Sewaktu ketiadaan suaminya, seorang isteri solehah memelihara dirinya dan maruahnya seperti tidak boleh keluar rumah tanpa izinnya, tidak boleh menerima tetamu yang tidak dikenali dan sebagainya.

Ketaatan dan sifat beramanah seorang isteri solehah ini banyak dipengaruhi oleh firman Allah yang bermaksud: "...perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah..." (Surah an-Nisa: 34)

Malah isteri yang solehah ingatannya sentiasa segar dengan pesanan Baginda yang bermaksud: "Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya, mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana saja pintu syurga menurut kehendaknya." (Riwayat Imam Ahmad)

Isteri solehah juga adalah isteri yang sentiasa menyempurnakan keperluan suaminya, di samping memelihara keredaannya pada setiap masa dan keadaan. Ini kerana keredaan suami adalah anak kunci utama yang melayakkannya menjadi penghuni syurga penuh kenikmatan. Sabda Rasulullah bermaksud: "Mana-mana isteri yang meninggal dunia, sedangkan suaminya reda kepadanya, nescaya isterinya akan masuk syurga." (Riwayat Al-Hakim dan Tirmizi)

Apa yang paling penting ialah isteri solehah adalah pendidik dan pengasuh terbaik kepada anaknya yang juga penyejuk hati ibu bapa dan saham akhirat yang pahalanya berkekalan, biarpun ibu bapanya lama meninggal dunia. Dengan agamanya itu, seseorang ibu akan mewariskan segala ilmu agamanya kepada anaknya agar mereka kelak akan menjadi anak soleh dan taat, bukan saja kepada ibu bapa, bahkan taat kepada Allah. Agama inilah ramuan terbaik yang boleh melenturkan peribadi anak, perhiasan akhlak terpuji, mengisi minda dan hati anak dengan keimanan dan ketakwaan serta membimbing kehidupan ke arah keredaan Ilahi.

Demikianlah betapa besarnya fungsi seorang wanita yang bertindak sekali gus sebagai isteri dan ibu solehah dalam sesebuah institusi keluarga. Justeru, Allah menganugerahkan ganjaran syurga bagi wanita solehah yang beriman dan benar-benar melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu dalam kehidupan sehariannya.

Akhirnya, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya: "Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang, yang memelihara kehormatannya, yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya, yang menghormati suaminya, menghiaskan dirinya hanya untuk suaminya tercinta, memelihara diri daripada pandangan orang lain, yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya. Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakannya serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain." (Riwayat Al-Tausi)

credit to this writer.TQ

From The Bottom Of My Heart

Pagi Jumaat
Pagi bagi segala penghulu hari.
Terasa sayu dan hiba
Melautnya dosa, menggunungnya kelekaan selama ini

Teringat pada sahabat.
Gugur juga setitik dua, sungguhpun ditahan
Bagaimana mahu bergembira tatkala ada insan yang menangis

Rindu pada dia,
Sudah sebulan, saya tak tahu nak menghubungi siapa
Alih-alih tangan akan secara tak sedar menekan nombornya
Rindu mahu berbual, mengusik dan saling bertazkirah..
Dia sajalah 'mangsa' saya..dipaksa berbual dan asyik dikenakan saya

Selepas ni,
Saya harap dia masih sudi melayan kerenah saya
Yang agak suam-suam kuku..

'Saya rindu kt awak'. 'Awak pun rindulah kat saya jgk'..hehe (ayat nk motivate diri sndr!)

Thursday, December 10, 2009

'Rindu itu adalah
anugerah dari Allah...'

Ya Allah,
Anugerahkanlah padaku rasa rindu yang berpanjangan
Rindu untuk bertemuMU
Sampai saat dan masanya
Terurai juga rasa rindu ini..

Alangkah indahnya saat itu..

It Ain't Perfect But...


Minggu yang agak hectic, tapi masih ada selang masa untuk merehatkan minda. Macam-macam benda mendatang esp bab admin ni. Pening saya, dengan cuti staf yang perlu dikemaskini dan diperbetulkan,inventori dan surat menyurat utk tahun depan, patient appointment yg dtg bertalu-talu. Sepatutnya pagi, muncul di petang pula. Bayangkan 2 pt utk impression, 1 pt utk filling dan 1 pt utk MOS removal of impacted 38 dalam satu petang! Lipas kudung saya petang tu. Alhamdulillah, Allah berikan kesenangan dan kemudahan.

First time, patient saya muntah masa ambik impression. Rasa bersalah pulak. Saya pulak yang terasa nak termuntah. Rupanya dia baru lepas makan dan tak tahan dengan rasa alginate. Apa lagi, terpaksa saya ambik angin luar. Snff..pfuh.Uh..leganya.

'Dr, jangan lari..alginate dah nak set ni'

Haha..kuang asam Dr ni, ada ke gi tengok org jual udang yang fresh lagi besar dan murah RM 14 sekilo kat luar klinik. Terpaksa berlari masuk balik, lupa tgjb sebentar.Sukanya tengok udang yang fresh~ sudahnya saya ambil 2 kilo. balik tengah hari, terus masak.Sedap. Alhamdulillah.
'Dr, jangan lupa. Udang celup tepung'~ Amboi ingat saya tukang masak ka?

Jangan tangguh-tangguh!

Time and tide wait for no man. Sekarang masa tengah takde sibuk sangat, isikan sj dengan tulis surat pada KKM, DMO(Divisional Medical Officer) sementelahan PT saya bercuti.Dah lama tak buat kerja secretary. Rindu pulak, menaip ayat-ayat cinta.Huu..

Cuti sekolah. Amat significant pada kerja klinikal saya. Waktu inilah ramai pesakit, dari yang kecil sampai ke tua. Senyum sajalah ,diorg awal-awal lagi bertenggek tepi klinik bila pintu masih berkunci.Tau tau je doktor diorg dah datang. Ada pt yang saya boleh tolerate, ada masa naik tinggi juga suara saya sesekali~ bl bhadapan dgn pt yg banyak songeh+tak faham bahasa Malaysia+Melayu Sarawak. Yang pastinya, assistant saya lagi naik darahnya. Selebihnya, saya senyum disebalik face mask. Sungguhpun tak kelihatan,tapi pt blh baca melalui mata saya yg menyepet(*_*). Senyum itu sadaqah. Wajah berseri-seri dan senyum itu juga dikira kebaikan. Saya? Oh, muka saya dah sunburn rupanya. Baru perasan.
Semalam, disebabkan malam2 takde kerja yang nak dibuat. Alih-alih saya masak spagheti isi masa lapang. Menjamu staf-staf klinik. Sambil polish skil memasak. Dulu student kawan saya yang jadi lab rat, sekarang lab rat saya adalah~ staf saya! Haha..
.....but worth it
(p/s: apalah staf ni letak gambr zaman2 skolah dulu..haih)

Monday, December 07, 2009

Resepi Ari Tok

Assalamualaikum kehadapan cik Pips yang dikasihi tapi xbpa disayangi(^_^)
Adapun beta mengepilkan senarai bahan dan cara memasak daging singgang yang diidamkan tuan patik.

Ingridients:

Daging (of course,main ni ye)
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Lada hitam
Biji ketumbar (kenal tak, klu tak buat2 kenal)
Kunyit
Asam keping
Garam

Cara-caranya;
1) Mayang halus smua bawang, halia
2) Hiris saja lengkuas dan kunyit
3) Tumbuk lada hitam, bj ketumbar tp jangan hancur
4) Masukkan daging dan air dalam periuk kaca mak, pastikan jangan buat pecah mcm k.Syah kite ni. Rugi satu periuk.
5) Masak atas dapur dgn api yang sederhana, tapi bukan membakar jiwa ye Pips, dan bukan juga membara mcm a.Udin (bahaya naa..)
6) Pastu masukkan semua bahan di atas kecuali bawang putih dan merah (kita kemudiankan)~ one step at a time.
5) Agak2 dah lembut daging, rasa lah ye~ cukup rasa.
6) Kemudian, hidangkan. (haih, nak kena cakap jgk ke? hang kan suka tinggal mcm tuh je atas dapur. Kesian ayah, tercari-cari lauk hang yang sedap tu)

p/s: jgn lupa belanja cheq. Sekian.

Sunday, December 06, 2009

The Art



Seharian di rumah.
Basuh baju, masak-masak, makan, tidur, tengok tv~ memang betul-betul rehat.
Ingatkan malas mahu keluar tapi terpaksa juga start enjin dan..vrroomm. Isi minyak ~ oh, part yang paling saya malas sbb kena layan diri. Jalan-jalan ke kaunter.
'Saya nak isi penuh, 97 ye'
'Bonuslink ada?'
'Jap ye' terpaksa saya buka lagi purse yang dah kembung dengan kad-kad.
'Maaf cik, mesin xblh pakai tiba-tiba ni'
Nasib baiklah ada tukang isi siap sedia menanti. Saya menunggu je kat situ nak buat pembayaran.
'Sorang je ke?'
Saya sengih je, takkan la tak nampak kawan saya duk dalam kereta tu.
'Ni dari mana nak ke mana?'
'Ha?? Apa??'
'Uh, takde apa2'
Hehe..the art of ignorance. Prinsip saya mudah, jangan dilayan orang-orang mcm ni~ sama ada buat-buat tak dengar, jangan dijawab dan buat tak tahu saje.
'kerja apa sekarang?'
'kerja kt hospital'
'oo..'
Pesanan utk diri sndr, kalau org tanya keje apa. Jangan jawab specific. Bukan menipu tapi ianya helah. Zaman sekarang, banyak manusia banyak intentionnya. So berhati-hatilah..
Petang-petang, sambil makan ais krim potong lipat baju dan tengok tv. Oh, damainya petang.
Pagi yang cerah dan mendinginkan.
Kicau burung menenangkan sekeping hati
Titik-titik embun indah..

Ya Allah,
Dari hambaMU yang dhoif ini
Terima lah doa ni

'Ya Allah, sembuhkanlah sakit sahabatku dan kurniakannya sebaik-baik kurnia dariMU'

dari yang masih berharap

Saturday, December 05, 2009

Right Now

"Somebody is very proud of you. ~ I'm proud of you too
somebody is thinking of you. ~ tq2, may I know who so I can think of them.
somebody is caring about you. ~ I care about you most
somebody misses you. ~miss me? then tell Allah so
somebody wants to talk to you. ~ I'm listening
somebody wants to be with you. ~ so come here dear
somebody hopes you aren't in trouble. ~ as much as I hope
somebody is thankful for the support you have provided. ~ thankful to Allah, that's better
somebody wants to hold your hand. ~ I'm pleased but only for mahram sj ye.
somebody hopes everything turns out all right. ~ me too
somebody wants you to be happy. ~ I want the same goes to you
somebody wants you to find him/her. ~ are we playing hide n seek
somebody is celebrating your successes. ~ for this year, no success yet. wait next year InsyaAllah
somebody wants to give you a gift. ~ thank you2..i'm waiting!
somebody thinks that you ARE a gift. ~ hee, but not refundable. blh ek?
somebody hopes you're not too cold, or not too hot ~ i'm freezing, yet melting inside
somebody wants to hug you. ~ i'm hugable(haha..ada ke ayat ni)
somebody loves you. ~ i love you too endlesly..enormously,tremendously..and more ly..
somebody admires your strength. ~ i'm weak, but Allah is The Most Strongest
somebody is thinking of you and smiling. ~ i wonder who? so I can think n smile back
somebody wants to be your shoulder to cry on. ~ then, we cry together2
somebody wants to go out with you and have a lot of fun. ~ such long time not having fun
somebody thinks the world of you. ~ how eh?
somebody wants to protect you. ~ protect me2..but ~ Allah is my great protector
somebody would do anything for you. ~ do good deeds,not bad ones
somebody wants to be forgiven. ~ i forgive you
somebody is grateful for your forgiveness. ~ i also seek others forgiveness
somebody wants to laugh with you. ~ LOL! i can't stop when it started
somebody remembers you and wishes that you were there. ~ O..I wish I was there
somebody needs to know that your love is unconditional. ~100% sure
somebody values your advice. ~ i'm just give a little help, not much
somebody wants to tell you how much they care. ~ tell me now, can?
somebody wants to share their dreams with you. ~ sweet dream, not nightmare duh..
somebody wants to hold you in their arms. ~ i miss my mom's
somebody wants YOU to hold them in your arms. ~duddu..dear, come
somebody treasures your spirit. ~ spirit of youth
somebody wishes they could STOP time because of you. ~ impossible, but I truly appreciated
somebody praises God for your friendship and love. ~ Thank You Allah
somebody can't wait to see you. ~really? I'm so happy
somebody loves you for who you are. ~ I love you bcos of what you are to me
somebody loves the way you make them feel. ~ feel good
somebody wants to be with you. ~again? sharing knowledge and opinion
somebody wants you to know they are there for you. ~always!
somebody's glad that you're their friend. ~ I'm glad
somebody wants to be your friend. ~ with sincere intention; atas agamaNYA
somebody stayed up all night thinking about you. ~ no need, qiam is the best way
somebody is alive because of you. ~ not me but alive bcos of Allah
somebody is wishing that you had noticed them. ~I'm sorry for being ignorant
somebody wants to get to know you better. ~ better me?
somebody misses your advice/guidance. ~ siapa lah saya, lemah sj.
somebody has faith in you. ~have faith in HIM
somebody trusts you. ~trust me without questioning
somebody needs you to send them this list. ~spread
somebody needs your support. ~ I'm willing
somebody needs you to have faith in them. ~ as always
somebody will cry when they read this. ~ its ok dear
somebody needs you to let them be your friend. ~ open table
somebody hears a song that reminds them of you." ~ I don't have song, but I do say prayers to you all..a lot

- Author unknown -
p/s: i want everyone..to be in my list of 'somebody', can I? duh!

This 'Cuti-cuti'

Gambr di atas~ malam majlis akad nikah Dr Siti Maryam& Dr Zuhdi..utk tatapan smua. Mg Allah memberkati kalian berdua.

Hari ini, banyak betul agenda. Tapi bukan saya, kawan saya. Seperti biasa, saya just jadi companion yg setia mencucuk agar orang lain membeli belah dengan 'hebatnya'. Cuma biasanya, orang yang tak nak membeli, itulah yang akan paling banyak membeli. Sifir yang common utk geng kami.

"It is better to be hated for what you are than to be loved for something you are not." - Andre Gide -

O..Fahmi tengah exam. Do the best, let Allah do the rest.Beberapa hari ni asyik mengadu dengan saya betapa susahnya nk call rumah. Hoho..macam tak tau pulak bila ada org kat rumah memang akan ada orang yang rajin dengan line internet. Bukan tak nak tukar Streamyx, tapi bila fikir-fikir balik membazir je. So guna aje yg sedia ada.Membazirkan kawan syaitan kan?.

Friday, December 04, 2009

Me...and My Cardiac..

Alhamdulillah, Allah yang menetapkan sesuatu dengan keizinannya.

Hari ni jantung saya bekerja keras. Sekarang ni pun masih terasa palpitation, heart rate pun tak terkira.

Lepas saja habis outpatient dan appointment, seperti biasa terperap dalam bilik saya. Tergerak hati nak menelefon sahabat di USMkk sambil bertanya khabar sahabat tercinta saya. Ralit bercakap, tiba-tiba ada orang mengetuk sesuatu. Saya enak-enak observe melalui tingkap so tak ambil kesah. Sekali...'DR..'. Saya berpaling.

'Ya Allah!'
Gugur jantung saya. Memang assistants saja nak kenakan saya. Ada ke patut, bersembunyi sebalik meja, dengan pakai topeng tengkorak mcm dalam cerita Scary Movie. Lepas kenakan tuh, pandai pulak melarikan diri. Takut saya ketuk kepala dengan buku! Sahabat saya dalam phone pun terpinga-pinga, ingatkan kena apa lah.

Petang tadi on the way balik, memang berderet-deret treller dan lori. Ni yang saya malas nak potong-memotong. Tapi sampai bila nk ikut jalan diorang? O~ memang terrerlah bab ni sejak keje di Cmunjan. Bad habit yang saya nurture~ bawa kereta laju2 in spite of kat selekoh. I wonder if mom get heart attack kalau naik kereta yang saya drive. Hee..sorry mom,can't help. Tapi ms g Kota Bharu lepas, saya bawa under 80km/h je. Maklumlah mak duk sebelah.

Amboi Pips, sedap betul ayat tuh.
' Gelap nak mati'.
Taulah hang punye tinted kereta yang dpt approval JPJ. Yang cheq punye tak. Tapi...ada cheq kesah? Haha! Ayah pun tegur kereta saya. Namun sayang nak tukar. Apa yang penting, ada lagi orang tuh yang tinted keretanya lagi gelap+++. Kalau buat rumah kat dalam pun orang tak tau.Betul sik?Ngee..

Hujung minggu ni, rehat. Beli barang dapur, makan...tambah lagi beribadah. InsyaAllah. Allah mempermudahkan urusan orang-orang mukmin.

Tuesday, December 01, 2009

Buat sahabatku,

Doaku selamanya takkan putus dan Surah Yasin ini tanpa jemu kubacakan untukmu..
Masih menunggu moga ada berita gembira dari sisimu.
Lelah..penat..kering sudah air mata, semuanya ada
Tapi putus asa takkan sesekali..

Allah yang menurunkan penyakit dan DIA jualah yang menyembuhkannya. InsyaAllah.

..


Tadaa..( biasalah pagi Selasa, memang takde kerja ..sambil tggu attach laporan to big boss).
"Apa yang kami utarakan terhadap doktor-doktor muslim hendaklah menjadi contoh yang baik semasa melayani pesakit, sabar ke atas kesihatan mereka dan ‘empathy’ keadaan penderitaan mereka – kerana inilah medah dakwah kita." Mustafa Masyur- Suri teladan di sepanjang Jalan dakwah.
Wallahua'lam sejauh mana saya dapat menjadi contoh seperti Islam dan ajarannya kehendaki. Saya hanya mampu buat yang terbaik, selebihnya Allah jualah yang sebaik-baik Pemberi Balasan. Susah nak kekalkan niat yang betul dan ikhlas tiap waktu. Ada masa, terbabas juga saya dari landasan sepatutnya.
"Yang dikehendaki dengan seorang doktor muslim contoh ialah niat kerjanya itu kerana Allah dan bukan kerana dunia. Harta adalah sebagai yang mendatang bukan sebagai asal tujuan dan yang diniatkan untuk bekerja. "
Empati tapi bukan simpati. Kalau saya simpati, larilah dari objektif asalnya, mudah-mudahan Allah terus kekalkan begitu dalam hati, minda dan perasaan saya.