Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Wednesday, February 28, 2007

What To Grieve On ?


Too much burden too much to think
To turn into but you'll find just a wall
To run from but to nowhere
To sleep yet your eyes stubborn to close
And To wake up is a must


p/s: After last night, listen to their explaination, grieving and burdens...I had to break a barrier as a senior, to help them finding a way for the better outcome.Don't grieve dearie sis and bro.We are here, hand-in hand side by side for you all.

Labels:

I Just Love Poems


Labels:

Monday, February 26, 2007

Taklifan

'Berdirilah tegak memperjuangkan pendirian selama hidupmu! Sesungguhnya hayat itu hanya bererti bila diisi dengan pendirian dan perjuangan' (Syauqi)

Sabda Rasulullah s.a.w: 'Kasihlah semua yang di bumi, nescaya kamu dikasihi oleh yang di langit'

.....Ada surat bertukar tangan petang tadi. Dia mengerut dahi seraya menerima surat bersampul coklat. Cuba bertanya tapi sahabatnya tersenyum. Aduh, sahabat jauh manalah yang masih berkirim-kirim warkah ni? Takde ribut, takde hujan.Alih-alih ada surat.Sudahlah bergam rapi.Di zaman serba moden ini, masih ada orang yang konservatif.Bagus juga, samalah dengan diri ini.Tulisan agak cantik, sahabat akhawat mana lah yang cuba menguji akal ini?

Bila melihat ayat pertama, dia tergelak seketika. Sahabatnya cuma memerhati,ingin jua mengetahui apa yang membuatnya geli hati. Separuh isi surat dihabiskan, tetiba hatinya jadi terharu. Surat ini bukan surat biasa, tapi bukan kerana penulisnya. Cuma kerana surat ini mengingatkan pada TAKLIFAN yang sudah lama ia pinggirkan lantaran kerja akademik yang didahulukan.

Dalam ketawa, hatinya meruntun hiba.Terkenang saat tangan menerima watikah perlantikan. Senyum.Sedih.Semua silih berganti. Dia tak berlaku amanah, dia alpa, dia cuai. Ketawa kecilnya terhenti, seluruh isi surat ditatapnya dengan pandangan kabur. Dia mahu menangis, tapi dia melawan. Lambat-lambat dia memerhati sahaja tulisan tangan, kemudian tanda nama penulis, ........

Dia tahu, rakan sejawatnya alias partnernya setia mengingatkannya. Setiap bulan, cuma dia agak malas membalas. Serik juga, buat kerja seorang diri.Sekarang, Allah dah bagi partner yang bertanggung jawab..dia pula makin tak acuh. Bersalahnya dia! Surat dilipat kemas.Dia tersenyum, senyuman yang memberi harapan.Dia ada keazaman, dan untuk itu dia semestinya mahu berusaha.Segalanya dengan izin Allah jua.

Labels:

Harga dan nilai thiqah dalam perjuangan ini...

[thanx to ikhwah2 on the net]

Dalam amal dakwah, thiqah adalah sifat yang diberikan kepada seseorang atas keperibadian mulia yang dimilikinya & kemampuannya untuk menjalankan tugas dakwahnya. Thiqah dalam amal dakwah mengakibatkan seseorang itu dipercayai untuk melakukan tugas, diterima pendapat & kata-katanya & dihormati keperibadiannya. Thiqah adalah status yang perlu dimiliki oleh semua penggerak dakwah. Tidak kira samada dia adalah pemimpin atau pengikut. Kewujudan thiqah membolehkan pemimpin dihormati & ditaati oleh pengikutnya sementara pengikut pula akan diberi kepercayaan untuk menjalankan tanggungjawab dakwahnya. Thiqah jugalah yang memastikan kemesraan antara seorang sahabat dengan sahabat yang lain.

Jadi bayangkan lah jika thiqah telah luput dari kalangan kita, pemimpin telah hilang thiqah terhadap pengikutnya & pengikut telah hilang thiqah terhadap pemimpinnya, yang muda telah hilang thiqah pada yang tua, rakan-rakan seperjuangan sudah hilang keyakinan sesama mereka. Organisasi akan porak peranda, amal dakwah akan tergendala, tanggungjawab akan terabai & setiap pihak yang terlibat pastinya akan dipersoalkan oleh Allah Ta'ala.

Apakah yang dapat mewujudkan thiqah pada seseorang?

Thiqah wujud apabila terpancar dari keperibadian seseorang itu segala nilai-nilai murni hasil dari penghayatannya terhadap Islam & perjuangannya. Di antara nilai-nilai ini, yang paling penting ialah keikhlasan, amanah & jujur dalam semua hal.
Jika sedikit sahaja orang tahu bahawa kita ini tidak ikhlas, amanah @ jujur, orang tidak akan lagi mempercayai kata-kata kita @ mentaati perintah kita @ menghormati keperibadian kita. Akibat paling buruk dari situasi ini ialah berleluasanya fitnah & tohmah & hilangnya hak ukhwah.

Perlu difahami bahawa thiqah juga adalah natijah dari ikatan hati antara manusia.
Membina keikhlasan, amanah & kejujuran bukan satu perkara yang mudah bagi kita. Ia menuntut satu mujahadah yang panjang & sukar. Mengikat hati-hati manusia juga bukan satu perkara yang mudah. Ertinya membina & memperolehi thiqah bukan satu usaha yang mudah. Thiqah menuntut satu pembayaran harga yang tinggi untuk memperolehinya.
Ironisnya, thiqah begitu mudah untuk hilang dari kita. Ia hanya memerlukan sedikit kesilapan
dari kita @ sedikit buruk sangka dari orang lain @ fitnah ke atas kita, maka hilanglah apa yag telah dibina selama ini dengan harga yang mahal.
Sekali thiqah hilang, sukar untuk diperolehi semula & jika ini berlaku, yang pertama sekali
perlu disalahkan ialah diri kita sendiri.
Bagi pejuang dakwah, thiqah adalah sesuatu yang terlalu bernilai untuk dikorbankan kerana
tanpanya bagaimana orang akan menerima ajakannya kepada Islam & bagaimana organisasinya akan diterima oleh umum.
Peliharalah thiqah orang terhadap kita, berilah thiqah kepada mereka yang berhak, layak dan jauhilah dari mencabuli kehormatan orang yang kita merasa sukar untuk menthiqahnya lagi.

Labels:

Panas Dosa ?


Setiap hari, panas.Hujan? Entah kenapa dunia makin panas.Mungkin kelibat El Nino yang dijangka sudah tidak sabar-sabar menjengah umat manusia di bumi yang kealpaan termasuklah diri ini.Untungnya, negeri di serambi Mekah ini tak sepanas negeri-negeri lain.Alhamdulillah."Cuti seminggu tak cukup Dr" pintas ana dalam lif bersama Dr."Hmm, geng2 awak ni bagi sebulan pun tak pernah cukup" Dr menempelak kami. Ana tersengih saja.Mengiya dalam hati. Kami tak pernah pun cuti sebulan sepanjang 4 tahun belajar. Paling lama pun 3 minggu setengah.


Cuti seminggu berlalu cepat, usahkan membaca.Membelek nota pun tidak. 'Kalau cuti, cuti betul-betul' ujar sahabat sekolah lama. Agaknya, ana dah terkena virus tuh. Menjadikan cuti yang sebenar-benar cuti! Esok lusa dah kerja, susah nak dapat cuti. Tapi alangkah baiknya, kalau cuti itu dimanfaatkan sepenuhnya. Seperti biasa, kalau berjalan mata pasti memandang.
Agar pemandangan tadi membawa kepada bertafakurnya kita tentang kejadian Allah Yang Maha Agung.


Namun, nampaknya mata ini banyak benar memandang yang salah.Bukan sengaja tetapi itulah pemandangan yang ada. Entah cukup. entah tidak istighfar yang dilantun mengatasi dosa mata
Itulah umat Islam sekarang. Tak perlu menuding ke arah sesiapa, tetapi tudinglah pada diri sendiri. Masalah umat, masalah kita. Kita berdiam, makin banyak kemungkaran menular. Selemah iman, ana hanya mampu berdoa agar mereka semua diberi petunjuk untuk kembali ke arah kebenaran.


Mengenangkan semua itu, rasa gusar pada nasib Hadirah di masa dunia akan datang? Apakah akan terjadi yang sebaliknya? Sekali lagi hanya mampu berdoa. Bimbang, khuatir. Alangkah baiknya jika dirimu hidup jauh dari anasir jahat dan tarikan dunia. Moga dirimu menjadi lebih baik dari ku.


'Andai berlakunya pertembungan antara ketentuan dari langit
dan doa dari bumi...
maka keduanya akan berlawan
siapa yang lebih kuat itulah yang
bakal menjadi ketentuan...
maka sepatutnya...
kita perlu berdoa bersungguh-sungguh..
kerana DOA ITU SENJATA ORANG MUKMIN!

Labels:

Sunday, February 25, 2007



Labels:

Saturday, February 24, 2007

Andai Kau Paksikan Atas Sebuah Kejujuran

Assalamualaikum semua pemilik-pemilik hati yang dipinjamkan olehNYA untuk kalian. Agar kalian merasai betapa indahnya rasa berTuhan, betapa khusyuknya sekeping hati tatkala dihadapkan kepadaNYA dan betapa tenangnya andai hati redha akan segala ketentuanNYA. Benar. Bibir mudah melafazkan sabar tapi hatilah yang remuk menderita. Namun, cukup sahaja kekecewaan dan kesedihan dinoktahkan seketika.Usah diperpanjangkan.

Sungguh sukar melihat orang yang jujur. Kerana sebuah kejujuran bukan dinilai secara pancaindera mata atau telinga, tetapi ia jauh terperosok ke dasar hati. Banyak orang yang menulis, tetapi berapa ramai yang menulis secara JUJUR. Jujur pada diri sendiri dan jujur jua pada manusia lain. Terkadang membaca tulisan sebegini, terasa macam ada sesuatu yang tersembunyi dan sengaja disembunyikan. Kata-katanya elok saja tetapi tidak menyelami dasar hati si pembaca~tiada rasa nikmatnya! Betul.Jika sesetengah mengatakan kita membaca bukan untuk merasakan nikmatnya tapi ilmu...Mungkin iya mungkin tidak. Namun, andai kita ikhlas menyampaikan pasti antara pemilik-pemilik hati akan tersentuh jua. Sebagaimana kita menasihati orang. Dalam menasihati, tidak dinafikan andai si penasihat tadi berupaya mengikat hati orang yang dinasihatinya insyaAllah, pasti Allah bukakan hatinya untuk menerima. Samalah seperti menulis.

Ada yang menulis entah apa-apa sahaja prosa ayatnya, tetapi di dalam ayatnya sudah terbias betapa jujurnya ia menulis tentang dirinya dan hidupnya. Kalian pasti sahaja sudah melayari pelbagai laman tulisan. Ada yang biasa-biasa sahaja(spt blog ini), ada yang banyak sekali cicipan atau link di bahagian tepinya (mungkin untuk memudahkan pembaca), ada yang berirama, berseni.bersiasah,bertasawuf,berpendidikan,berkongsi pengalaman hidup dan sebagainya. Semuanya bergantung kepada si penulis tadi, apa yang ingin ia fokuskan dan dihidangkan kepada pembaca.Kita tidak boleh menyamakan dan meniru gaya penulis lain, binalah identiti sendiri bukannya kerana mengikut kehendak pembaca atau ingin memuaskan hati mereka tetapi kerana KITA JUJUR PADA DIRI SENDIRI.

Setelah lama menulis,lantas tertanya pada diri sendiri; sekian lama menulis berapa persen kejujuran yang telah aku letakkan ke dalam tulisanku? Miah bil miah? Au la?Ya Allah, betapa sia-sianya aku menulis selama ini.Kosong sahaja.

“Ikhlas adalah bilamana kamu mengeluarkan dirimu dari dalam dirimu dan kamu dapat melihat sendiri bagaimana keadaan dirimu setelah melakukan perbuatan itu'

Labels:

Friday, February 23, 2007

Apa-apa jelah




Ni the latest pic of Hadirah..masa kitaorg jln2 ke KL pastu ke Balakong, the largest Jaya Jusco in Asia?? Pergh, banyak barang tapi duit pulak takleh nak withdraw so just tolak Hadirah naik stroller. Tengok orang jalan2.



Oklah jugak trip kali nih, banyak tempat baru gi jalan2, antaranya Restoran Ikan Bakar Terapung kat Umbai, Balakong and so on. Yang paling penting dapat jumpe Hadirah yang comey nih!Cepat betul dia belajar, sedut straw, makan Choki Choki, nasi ayam and gigi incisor atas dah tumbuh, pandai jalan sambil berpaut pada kerusi. Uh, achik nak solat dia sibuk dok perati.Oo..awak nak sembahyang jugak ye?Nah, achik pakaikan.

Kesian kat abang, musti boring duk jauh2. Kitaorg main sms je, sbb tau dia tengah kebosanan level berapa ntah. Apapun doakan dia sihat-sihat shj lgpun bulan 8 nih dia balik jap. Esok 'terpaksa' menangguhkan cuti , banyak lagi requirement perlu dilangsaikan..Exam final bulan 4 nih, nampaknya dah kena start membaca nih.Study smart not study hard, but depend on what situation and person lah.


Haha, pips sejak bila jadi mafia serdang nih?Ok, cheq jd ajk kerohaniannyer.Yuran bayar kat sape?? Haha..boring jugak jadi orang 'baik2' n 'ayu' nih. Better jadi diri kita sendiri yer.Tapi janganlah jadi tak baik pulak.Nakal ckit2 udoh ler.Kome bukannye idup lame..bawok2 le buat bende baiknye.Huh, rindu pulak kat Perak, opah dan gulai tempoyak.

Labels:

Thursday, February 22, 2007

Beating The Urge To Eat

BMR. What do you know about that? Basal Metabolic Rate. Sooner and later I had to admit BMR caused me to eat more than I should. Everyone just amazed the way I eating, look you just a skinny little girl yet can eat twice for your size. I just smile sheepishly, me too..amazed. Later I found out its was our family hereditary. High BMR. We actively convert our meals into heat and energy too fast rather than other person.

Luckily, we don't get fat due to that. Sometimes, I almost get annoyed when having meal.My sis and bro in-law always look at me if they didn't finished their meal. Thinking that I could finish it for them, they urge and even force me to do so.Uh, I wish I had to bring along plastic bags next time. Doesn't mean I eat alot almost everytime, but certain time which I eat little but frequent.

The Hunger Switch

In 1994, Friedman discover a hormone called Leptin. Leptin is a part of complex system that closely regulated body fat and hunger.When we put on fat, fat released leptin, which signals brain to suppress apatite and sends message to crank up metabolism. When we burn fat, leptin level fall and the hunger centre of the brain says ' Eat something'


p/s: ada orang kata ana perut ana tanpa dasar. Takpe2..skurang2 ana memasak utk diri sendiri=) then ana puasa isnin khamis most of the weeks.Tapi bila makan, rasa satisfied..umph!

Labels:

Mari Membaca


Sekarang tgh abiskan membaca buku ini.Harap shbt pun sama-sama memanfaatkan masa cuti dgn membaca.Next in my posting A Journey ..

Labels:

Saturday, February 17, 2007

Centre Of Attraction

Just come back from my maternal grandma's house after visited my cousin who soon will be married this Monday.May Allah, keep her marriage last longer. Umph, I couldn't witness her wedding because had to bid au revoir tonight. We are going to travel...Such a long time I didn't let my feet away from hometown. Opah just finished from her spinal operation at Penang, stay back for awhile at auntie's house over there.

During on the way back to home..some issues had been raised by my parent.About LIFE. I'm just being a good listener, and learnt a lot from them. But things in common that I found out later both in my parent..BOTH OF THEM ARE GOOD CHATTER AND BOTH GOOD LISTENER. In car, you have to bear their chattings from the begining of the journey until the end. However, that's the way they find similiarity eventhough arguement is ineviatable but yet at last they have something to agree upon. Oh, my parent. I wonder if I've inherited their in common already..being a good listener and people who had argue with me sure had a bad-bad time.Because, I will defend my ideas until the opponents surrender. Not always lah, sometimes je. Nevertheless, I'm kindda of diplomatic too because I respect others..and love to see if other diplomatic too. Hmm..you too old to argue Fizah and take things easy.

p/s: See ya Hadirah..not your mom lah although she said that two of you are in ONE PACKAGE.I'll see if I can separate both of you by 'kidnapping' you.Then, kita gi main air kat pool bwh!

Labels:

Wednesday, February 14, 2007






Fly Fizah, fly away. To a place far away.Uh,looking up and high. Wishing I can visit my bro. Miss him already.

Labels:

Inilah cerita minggu ini

Baru je sudah exam ortho, susah sbb tak membaca. Dah tahap malas, tak dpt nak tolong diri sendiri.Takpe2 pengajaran untuk diri sendiri. Pagi tadi hantar exercise bending wire, sah2 yang ana punya banyak kena reject sbb tak flat, bengkang bengkok macam kena patuk ular. Kesiannya, bila dah kena reject ada yang Dr jentik macam main karom.Uish..ana awal2 lagi dah surrender.."Dr..jgn jentik yg saya punya, saya dah siap tadahkan tangan ni" .Nasib baik selamat.Second time, bila dah baiki.ok,cantek sbb flat."umph, this one ugly but acceptable' Fuh,akhirnya terlepas.Alhamdulillah sama jugak lepas tracing Lateral Ceph.

Exam? Tak tahulah macam mana.Fikiran dah menerawang ke rumah.Yang nampak hanya mak ayah. InsyaAllah, if takde halangan ayah datang ambik petang lepas klinik. Aduh, kena fikir pasal patient esok pulak. Minggu ni terlampau banyak suka duka.Tak tergambar..belajar mengenali diri sendiri waktu tengah stress. Banyak technologis tolong, klu tak rasanya sampai esok pun tak siap2 lg.

Apa ye planning untuk cuti ni? Membaca? Hmm..mustahil nampaknya sbb dah terlalu lama tak 'rehatkan' minda. Nak rehatkan mata yang kepenatan menghadap setiap butir huruf.By hook or crook, ana nak trun KL nak jenguk Hadirah.Achik dan terlampau rindu kat awak.Achik dah siap2 nak pujuk atuk n nenek . Achik nak cium,peluk and dukung awak macam dulu2.Achik nak jalan-jalan dgn awak, kita g window shopping, makan ais krim, tengok orang ye!

Minggu ni langsung ana tak berkesempatan bertemu mata dengan sahabat Medic yang lain. Dunia ana berlegar di PPSG shj dari pagi hingga lewat malam.Rindu nak kembali pada zaman duk belajar medic skali masa 1st-3rd year.Apakan daya haluan berbeza, masa selalu selisih. Rugi rasanya klu adik2 sekarang tak manfaat masa betul2. Bila dah tua ni, banyak benar perkara yang perlu difikirkan, hala tuju dan jalan mana yang nak diambil.

Adik sebilik, dah lama cuti.Tinggal ana sorang2, klu diorang ada pun tak sempat nak layan macam dulu2 waktu banyak time free. Minggu ni pun banyak dapat suprise dari patient..heh,maklumlah bukan semua dapat tau.Alhamdulillah,Allah bagi patient baik2. Ada bagi buah limau,makanan, msg2 yang mbuatkan ana tersenyum sendiri esp dr adik darjah 5 yang jadi patient braces ana. Itulah, tak susah nak buat baik kat orang..nanti orang pun buat baik kat kita jugak.Ok,pasni nak cite kat mak pulak..mak lah pendengar setia ana.Sayang mak!

Labels:

Ya Allah,
Sahabat saya tak seperti sahabat Nabi saw,
Sahabat Nabi setia di sisi,
Sahabat saya datang dan pergi
Ya Allah,
Saya muhasabah, menerawang sendiri,
Dari kecil ke saat ini,
Ramai sudah bertandang di hati,
Ramai juga yang datang dan pergi.
Ya Allah,
Sahabat ketawa, saya gembira,
Sahabat sayu, saya syahdu,
Sahabat layu, saya pilu,
Sahabat cemerlang, saya gemilang
Ya Allah,
Kawan saya, sahabat saya,
Rahmati kami meniti usia,
Terpisah kami di alam nyata,
Temukan semula di taman syurga.
Ya Allah,
Sahabat saya, buah hati saya,
Mesra kami penawar duka,
Rindu kami menambah cinta
Rajuk kami membuah ceria.
Ya Allah,
Silaturrahiim kami, ukhwah fillah,
Bermusuh kami, na`uzubillah,
Berpisah mati, inshaAllah,
Pengubat hati, do`a rabitah.
Salam ukhwah, teruskan amal da`wah....
inshaAllah

Labels:

Tuesday, February 13, 2007

Precise Yet Meaningful



Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Labels:

Monday, February 12, 2007

Orthodontics In Islam


If happened one day ana jadi lecturer, tak kisah lah kat mana-mana pun I'll make sure every little thing must be based on syariat Islam. Sebelum buat sesuatu pastikan apa hukumnya dalam Islam. Sama lah mcm pakai braces (atau guna istilah gigi besi for rural area). Mostly bila diajukan complaint kenapa nak betulkan gigi? Jawapan pertama untuk menutup tujuan sebenar ialah susah nak gosok gigi, banyak caries, susah nak tutup mulut and so on. Then, further probing..AESTHETIC or COSMETICS reasons.Memang fitrah manusia, mahu jadi cantik, sedap mata memandang. Termasuklah ana, tapi ana lebih suka kalau cantik akhlak that's why I always emphasize that 'What is beautiful is good and who is good will soon also be beautiful'. Siapa buat baik dengan ana..mudahlah ana sayang dia. This goes to all my friends, patients and so on.

Back to our topic, bila niat dah kerana nak cantik darinya akan wujud perasaan megah dan menunjuk-nunjuk. Sedangkan Allah amat murka bila hambaNYA memakai sifatNYA. Bila difikirkan balik....salah siapa? Salah dentist, pesakit atau orang sekeliling yang memandang kecantikan fizikal? Apa peranan ana dan sahabat dental yang ada kesedaran? Kita terlupa mengingatkan kepada pesakit kerana asbab yang paling kuat: kurangnya ILMU. Wajib bagi kita menerangkan sesuatu perkara berdasarkan nas-nas yang sahih. Then, what if jika kita baiki gigi sebabnya nak hilangkan rasa malu kerana gigi crocked and crowding? Apakah diharuskan sebab nak hilangkan rasa rendah diri? Maka sepatutnya, bagi yang profesional untuk probing detail reason, kenapa nak pakai braces. Kalau patient dah salah niat, sama-sama kita betulkan ye.

"Sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan." (Al-Isra': 70)

Betapa Allah dah bagi banyak kelebihan ke atas kita, maka sebagai hambaNYA wajib untuk besyukur. Mungkin ana tak rasa, sebab gigi dah naturally well align tapi semuanya masih berkait dengan hukum. Macam seorang cikgu Kimia dia mengajar bab2 chemical reaction, hukum-hukum adalah untuk memberi ilmu demi kebaikan pada anak muridnya.Tetapi apa akan jadi jika ada anak muridnya menyalah gunakan ilmu tadi untuk buat bom bunuh orang yg tak berdosa? Berat sebenarnya tugas seorang guru, bukan sekadar mengajar tetapi mendidik dalam erti kata sebenar.

" Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasiqan dan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya." (Surah asy-Syams: ayat 8-10.)

Labels:

Belajarlah Untuk Memahami


Assalamualaikum,
It almost 1.20 am in the early morning yet my eyes hardly to shut down. My thumb and index finger experience throbbing pain intermittenly.Aggravated when I saw wire, pliers and burs..ahaks.Actually,I'm in the last week of orthodontic posting/rotation. To fulfil the requirement which needed us to bending and whatsoever technique to curve and mould the 0.7 mm wires into small, tiny and almost make me gone 'mad' and haywire.Anyway, leave that 'annoying' but yet interesting posting to go thru. However ,this Wednesday I'm sitting for exam~full with gadgets: braces(fixed appliances) removable (URA, twin block) and all classification that make my head stuck with definitions. Fortunetly, I learned so much knowledge

Thanks to Allah, I've learned something today! Learn that Being SELFISH~ worth nothing but grow grudge and anger in other person. You never lost thing, not a cent but feel so much helpful. I advise you, always put yourself in other shoe before act. This world not belong to you only, there's always another person. You want other person to understand you but you hardly want to understand others.Hey, wake up! That's what mom always advise eight of us- treat orang lain sptmana kita mahu orang treat kita.

Work is love made visible.
And if you cannot work with love but only with distaste,
it is better that you should leave your work
and sit at the gate of the temple and take alms of those who work with joy.
For if you bake bread with indifference,
you bake a bitter bread that feeds but half man's hunger.
And if you grudge the crushing of the grapes, your grudge distils a poison in the wine.
And if you sing though as angels, and love not the singing,
you muffle man's ears to the voices of the day and the voices of the night.

Cannot wait for holiday, how I love to travel. Travel inspire me a lot, I learn and I observe and I gain something. Hmm, maybe during my post grad period in oversea~ I spend a lot for travelling. I always thinking of travelling alone like Gulliver (books). Whoa, pray for me that I can make until that.InsyaAllah. I can't wait for my ex-PA Dr Basaruddin to come back from UK, sharing his experience doing Phd there, giving his plentiful ideas and motivation.
To see a blue sky, green mountain and white snow . To feel wind from the hill, the freshness of pine tree. But mom never let me be b'cos I had to get married first..ohoh that's too far. At least I has experience being single during travelling, mana tau in case by stroke of luck jumpe mat saleh..tup..tup get married there. Hoho..nonsense(berangan ala sleeping beauty jer)
Ah..whatever lah, but umrah and hajj first. Then, one of technologist asked me, if I bother about title 'Hajah'. What's wrong...i'm proud of that even in younger age.

Oklah, afwan for those who seems to be hurt by any of my writing. I'm just expressed what I think but may disproportionate with other does. Oh, Hadirah..tolong achik bending wire nih with your milk teeth. So sweet

Labels:

Saturday, February 03, 2007

KUIH DI DAPUR

'Tak jadik balik pagi tadi so balik pagi esok then terus masuk ke klinik'

Yahya bin Muadz Ar-Razi pernah berdoa:
'Ya Allah, sesungguhnya yang paling menggembirakan saya adalah kemurahanMu mengurniakan iman kepadaku, dan paling aku khuatiri adalah apabila Engkau mencabut iman itu dariku, selama kekhuatiran itu berada dalam diriku, jangan Engkau cabut iman itu dariku'

Mak sibuk buat pulut then akak on kuih cara nya~she's longing for it such a long time.Nampaknya rumah ni seakan-akan tak pernah sunyi dapurnya. Sekembali dari KL, ayah tak jemu2 cite pasal perkembangan Hadirah: sudah pandai menari bila dengar muzik, bila tepuk je bantal terus dia tidur, bila terjaga terus nak makan.Seems that mak ayah dah addicted dan terlalu rindu pada cucunya yang tunggal for this time being.

Bubur Asyura

Nampaknya, tak dpt nak merasa bubur asyura USM kat Pusat Islam. Takpelah ramai lagi yang perlukan makanan kat usm. Adik bawak balik 2 pack of chocolate..eh in the freezer so took some of 'em. Erm, so delicous!Then, ingatkan buku sejarah chocolate rupanya,packing dia mcm buku.Punyelah semangat bukak but then...ketawalah sorang2.

Posting Baru

Entah apa yang bakal ana lalui,doakan yang terbaik dan ada improvement. Assignment Dr masih tertangguh,bila agaknya nak siap. Ya Allah, berikanlah diri ini kekuatan untuk menghadapi hari yang mendatang.Hanya padaMU hamba ini bermohon.

Labels:

Batu Kecil

Seorang pekerja pada projek bangunan memanjat ke atas tembok yang sangat tinggi.Pada suatu saat ia harus menyampaikan satu pesanan penting kepada teman kerjanya yang berada si bawahnya. Pekerja itu berteriak-teriak tetapi temannya tidak mendengar kerana suasana bising dari mesin-mesin dan orang yang bekerja sehingga usahanya sia-sia sahaja.

Oleh kerana itu, untuk menarik perhatian orang yang berada di bawah, ia cuba melemparkan wang syiling di depan temannya. Temannya berhenti bekerja , mengambil wang syiling itu lalu kembali bekerja semula. Pekerja itu mencuba lagi, tetapi usahanya yang kedua pun memperoleh hasil yang sama.

Tiba-tiba ia mendapat idea. Ia mengambil batu kecil lalu melemparkan ke arah orang itu. Batu itu tepat mengenai kepala temannya, dan kerana merasa sakit, temannya menengadah ke atas. Sekarang pekerja itu dapat menjatuhkan catatan yang berisi pesanannya ;

'Allah kadang-kadang menggunakan cubaan-cubaan ringan untuk membuat kita menengadah kepadaNYA. Seringkali Allah melimpahkan kita dengan rahmat, tetapi itu tidak cukup untuk membuat kita menengadah kepadaNYA. Kerana itu agar selalu kita ingat kepadaNYA, Allah sering menjatuhkan "batu kecil" kepada kita'

Labels:

Friday, February 02, 2007

Aiyam min Hayati

Pagi - Mee bandung
~Inilah paling simple and sesuai utk org yang malas memasak, mulanya nk masak spagethi tp tak cukup bahan lagipun tinggal ana n akak je kat rumah.

Tengah hari - tom yam dan ikan masak taucu
~ada ke patut kul 4 baru masak, malas lagi punye pasal.

Petang - cucur udang and roti telur(france toast)
~Akak curi2 makan 2 hidangan yg ana masak nih, tak cukup makan sungguh orang dalam rumah ni

Malam - 'puasa' and air masak banyak2 untuk awet muda
~ Baca buku sebelum masuk posting br, tunggu mak ayah, fahmi n aisyah yang tak sampai lg dr KL. Abang ipar call, nasib baik laptop ada detector u incoming call. Hadirah batuk and baru lps gi klinik: best dengar suara merengeknya. Achik rinduuuuuu..

Pagi esok - kena btolak naik teksi kul 715 am sbb kena hadir program dgn Dr2 muslimat. huhu, tugasan pertama slps taklifn tbaru. Berat hati jgk,nk balik awal2.Tapi sudah amanah kena tanggungjawab!Esok jugak, ramai2 kacau bubur asyura; tapi ana kena skip tapi untuk makan WAJIB. Sempena posting baru ni, rajin2 membaca ye wahai siti hafizah..

Labels:

Sebuah Perjuangan


Musim panas itu menyeronokkan, hujan itu menyegarkan,angin itu menguatkan, salji itu mengembirakn yang dikatakan cuaca buruk itu sbenarnya tiada,yang ada hanya jenis-jenis cuaca baik yang berbeza sahaja.Daripada sesuatu yang buruk itusentiasa lahir sesuatu yang baik.


Adalah penting sekali bagi anda untuk menyedari bahawa kita sepatutnya belajar meskipun dalam waktu bagus.Dan bagaimanakah kita boleh berbuat begitu? Dengan sekali sekala merenungkan waktu sukar,ketika kita menderita, ketika kita bermurung, ketika segal-galanya seperti menentang kita-kerana hanya waktu-waktu sukar sahaja yang memberi pelajaran terbaik.


Perjuangan memerlukan kita bergerak tatkala kita selalunya cenderung berehat. Dan ia membawa kita kesudahannya kepada kesedaran penuh bahawa kejayaan hanya tercapai melalui perjuangan.Tiada apa pun yang bernilai dalam hidup ini yang mungkin diperoleh tanpa perjuangan. Jikalau ia mudah diperoleh sudah tentu semua orang akan mendapatnya.
Perjuangan hidup, penderitaan jiwa dan seksaan itu semuanya perlu jika anda ingin menjadi unggul. Jadi janganlah memaki hamun dan menyumpah seranah, tetapi sebaiknya fahamilah dan hargailah pengalaman-pengalaman sedemikian ketika anda mengalaminya kerana ia merupakan sebahagian dari penyempurnaan seorang manusia.


Perjuangan hidup dalam kebanyakan hal diperjuangkan secara mendaki ke atas dan menang tanpa pergelutan adalah seperti menang tanpa kebanggaan. Jika tiada kesukaran, tidak akan ada kejayaan.Kesukaran mungkin mengerunkan mereka yang lemah, tetapi perangsang bagi mereka yang tegas dan berani.Segala pengalaman hidup sememangnya berperanan untuk membuktikan bahawa rintangan yang menghalang kemajuan manusia mungkin kebanyakan diatasi dengan perilaku baik, semangat yang jujur, kecergasan, ketabahan dan dengan keazaman untuk mengatasi sebarang kesukaran.

Labels: