Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Wednesday, July 25, 2007

Seorang Pelupa..selalu diingatkan

Assalamualaikum wbt,
Selamat datang Rejab selamat datang bulan beribadat...
Tempoh hari ada program sambutan bulan Rejab di Balai Islam, membuak-buak rasa mahu turut serta tetapi ada tuntutan sebagai pelajar perlu diutamakan. Dan pastinya, niat baik-baik yg terlintas insyaAllah dimakbulkan.Memang ana ke balai Islam tetapi menaiki AMBULANS. Kami ikut paramedic dan MO ke accident scene. Haru biru,hanyir bau darah,orang ramai berderet-deret.Kepala ana jadi pusing. Serik rasanya mahu turun ke tempat sebegitu.Naik ambulans saja dah mengecutkan perut. Melayang-layang dibuatnya.Anyway, precious experience.Bila lagi nak jumpa kan? Everyone has equal chances.

Tak sabar mahu menunggu Jumaat tiba.Kami ada date!!Date untuk menimba ilmu dari tok guru.Sudah lama rasanya, hati telah kering kontang.Menunggu masa disimbah air ma'rifat.Ayuh,sama-sama menuju ke tempat di mana seluruh malaikat turun untuk merahmati manusia di dalam majlis zikir. Manusia hanya ada satu shj masa.Bila sudah berlalu, tak dapat diundur. Kesempitan waktu bukan alasannya.

Alhamdulillah, duit scholarship dah masuk.Namun ana biasa-biasa shj.Hanya orang yg selalu 'kekeringan' shj mengalami sindrom luar biasa. Pelik juga melihat kuasa membeli wanita2 muda ni. Awal2 berbelanja sehabis mungkin bila diakhirnya maggi dan biskut kering sajalah jamuannya. Bila ana berkata demikian,pasti ada jawapan berlabuh digegendang telinga~takpelah org Kelantan,tambang murah.Siapa kata? Tambang pergi balik ke rumah ana RM 10 dan kekerapan balik lebih dr budak luar. Sebulan blh dikatakan ana habiskan RM 30 cuba darabkan dengan 10 bulan pasti lebih berganda dari tambang orang lain kan? Ingat-ingatlah orang yang membazir adalah saudara syaitan.Beli sekadar memenuhi keperluan bukan kerana nafsu,sekali sekala boleh diterima. Lagipun duit JPA tuh untuk keperluan belajar n makan minum dan buku2.Bukan utk beli perfume mahal2, mainan karut2, belanja makan besar dan sebagainya. Bersederhana itu kan lebih baik malah disukai Rasulullah s.a.w.

Untuk bersedekah sering kita teragak-agak,tetapi untuk membeli belah wang keluar bak pili air bomba.Banyak bersedekah, banyak benda baik menanti kita.Tangan memberi lebih baik dari yang menerima. Tangan kanan bersedekah tanpa tangan kiri mengetahui itu yang terbaik...

Labels:

Tuesday, July 03, 2007


Pesanan Buat Orang Bujang : Janganlah Engkau bersedih kerana dirimu Bujang


Terdetik di hati ini ketika melalui beberapa friendster dan weblog rakan dan teman yang kini sudah bergelar suami dan isteri kepada orang serta tidak kurang yang bakal bergelar ibu dan ayah membuatkan hati ini terasa perlu memberi peringatan buat teman dan sahabat yang masih belum kesampaian dan belum berkemampuan.

Ukur baju di badan sendiri menjadi pembuka kata satu nasihat mulia dari ana bahawa orang yang bujang itu tetap mulia di sisi Islam. Artikel kali ini akan mengungkapkan kedudukan bujang dan keadaan mereka dalam Islam.

“Janganlah kamu merasa hina dan janganlah kamu merasa sedih kerana sesungguhnya kedudukan kamu lebih tinggi (mulia) jika kamu beriman” (Ali-Imran : 139).


Maksud Bujang

Bujang dalam bahasa arab disebut ( عزب ) iaitu bermaksud tidak mempunyai keluarga yang secara khusus jika lelaki disebut tidak mempunyai isteri dan perempuan yang tidak mempunyai suami (lihat Ibn Manzur dalam Lisan Arab m/s 224 Jilid 6).

Manakala dalam bahasa English disebut bujang sebagai single yang membawa erti tidak mempunyai ikatan atau komitmen dengan sesiapa dan masih belum berkahwin. Merujuk kepada takrifan yahoo dan MSN atau friendster serta tickle match.com, single bermakna belum mempunyai pasangan dan ikatan komitmen.

Bahkan bagi yang belum berkahwin atau belum bernikah itu pun mempunyai beberapa taraf iaitu :

a) In a relationship – Sudah menjumpai pasangan dan kini dalam hubungan secara tidak rasmi tetapi masing-masing sudah menjelaskan perasaan.
b) In a commitment – sedang dalam komitmen terhadap hubungan yang serius dan bakal membawa perkahwinan.

Dalam Islam kedudukan belum bernikah tetapi sudah mempunyai komitmen dan hubungan secara tidak rasmi dinamakan sebagai “kitbah” iaitu pertunangan dengan syarat hubungan itu memang berhasrat kepada perkahwinan bukan sekadar brsuka-suka.

“Tidaklah berdosa bagi kamu jika kamu meminang perempuan dengan kata sindiran atau kamu sembunyikan dalam hati kamu…” (Al-Baqarah : 235).

Kitbbah dibaca dengan mengkasrahkan ( خ ) “kha” membawa maksud usaha peminangan atau permintaan untuk pernikahan yang menjadi pemula kepada perkahwinan (lihat sahih fiqh sunnah m/s 107 Jilid 3).

Menurut mazhab syafie ra khitbah (pertunangan) ialah sunat yang dituntut (lihat raudatu talibin m/s 30 Jilid 7) dan ianya merupakan sunnah nabi salallahuaalihiwasalam seperti yang dilakukan oleh baginda rasul kepada isteri baginda iaitu Aisyah binti Abu Bakar ra dan Hafsah binti Umar ra (lihat hadith sahih riwayat bukhari no. 5081).

Para ulama’ mensyaratkan khitbah itu dilakukan dengan melalui walinya namun sebahagian yang lain membolehkan peminangan itu terus kepada pihak perempuan itu sendiri jika dia seorang permpuan yang berakal dan cerdik (Sahih Fiqh Sunnah m/s 109 Jilid 3).


Kembali kepada tajuk perbincangan kita iaitu perihal golongan bujang maka yang ingin ditujukan isi pesanan ini ialah kepada mereka yang masih belum beristeri dan masih belum berkhitbah, belum berkomitmen dengan mana-mana perempuan atau lelaki, belum mempunyai pasangan dan belum pun mempunyai teman istimewa baik dalam apa jua bahasa dan istilah baik arab, english atau parsi atau hindi.

Seperti kata syair :

Bujang ertinya engkau seorang
Bujang ertinya engkau tidak dikehendaki orang


Kedudukan Bujang Dalam Islam

Islam merupakan agama fitrah yang diturunkan oleh Allah swt bagi memenuhi fitrah manusia menurut syariat-Nya. Salah satu dari fitrah dan kehendak manusia ialah perkahwinan kerana manusia semuanya diciptakan dengan mempunyai fitrah berpasang-pasangan.

Sesungguhnya fitrah yang diciptakan Allah dan ditetapkan manusia dengannya (tertakluk kepada fitrah tersebut).”(Surah Ar-Rum :30).

“ Dan di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ialah diciptakan bagi kamu dari diri kamu isteri-isteri supaya kamu bersenang-senang kepadanya..” (Ar-Rum : 21).

Pembujangan dalam Islam ialah salah satu perkara yang dibenci dan diharamkan bagi sesiapa yang mampu bernikah ini disebabkan baginda rasulullah pernah bersabda :

“Dan aku ini bernikah maka barangsiapa yang membenci sunnah aku maka dia bukanlah dari golongan aku” (hadith sahih riwayat Bukhari no 5063 dan Muslim no 1301 )

Islam mengalakkan pernikahan supaya dapat berkembang biaknya umat manusia melalui jalan yang halal dan menepati syariat sebagaimana sabda baginda :

“Bernikahlah perempuan yang subur dan melahirkan anak kerana aku berbangga dengan mempunyai umat yang ramai” (hadith sahih riwayat Abu Daud no 2050 dan Nasaie).

Dari riwayat Abu Zar ra bahawa baginda nabi pernah bersabda : “Dan pada kemaluan (persetubuhan) kamu itu sedekah” lalu baginda ditanya oleh sahabat, wahai rasulullah apakah seseorang yang memenuhi syahwatnya (dengan isteri) itu mendapat pahala ? maka dijawab oleh baginda : “Apakah kamu tidak melihat bahawa jika seseorang itu meletakkan syahwatnya pada yang haram itu satu dosa ? Maka demikianlah jika dia meletakkan syahwatnya pada yang halal maka baginya pahala” (hadith sahih riwayat Muslim no 1006 dan Abu Daud no 1286)

Sesungguhnya tidak adalah golongan yang membenci perkahwinan dan pernikahan melainkan dia telah berlaku zalim kepada dirinya sendiri dan kepada agama Allah yang di datangkan dengan pertunjuk yang jelas.

“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengharamkan apa yang baik yang dihalalkan oleh Allah kepada kamu dan janganlah kamu melampaui batas sesungguhnya Allah tidak suka kepada golongan yang melampaui batas” (Al-Maidah : 87).

Kembali kepada topik perbincangan, kita tidak mengalakkan pembujangan dan sesiapa yang mampu bernikah maka hendaklah dia berusaha menikah dan berkahwin namun tujuan penulisan ini demi memberikan semangat dan pemahaman kepada golongan bujang yang miskin, susah dan tidak mampu bernikah bahawa mereka juga merupakan sebahagian dari golongan yang mulia dan penting dalam Islam sekalipun mereka tidak mampu bernikah lantaran kesusahan, masalah dan kesempitan yang mereka hadapi dalam menunaikan ibadah nikah.


Wahai orang-orang yang bujang

Sesungguhnya Islam itu agama rahmat dan memahami keadaan umatnya dan sesungguhnya manusia sekarang sudah tidak menurut panduan syariat Al-Qur’an dan sunnah lalu terjadilah kalian sebahagian golongan yang tersisih dan terpinggir dalam kumpulan masyarakat.

Sesungguhnya Allah maha mengetahui akan keadaan kamu dan dia Maha pengasih lagi Maha penyayang lalu Dia berpesan kepada kalian dengan firman-Nya :

“Dan orang-orang yang tidak mampu bernikah lantaran kesusahan maka mereka itu hendaklah memelihara kesucian mereka sehingga dikurniakan Allah dari kesenangan dari rahmat-Nya” (An-Nur : 33).

Di akhir zaman ini melaksanakan ibadah kepada Allah tidaklah mudah akibat jahil dan sesatnya umat dari pertunjuk kitab dan sunnah dan salah satu ibadah yang sukar dilaksanakan ialah nikah. Dewasa ini ramai pemuda dan pemudi Islam menghadapi masalah untuk bernikah akibat beberapa perkara :

a)
Tidak mampu dari sudut kebendaan dan kewangan
b) Tidak mendapatkan calon yang sesuai
c) Tidak dikehendaki oleh orang lain akibat memiliki kekurangan, kecacatan atau kelemahan fizikal atau mental
d) Tidak mampu bernikah lantaran pernah kecewa dan putus cinta dan menghadapi tekanan jiwa
e) Mendapat tentangan dari keluarga dan dihalang dari bernikah

Golongan bujang yang tidak mampu bernikah disebabkan mempunyai masalah dan kesulitan dan kesusahan mereka ini mendapat perhatian dalam Islam dan Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Islam memberikan pertolongan kepada golongan bujang yang tidak mampu bernikah kerana masalah kewangan dan kesusahan kebendaan dengan membenarkan mereka bernikah dengan hamba baik perempuan atau lelaki.

“Dan hamba perempuan yang mukminah itu lebih utama dan baik bagi kamu dari perempuan musyrik yang kafir walau dianya menarik perhatian kamu” ( Al-baqarah : 221).

Namun pada zaman sekarang sudah tidak ada lagi penghambaan namun sebenarnya masih banyak jalan Islam membantu antaranya ialah dengan membolehkan sedekah dan zakat diberikan kepada golongan yang ingin bernikah seperti yang dilakukan pada zaman Khalifah Umar Ibn Aziz ra dengan memberikan harta dan bantuan kepada lelaki dan perempuan yang tidak berkemampuan supaya dapat bernikah seperti dari riwayat Yahya ibn hamzah dari Sulaiman bin Daud dari Abdah ibn Abi Lubabah akan kisah ini.

Ini dibolehkan berdasarkan hadith dari Abu Hurairah ra yang dari baginda pernah bersabda : “Tiga golongan yang menjadi hak ke atas Allah untuk membantu mereka iaitu pejuang di jalan Allah, golongan yang berhutang yang ingin membayarkan hutang mereka dan golongan yang mengingini nikah demi menjaga kehormatan” (hadith hasan sahih riwayat tirmidzi, Ahmad dll).

Islam juga membolehkan bernikah dengan mahar yang murah dan rendah sehingga dibolehkan bernikah dengan hanya menggunakan mahar dari ayat-ayat suci Al-Qur’an. Seperti hadith yang diriwayatkan dari Sahl bin Said ra bahawa baginda menikahkan seorang sahabat dengan maskahwin dari ayat-ayat Al-Qur’an kerana sahabat tersebut terlalu susah tidak mempunyai apa-apa untuk dibuat sebagai maskahwin (lihat hadith sahih riwayat Bukhari no 5126 dan Muslim no 1425).

Juga Islam membolehkan nikah dengan mahar yang murah dan memudahkan dari ayat-ayat suci Al-Qur’an walau bagaimana pun pada hari ini para pemuda Islam dan pemudi tidak dapat bernikah kerana mereka kesempitan kewangan dan harta benda yang dierketatkan oleh keluarga dan adat setempat yang langsung jauh dari pertunjuk Islam lalu kesalahan bukan ke atas bujang sebaliknya ke atas masyarakat.

Para bujang menjadi mangsa keadaan dan kezaliman masyarakat lalu bukankah menjadi golongan yang dizalimi itu satu kemuliaan ?

“....Dan orang-orang yang sabar di atas kesusahan , kemelaratan dan ketika peperangan maka mereka itulah golongan yang benar dan mereka itulah golongan yang bertaqwa” (Al-Baqarah : 177).

Golongan bujang yang tidak dapat bernikah kerana tiada calon yang sesuai, tidak menjumpai pasangan yang serasi, tidak menemui pasangan kerana kecacatan atau kekurangan fizikal dan sebagainya sesungguhnya mereka tidaklah perlu merasa risau dan bimbang sebaliknya bersyukur kepada Allah swt dalam apa jua keadaan dan membanyakkan mendekat diri kepada Allah kerana dunia ini hanyalah sementara dan hidup manusia ialah demi Akhirat.

“Di antara kamu ada golongan yang menginginkan dunia dan ada pula golongan yang mengingini akhirat” (Ali-Imran : 152).



Kelebihan orang bujang yang tidak mampu bernikah


Golongan bujang yang tidak mampu bernikah dan terpaksa menahan dirinya dan menahan nafsunya akibat kesusahan yang di alaminya maka mereka ini dijanjikan oleh Allah swt dengan syurga dan ganjaran yang besar.

“Adapun golongan yang takut kepada kebesaran tuhan mereka maka mereka menahan hawa nafsunya (tidak menurut hawa nafsu) maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal mereka” (An-Na’ziaat: 40).

Sebenarnya tidaklah Islam menyebut kelebihan golongan yang bujang disebabkan bujang tidak digalakkan dalam Islam namun bagi mereka yang terpaksa hidup bujang maka melalui pemahaman terhadap sunnah dan syariat kita akan dapat melihat bahawa mereka ini sebenarnya mempunyai kelebihan dalam beberapa hal.

a) Golongan bujang tidak dibebani tanggungjawab terhadap keluarga kerana tidak mempunyai keluarga

Sesungguhnya tanggungjawab terhadap keluarga itu bukanlah sesuatu yang ringan, dengan mengabaikan tanggungjawab dapat menjerumuskan seseorang itu ke dalam neraka dan mendapat azab siksa.

“ Wahai orang-orang yang beriman peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari apa api neraka…” (At-Tahrim : 6).

Kita orang bujang tidak akan ditanyai tentang isteri dan anak-anak sebaliknya golongan yang berkahwin akan ditanyai tentang anak-anak mereka, isteri mereka dan lain-lain tanggungjwab.

“ Setiap dari kamu merupakan pemimpin dan setiap dari kamu akan ditanyai mengenai apa yang kamu pimpin” (hadith sahih riwayat Bukhari no. 893 dan Muslim no. 1829).

Sesungguhnya golongan yang telah bernikah sekalipun mereka memang bahagia dari kita tetapi jika isteri mereka misalnya tidak menunaikan solat atau melakukan maksiat maka suami itu terpaksa menanggung dosa dan demikianlah bagi bapa terhadap anak-anak yang di dalam jagaannya.

b) Golongan bujang dapat mengunakan masa dan waktunya yang banyak terhadap ilmu, dakwah dan jihad memperjuangkan Islam

Sebagai golongan bujang yang tidak mempunyai anak dan isteri yang dapat melalaikan kita dalam beribadah maka kita mempunyai masa yang banyak yang dapat kita gunakan dalam ibadah, menuntut ilmu dan berjuang serta berdakwah di jalan Allah swt.

“Wahai orang-orang yang beriman janganlah harta benda kamu dan anak-anak kamu melalaikan kamu dari mengingati Allah dan barangsiapa yang melaukan demikian maka mereka itulah golongan yang rugi” (Al-Munafiqun : 9).

Kita hidup sendiri, kita tidak diganggu oleh kanak-kanak dan kita tidak diganggu oleh kecantikan isteri yang melalaikan kita sekalipun di satu aspek kita menderita kerana tiada belaian kasih isteri dan tiada ketawa riang anak-anak menghibur hati namun kita dapat gunakan peluang ini untuk menambah ilmu dan beribadah kepada Allah untuk bekalan kita di hari akhirat kelak.


c) Golongan bujang lebih dekat kepada Allah swt kerana tidak mudah dilalaikan oleh dunia dan kesedihan dan penderitaannya membantu mendekatkan dirinya kepada Allah

Disebabkan kita kurang dilalaikan oleh anak-anak dan isteri serta dunia dan kita pula merupakan golongan yang dizalimi oleh keadaan, sering merasa sedih dan kecewa, merasa derita maka kita akan lebih mudah mencapai khusyuk dalam ibadah dan merasa dekat dengan Allah kerana bukankah manusia itu lebih dekat dengan tuhannya di waktu susah ?

Disebut dalam hadith yang diriwayatkan oleh Syuhaib ra yang meriwayatkan baginda bersabda :

“ Sungguh menakjubkan perihal orang mukmin kerana semua perkara yang menimpanya ialah kebaikan dan tidaklah berlaku perkara ini melainkan hanya kepada orang yang beriman. Apabila dia diberi nikmat lalu disyukurinya maka menjadilah nikmat itu sebagai kebaikan baginya. Sebaliknya apabila dia diuji dengan musibah maka dia bersabar lalu menjadikan pula musibah itu sebagai kebaikan baginya” (Hadith sahih riwayat Muslim no. 2999).

“Sesungguhnya Allah bersama dengan golongan yang sabar” (Al-baqarah : 153).

“ Dan bersabarlah serta tempatkan dirimu bersama orang-orang yang sering berdoa kepada tuhan mereka” (Al-Kahfi : 28).

Dari Mus’ab bin Said dari bapanya ra berkata : Aku bertanya kepada rasulullah siapakah manusia yang paling dahsyat menerima bala ? Maka dijawab : Para nabi kemudian yang seperti mereka dan yang seperti mereka. Diuji seorang manusia itu berdasarkan kadar agamanya, jika dia seorang yang kuat beragama maka kuatlah pula bala yang diterimanya, dan jika seseorang itu lemah agamanya maka diuji hanya pada kadar agamanya. Tidaklah hilangnya bala itu pada seorang hamba sehinggalah dia berjalan di atas tanah dengan telah terhapus segala dosa-dosanya” (hadith hasan Sahih, riwayat tirmidzi no. 2398, Ibn majah, Ahmad).

Dari riwayat Abu Hurairah ra bahawa sesungguhnya nabi bersabda : “Barangsiapa yang diingini oleh Allah akan kebaikan maka diujinya dengan musibah” (hadith Sahih riwayat Bukhari, Muwatho dan Ahmad).


“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kalian” (Ali Imran : 200).


d) Golongan bujang mempunyai ketegasan dan semangat yang lebih tinggi dalam perjuangan dan sanggup berkorban

Mereka yang bujang itu biasanya mampu menjadi kukuh jiwa dan tabah hati terhadap perjuangan dan tidak takut kehilangan dunia dan rela mati demi Islam berbanding orang yang sudah bernikah merasai nikmat dunia yang merasa sayang dan cinta kepada dunia dan takut mati.

Siapa yang sanggup mati apabila punyai isteri cantik? namun bujang seperti kita yang tidak mempunyai sesiapa maka kita lebih kehadapan di banding mereka dan kita lebih tabah dalam perjuangan dan kita lebih berani berkorban jiwa dan nyawa serta harta.

“Wahai orang yang beriman sesungguhnya isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu itu musuh bagi kamu maka berhati-hatilah” (At-taghabun : 14).

Kesedihan dan penderitaan dunia yang menimpa orang yang bujang menyebabkan dirinya sanggup berkorban dan berjihad di jalan Allah mengharap balasan syurga tanpa gentar dan tanpa bimbang walau di perjuangan itu dirinya sudah hampir di hadapan musuh dan bekalan peluru dan senjata sudah kehabisan namun dirinya masih mampu memecut laju ke hadapan kerana yakin dan tidak goyah oleh tipuan dunia.

“Janganlah kamu merasa hina dan janganlah kamu merasa sedih kerana sesungguhnya kedudukan kamu lebih tinggi (mulia) jika kamu beriman” (Ali-Imran : 139).
tq to the writer, may Allah blessing wif you.
~Saratkan hati ini dengan cinta Ilahi~

Labels:

Wednesday, June 06, 2007

Apabila hamba-hamba- Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahwa Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku. Maka, hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku agar mereka selalu berada dalam kebenaran
[QS 2: 186]

Kebahagiaan itu lahir dari hati yang syukur, meredhai dan pada hati yang mengenal akan Tuhannya.

“Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada”(Surah Al-Hajj : Ayat 46)

“Dan seandainya matlamat (kamu) itu dekat dan perjalanan (yang mesti ditempuh) itu pendek, nescaya mereka akan mengikut kamu. Akan tetapi ia menjadi sesuatu yang jauh bagi mereka disebabkan oleh kepayahan (yang ada)”. (At-Taubah 9 : 42)

Five important steps in a seekers life are:
Search Allah
Reach Allah
Love Allah
Live with Allah
Sacrifice yourself for Allah.

Labels:

Thursday, May 03, 2007

A Beautiful Story.

An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Qur'an. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could. One day the grandson asked, "Grandpa, I try to read the Qur'an just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur'an do?"

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, "Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water."

The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, "You'll have to move a little faster next time," and sent him back to the river with the basket to try again.

This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead.

The old man said, "I don't want a bucket of water, I want a basket of water. You're just not trying hard enough." and he went out the door to watch the boy try again.

At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty.

Out of breath, he said, "See Grandpa, it's useless!"
"So you think it is useless?" The old man said, "Look at the basket."

The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out.

"Son, that's what happens when you read the Qur'an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives."

Labels:

Wednesday, May 02, 2007

'Anakku apabila sesuatu yang diingini dan dikejar itu sesuatu yang tinggi dan mulia, maka banyaklah akibatnya dan panjanglah perjalanan menuju ke sana' - Imam Ghazali

Labels:

Monday, April 30, 2007

Ini Sahajakah Imej Malaysia?

Mar 25th, 2007 by saifulislam

“Alah payunglah payung, ketipang payung. Payung sutera anak raja muda, alah tolonglah tolong, cik abang tolong. Janganlah marah pada adinda!”, merdu suara Aliya, seorang pelajar kejuruteraan elektrik mendendangkan lagu klasik Melayu di Malam Malaysia itu.

Persembahan diserikan lagi dengan iringan penari yang rancak menyusun langkah. Satu depan, dua kiri, satu depan, tiga kanan. Cantik sekali tarian mereka.
Teruja penonton melihatnya. Bakal doktor, bakal akauntan, bakal jurutera, bakal pemimpin teraju negara, semuanya berbakat menari dan berdansa.
Sekejap lagu asli, sekejap lagu balada. Sekejap selembut nasyid, sekejap sekeras Rock membatu.

Malam Malaysia di mana-mana. Seluruh dunia yang ada pelajar Malaysia, mesti ada Malam Malaysia. Alasannya adalah untuk memperkenalkan budaya, mengukuh patriotik kepada negara. Tinggi falsafah indahnya warna.
Tetapi, ini sahajakah wajah Malaysia di mata dunia? Apakah Malaysia hanya ada tarian, hanya ada seni persembahan?

Saya akur bahawa jika Malaysia mahu disebut dari bahasa budaya, tentu sahaja zapin, wayang kulit, tarian dan dansa, itu yang terlintas di kepala. Akan tetapi, saya adalah seorang yang result oriented. Saya tidak melakukan sesuatu melainkan dalam keadaan penuh sedar, dengan apa yang mahu dicapai.
Apa yang mahu dicapai dari Malam Malaysia?

Asing benarkah tarian dan dansa kepada si putih di sini sana, sehingga setiap tahun dansa itu mesti diulang? Asyik-asyik menari, asyik-asyik menyanyi…
Saya telah beberapa kali cuba bertindak secara pro aktif, memberikan cadangan kepada pelajar di kampus-kampus luar negara. Jika mahu memperkenalkan Malaysia di mata dunia, janganlah hanya pada makan pakai, tari dan suara. Di mana idea Malaysia? Di mana pemikiran Malaysia?
Apabila pelajar bertanya kepada saya tentang hal ini, saya sering memberikan pandangan, mengapa tidak diadakan bersama “wacana minda”. Jika soal tari menari tidak boleh ditolak ansur, sekurang-kurangnya adakan juga sesuatu yang dapat memperkenalkan Malaysia dari sudut yang sesuai dengan imej universiti tempat ilmu dan pemikiran.

Mengapa tidak diadakan sesi, memanggil pakar-pakar ekonomi Malaysia, hadir memberikan pembentangan untuk memperkenalkan polisi pembangunan negara? Kalau rasa terlalu sensitif untuk menjemput figure yang dikaitkan dengan politik, kita ada ramai ahli akademik yang dapat menampilkan idea mereka di peringkat antarabangsa.
Tayangkan dokumentari tentang Malaysia yang tidak sukar untuk diperolehi dari pelbagai badan dan media. Didik masyarakat Barat tentang sesuatu yang boleh memperbaiki jati diri mereka. Bukan hanya hedonisma atas nama budaya.

BERALASANKAN KAUM CINA

Sesetengah pengalaman saya membabitkan alasan pelajar bahawa mereka mesti melibatkan tari menari kerana sejumlah besar tenaga penting persatuan adalah pelajar Malaysia berbangsa Cina. Sungguh pelik… apakah pelajar Cina bukan rakyat Malaysia, yang juga ada tanggungjawab sosial, politik, ekonomi, dan intelektual, sama seperti mana-mana bangsa Malaysia? Apakah hedonisma hanya salah pada harga diri Melayu tetapi tidak Cina? Apakah kaum Cina di Malaysia tiada agama untuk dipedulikan? Di mana rukun negara yang pertama?
Itu kalau benar, kaum Cina yang mahukan tari menari dan dansa.
Saya pernah berdialog dengan sebuah persatuan pelajar Malaysia yang kepimpinannya adalah daripada pelajar Cina. Subhanallah, mereka sangat terbuka.
“Saya harap peraturan-peraturan pelajar Muslim boleh sama-sama kita hormati”, saya memberi pandangan.

“Sudah tentu. Kaunter arak akan dilabelkan sebagai ‘not for Muslims‘ dan kami harap pelajar Muslim akan berpakat agar tidak bercampur jantina pada satu meja ketika dinner, dan tidak bercampur jantina dalam kumpulan bola tampar itu nanti. They need to be pro active“, kata Presiden persatuan pelajar Malaysia itu.

Sangat terbuka dan bertanggungjawab terhadap pluraliti agama dan budaya Malaysia.
Tetapi, pelajar Melayu Muslim sendiri yang suka bercampur bebas, terdesak untuk berjoget tanpa diminta oleh persatuan. Maka memberikan alasan bahawa mahu menghormati bangsa lain, hanyalah alasan untuk meneruskan budaya gersang minda dan lapar hedonisma pelajar Malaysia.

ISLAM SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA SEBUAH MALAYSIA

Saya hairan. Jika Mak Yong yang sudah pupus kerana tenggelam oleh kesedaran beragama itu, boleh diberikan nafas dan nyawa baru atas nama budaya, mengapa tidak Islam juga dipromosikan kerana ia elemen yang penting bagi sebuah Malaysia? Selain Islam, tidak salah untuk dibuka ruang agar wakil agama Kristian, Buddha dan Hindu di Malaysia, berdialog tentang kesedaran beragama di Malaysia. Mungkin boleh dibincangkan tentang bagaimana agama berperanan membina internal strenght di dalam jati diri bangsa Malaysia.
Kalau aktiviti agama, penuh prejudis, halangan dan kekangan. Tetapi tari menari, cepat sahaja bantuan diberi. Saya tidak faham di mana rasionalnya hal ini. Seorang doktor, bukan hanya menjadi doktor. Dia akan memimpin sebuah jabatan, dia akan berurusan dengan pesakit yang insan. Maka, pelajaran tarian mana yang bakal meninggalkan kesan pada kepimpinannya di masa hadapan?

Segala peruntukan dan sokongan, hanya untuk nyanyian, tarian, fesyen dan pakaian. Itu sahaja imej Malaysia yang diulang-ulang dari zaman sebelum merdeka, sampailah menjelang milenium kedua.

Kerana kemaruk hedonisma, budaya dan jati diri Malaysia disalah guna untuk melesenkan nafsu muda yang tidak habis-habis mahu berpesta.
Di manakah masa depan Malaysia yang lebih bermakna?
Soalan itu tenggelam oleh libasan lidi Mak Yong di Barat sana.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Labels:

Saturday, March 17, 2007

Warkah Sekeping Hati

Gembira atau sedih? Pasti semua memilih untuk gembira, tak siapa pun mahu kesedihan bertandang. Amat pelik jika ada yang lebih suka memilih kesedihan kerana kesedihan membuatkan hati kita retak, tak bermaya untuk terus hidup, mengalami kekacauan jiwa yang teramat. Namun, andaikata dilihat dengan positif pasti setiap kesedihan membawa suatu pengertian yang cukup besar.

SEDIH, DEKAT PADANYA

Tatkala kita dirundung kesedihan, tiada kawan untuk diluahkan pasti tercari-cari siapa yang sudi mendengarnya? Manusia, jarang yang memahami kalau ada pun pasti masih terasa beban di hati. Maka, tujukanlah diri dan hati yang dalam kesedihan kepadaNYA. DIA sedari awal mahu kita duduk mengadapnya dengan penuh kerendahan diri, meluahkan apa yang terbuku di hati, melepaskan bebanan yang dipikul dan mengadukan segala kekurangan dalam diri. DIA Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segalanya belum sempat kita mengajukan. Cuma, DIA selalu ingin melihat adakah manusia seperti kita ini akan kembali padaNYA mahupun tidak.

Remuk hati kita, Allah sentiasa hidangkan penawar. Penawar inilah yang paling mujarab dan berkesan mengubat sebuah kesedihan hati. Mintalah kepadaNYA nescaya DIA akan kabulkan kepada barangsiapa yang meminta. DIA tidak pernah meminggirkan hamba-hambaNYA biarpun hambaNYA sendiri sering jua lupa akanNYA. KasihNYA tak pernah luput, biarpun kita mengundang murkaNYA. Kerana DIA tahu, kita insan yang lemah.

Andai kita sungguh-sungguh mengadapnya pasti sekeping hati yang gundah dilanda kesedihan akan cepat-cepat terubat dan bangkit semula.Semuanya atas sebuah kepercayaan dan keyakinan bahawa Allah itu Maha Mengasihani dan Menyayangi hamba-hambaNYA. Makin dekat kita padaNYA, makin dekat jua DIA kepada kita.

O Allah ! We have wronged ourselves. If You forgive us not, and bestow not upon us Your Mercy, we shall certainly be of the losers.Surah Al-A’raf, verse 23.

Ya, Benar, aku akui, Allah sudah mencukupi buat aku. Keyakinan yang kuat, kebergantungan yang sepenuhnya, dan pengharapan yang mutlak telah aku serahkan kepadaMU, Ya Allah. Kerana Kau mengetahui segala-galanya.

Ya Allah, Ya Tuhan kami, pemberian termanis dalam hati kami adalah harapan kepada-MU, perkataan yang paling nikmat dalam lidah kami adalah memuji-MU, waktu yang paling kami cintai adalah saat berjumpa dengan-MU.

Labels:

Hati Kita


HATI
---------
Diri manusia dapat dilihat secara maknawi dengan perilaku dan perangai seseorang. Dan seorang berperilaku, seorang berperangai, merupakan cerminan dari HATI-nya.

Sehingga untuk mengenal diri kita, kita harus memulainya dengan mengenal Hati kita sendiri.

Hati itu terdapat 2 jenis :
1. Hati Jasmaniyah
Hati jenis ini bentuknya seperti buah strawberi. Haiwan memilikinya, bahkan orang yang telah matipun memilikinya.

2. Hati Ruhaniyyah
Hati jenis inilah yang merasa, mengerti, dan mengetahui. Disebut pula hati latifah (yang halus) atau hati robbaniyyah.

Dalam kajian kita, yang dituju dengan kata HATI atau Qalb adalah hati jenis 2, hati Ruhaniyyah.

Kerana Hati inilah yang merupakan tempatnya Iman :

"... Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu ..." (QS. 49:7)

"...kerana iman itu belum masuk ke dalam hatimu, ...". (QS. 49:14)

"...Mereka itulah orang-orang yang Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka ..." (QS. 58:22)

Bahkan lebih dari itu, dalam sebuah hadits Qudsi dikatakan :
"...Tidak akan cukup untuk-Ku bumi dan langit-Ku tetapi yang cukup bagi-Ku hanyalah hati (qalb) hamba-Ku yang mukmin".

Labels:

Wednesday, March 07, 2007

Indahnya Ayat Suci

Rasulullah s.a.w pernah didatangi seorang lelaki yang amat memusuhi Islam dan mencabar Baginda dengan berkata : "Wahai Muhammad,bacakanlah al Quran untukku"

Rasulullah bersikap tenang menerima cemuhan itu.Lantas Baginda membaca sepotong ayat al Quran dari Surah An Nahl:90 yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah memerintahkan berlaku adil,melakukan kebajikan, pemurah terhadap kerabat,melarang berbuat keji dan mungkar serta penindasan.Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pengajaran"

Belum sempat Rasulullah menghabiskan bacaan, lelaki itu meminta Baginda mengulang semula bacaan tersebut.Dia kagum dengan keindahan lafaz dan kesucian maknanya.Hatinya tersentuh tiba-tiba.Selesai Rasulullah membaca ayat tersebut, lelaki itu berkata, 'Demi Allah, sesungguhnya padanya ada kemanisan , padanya ada kecemerlangan dan bahawa di bawahnya muncullah daun, dan dia atasnya muncullah buah.Itu bukan ucapan seorang manusia'

Lelaki iu adalah al Walid bin Mughirah,yang kemudiannya menjadi antara sahabat Rasulullah yang terkemuka.

Labels:

Monday, March 05, 2007

Just The Way I Am...


Uh..tengah jejalan tetiba ternampak benda ni.Nampak serius,tapi lastly nak tergelak jugak. Apa-ap jelah orang yang buat sign board nih.Tapi logik kan? Sedangkan lipas pun concern pasal diri sendiri apatah lagi manusia yang pandai berfikir tapi masih tak sedar-sedarkan diri BAHAYA MEROKOK!
Mak call, ada sesuatu yang menyedihkan tapi tak mengapalah.Fizah doa banyak-banyak ye.Moga semua bertambah baik. Takut? Sedih? Sudah rojak barangkali perasaan anak mak ini. InsyaAllah, kalau sempat Fizah balik petang Khamis after klinik. Ya Allah, Kau berkatilah keluarga kami...Bila dihadapkan perkara sebegini, dah tak tahu ke mana minda berada.
"Semoga kau merasai kemanisan,meskipun hidup serba kepahitan
Semoga kau redha meskipun manusia murka
Semoga antara aku dan Kau ada pemakmurnya
Meski antara aku dan dunia ada pemusnah
Jika benar kasih terhadapMU,segalanya mudah
Semua yang berada di atas tanah akan kembali ke tanah"

Labels:

Monday, February 26, 2007

Harga dan nilai thiqah dalam perjuangan ini...

[thanx to ikhwah2 on the net]

Dalam amal dakwah, thiqah adalah sifat yang diberikan kepada seseorang atas keperibadian mulia yang dimilikinya & kemampuannya untuk menjalankan tugas dakwahnya. Thiqah dalam amal dakwah mengakibatkan seseorang itu dipercayai untuk melakukan tugas, diterima pendapat & kata-katanya & dihormati keperibadiannya. Thiqah adalah status yang perlu dimiliki oleh semua penggerak dakwah. Tidak kira samada dia adalah pemimpin atau pengikut. Kewujudan thiqah membolehkan pemimpin dihormati & ditaati oleh pengikutnya sementara pengikut pula akan diberi kepercayaan untuk menjalankan tanggungjawab dakwahnya. Thiqah jugalah yang memastikan kemesraan antara seorang sahabat dengan sahabat yang lain.

Jadi bayangkan lah jika thiqah telah luput dari kalangan kita, pemimpin telah hilang thiqah terhadap pengikutnya & pengikut telah hilang thiqah terhadap pemimpinnya, yang muda telah hilang thiqah pada yang tua, rakan-rakan seperjuangan sudah hilang keyakinan sesama mereka. Organisasi akan porak peranda, amal dakwah akan tergendala, tanggungjawab akan terabai & setiap pihak yang terlibat pastinya akan dipersoalkan oleh Allah Ta'ala.

Apakah yang dapat mewujudkan thiqah pada seseorang?

Thiqah wujud apabila terpancar dari keperibadian seseorang itu segala nilai-nilai murni hasil dari penghayatannya terhadap Islam & perjuangannya. Di antara nilai-nilai ini, yang paling penting ialah keikhlasan, amanah & jujur dalam semua hal.
Jika sedikit sahaja orang tahu bahawa kita ini tidak ikhlas, amanah @ jujur, orang tidak akan lagi mempercayai kata-kata kita @ mentaati perintah kita @ menghormati keperibadian kita. Akibat paling buruk dari situasi ini ialah berleluasanya fitnah & tohmah & hilangnya hak ukhwah.

Perlu difahami bahawa thiqah juga adalah natijah dari ikatan hati antara manusia.
Membina keikhlasan, amanah & kejujuran bukan satu perkara yang mudah bagi kita. Ia menuntut satu mujahadah yang panjang & sukar. Mengikat hati-hati manusia juga bukan satu perkara yang mudah. Ertinya membina & memperolehi thiqah bukan satu usaha yang mudah. Thiqah menuntut satu pembayaran harga yang tinggi untuk memperolehinya.
Ironisnya, thiqah begitu mudah untuk hilang dari kita. Ia hanya memerlukan sedikit kesilapan
dari kita @ sedikit buruk sangka dari orang lain @ fitnah ke atas kita, maka hilanglah apa yag telah dibina selama ini dengan harga yang mahal.
Sekali thiqah hilang, sukar untuk diperolehi semula & jika ini berlaku, yang pertama sekali
perlu disalahkan ialah diri kita sendiri.
Bagi pejuang dakwah, thiqah adalah sesuatu yang terlalu bernilai untuk dikorbankan kerana
tanpanya bagaimana orang akan menerima ajakannya kepada Islam & bagaimana organisasinya akan diterima oleh umum.
Peliharalah thiqah orang terhadap kita, berilah thiqah kepada mereka yang berhak, layak dan jauhilah dari mencabuli kehormatan orang yang kita merasa sukar untuk menthiqahnya lagi.

Labels:

Panas Dosa ?


Setiap hari, panas.Hujan? Entah kenapa dunia makin panas.Mungkin kelibat El Nino yang dijangka sudah tidak sabar-sabar menjengah umat manusia di bumi yang kealpaan termasuklah diri ini.Untungnya, negeri di serambi Mekah ini tak sepanas negeri-negeri lain.Alhamdulillah."Cuti seminggu tak cukup Dr" pintas ana dalam lif bersama Dr."Hmm, geng2 awak ni bagi sebulan pun tak pernah cukup" Dr menempelak kami. Ana tersengih saja.Mengiya dalam hati. Kami tak pernah pun cuti sebulan sepanjang 4 tahun belajar. Paling lama pun 3 minggu setengah.


Cuti seminggu berlalu cepat, usahkan membaca.Membelek nota pun tidak. 'Kalau cuti, cuti betul-betul' ujar sahabat sekolah lama. Agaknya, ana dah terkena virus tuh. Menjadikan cuti yang sebenar-benar cuti! Esok lusa dah kerja, susah nak dapat cuti. Tapi alangkah baiknya, kalau cuti itu dimanfaatkan sepenuhnya. Seperti biasa, kalau berjalan mata pasti memandang.
Agar pemandangan tadi membawa kepada bertafakurnya kita tentang kejadian Allah Yang Maha Agung.


Namun, nampaknya mata ini banyak benar memandang yang salah.Bukan sengaja tetapi itulah pemandangan yang ada. Entah cukup. entah tidak istighfar yang dilantun mengatasi dosa mata
Itulah umat Islam sekarang. Tak perlu menuding ke arah sesiapa, tetapi tudinglah pada diri sendiri. Masalah umat, masalah kita. Kita berdiam, makin banyak kemungkaran menular. Selemah iman, ana hanya mampu berdoa agar mereka semua diberi petunjuk untuk kembali ke arah kebenaran.


Mengenangkan semua itu, rasa gusar pada nasib Hadirah di masa dunia akan datang? Apakah akan terjadi yang sebaliknya? Sekali lagi hanya mampu berdoa. Bimbang, khuatir. Alangkah baiknya jika dirimu hidup jauh dari anasir jahat dan tarikan dunia. Moga dirimu menjadi lebih baik dari ku.


'Andai berlakunya pertembungan antara ketentuan dari langit
dan doa dari bumi...
maka keduanya akan berlawan
siapa yang lebih kuat itulah yang
bakal menjadi ketentuan...
maka sepatutnya...
kita perlu berdoa bersungguh-sungguh..
kerana DOA ITU SENJATA ORANG MUKMIN!

Labels:

Tuesday, February 13, 2007

Precise Yet Meaningful



Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Labels:

Monday, February 12, 2007

Orthodontics In Islam


If happened one day ana jadi lecturer, tak kisah lah kat mana-mana pun I'll make sure every little thing must be based on syariat Islam. Sebelum buat sesuatu pastikan apa hukumnya dalam Islam. Sama lah mcm pakai braces (atau guna istilah gigi besi for rural area). Mostly bila diajukan complaint kenapa nak betulkan gigi? Jawapan pertama untuk menutup tujuan sebenar ialah susah nak gosok gigi, banyak caries, susah nak tutup mulut and so on. Then, further probing..AESTHETIC or COSMETICS reasons.Memang fitrah manusia, mahu jadi cantik, sedap mata memandang. Termasuklah ana, tapi ana lebih suka kalau cantik akhlak that's why I always emphasize that 'What is beautiful is good and who is good will soon also be beautiful'. Siapa buat baik dengan ana..mudahlah ana sayang dia. This goes to all my friends, patients and so on.

Back to our topic, bila niat dah kerana nak cantik darinya akan wujud perasaan megah dan menunjuk-nunjuk. Sedangkan Allah amat murka bila hambaNYA memakai sifatNYA. Bila difikirkan balik....salah siapa? Salah dentist, pesakit atau orang sekeliling yang memandang kecantikan fizikal? Apa peranan ana dan sahabat dental yang ada kesedaran? Kita terlupa mengingatkan kepada pesakit kerana asbab yang paling kuat: kurangnya ILMU. Wajib bagi kita menerangkan sesuatu perkara berdasarkan nas-nas yang sahih. Then, what if jika kita baiki gigi sebabnya nak hilangkan rasa malu kerana gigi crocked and crowding? Apakah diharuskan sebab nak hilangkan rasa rendah diri? Maka sepatutnya, bagi yang profesional untuk probing detail reason, kenapa nak pakai braces. Kalau patient dah salah niat, sama-sama kita betulkan ye.

"Sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan." (Al-Isra': 70)

Betapa Allah dah bagi banyak kelebihan ke atas kita, maka sebagai hambaNYA wajib untuk besyukur. Mungkin ana tak rasa, sebab gigi dah naturally well align tapi semuanya masih berkait dengan hukum. Macam seorang cikgu Kimia dia mengajar bab2 chemical reaction, hukum-hukum adalah untuk memberi ilmu demi kebaikan pada anak muridnya.Tetapi apa akan jadi jika ada anak muridnya menyalah gunakan ilmu tadi untuk buat bom bunuh orang yg tak berdosa? Berat sebenarnya tugas seorang guru, bukan sekadar mengajar tetapi mendidik dalam erti kata sebenar.

" Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasiqan dan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya." (Surah asy-Syams: ayat 8-10.)

Labels:

Saturday, February 03, 2007

Batu Kecil

Seorang pekerja pada projek bangunan memanjat ke atas tembok yang sangat tinggi.Pada suatu saat ia harus menyampaikan satu pesanan penting kepada teman kerjanya yang berada si bawahnya. Pekerja itu berteriak-teriak tetapi temannya tidak mendengar kerana suasana bising dari mesin-mesin dan orang yang bekerja sehingga usahanya sia-sia sahaja.

Oleh kerana itu, untuk menarik perhatian orang yang berada di bawah, ia cuba melemparkan wang syiling di depan temannya. Temannya berhenti bekerja , mengambil wang syiling itu lalu kembali bekerja semula. Pekerja itu mencuba lagi, tetapi usahanya yang kedua pun memperoleh hasil yang sama.

Tiba-tiba ia mendapat idea. Ia mengambil batu kecil lalu melemparkan ke arah orang itu. Batu itu tepat mengenai kepala temannya, dan kerana merasa sakit, temannya menengadah ke atas. Sekarang pekerja itu dapat menjatuhkan catatan yang berisi pesanannya ;

'Allah kadang-kadang menggunakan cubaan-cubaan ringan untuk membuat kita menengadah kepadaNYA. Seringkali Allah melimpahkan kita dengan rahmat, tetapi itu tidak cukup untuk membuat kita menengadah kepadaNYA. Kerana itu agar selalu kita ingat kepadaNYA, Allah sering menjatuhkan "batu kecil" kepada kita'

Labels:

Friday, February 02, 2007

Sebuah Perjuangan


Musim panas itu menyeronokkan, hujan itu menyegarkan,angin itu menguatkan, salji itu mengembirakn yang dikatakan cuaca buruk itu sbenarnya tiada,yang ada hanya jenis-jenis cuaca baik yang berbeza sahaja.Daripada sesuatu yang buruk itusentiasa lahir sesuatu yang baik.


Adalah penting sekali bagi anda untuk menyedari bahawa kita sepatutnya belajar meskipun dalam waktu bagus.Dan bagaimanakah kita boleh berbuat begitu? Dengan sekali sekala merenungkan waktu sukar,ketika kita menderita, ketika kita bermurung, ketika segal-galanya seperti menentang kita-kerana hanya waktu-waktu sukar sahaja yang memberi pelajaran terbaik.


Perjuangan memerlukan kita bergerak tatkala kita selalunya cenderung berehat. Dan ia membawa kita kesudahannya kepada kesedaran penuh bahawa kejayaan hanya tercapai melalui perjuangan.Tiada apa pun yang bernilai dalam hidup ini yang mungkin diperoleh tanpa perjuangan. Jikalau ia mudah diperoleh sudah tentu semua orang akan mendapatnya.
Perjuangan hidup, penderitaan jiwa dan seksaan itu semuanya perlu jika anda ingin menjadi unggul. Jadi janganlah memaki hamun dan menyumpah seranah, tetapi sebaiknya fahamilah dan hargailah pengalaman-pengalaman sedemikian ketika anda mengalaminya kerana ia merupakan sebahagian dari penyempurnaan seorang manusia.


Perjuangan hidup dalam kebanyakan hal diperjuangkan secara mendaki ke atas dan menang tanpa pergelutan adalah seperti menang tanpa kebanggaan. Jika tiada kesukaran, tidak akan ada kejayaan.Kesukaran mungkin mengerunkan mereka yang lemah, tetapi perangsang bagi mereka yang tegas dan berani.Segala pengalaman hidup sememangnya berperanan untuk membuktikan bahawa rintangan yang menghalang kemajuan manusia mungkin kebanyakan diatasi dengan perilaku baik, semangat yang jujur, kecergasan, ketabahan dan dengan keazaman untuk mengatasi sebarang kesukaran.

Labels:

Saturday, January 27, 2007

Jadikan Tahun Ini Lebih Baik

Assalamualaikum wbt to all readers,
Moga hari ini lebih baik dari semalam, dan tahun ini lebih baik dari semalam. Semacam kerugian bagi sesiapa yang hari-hari yang dilaluinya masih lagi sama malah lebih rugi jika ia semakin buruk. Sudah menjadi tradisi, bila saja tahun baru muncul pasti ada azam dan cita-cita yang baru menempati dalam diri. Itu dikira bagus, kerana masih ada rasa dan keinginan untuk mencapai sesuatu yang baru yang tak didapati pada tahun sebelumnya. Namun bukanlah bererti kita akan terus maju, jika azam tahun sebelumnya masih belum tercapai. Bukan niat ana membantutkan harapan dan azam kalian,tetapi muhasabahlah. Kekurangan perlu ditampungi dan kelebihan perlu dipertingkatkan.

Carilah resolusi yang memang mampu kita lakukan, bukan sekadar menurut orang lain. Contonhya datang ke kelas, pejabat dan program 5 minit lebih awal, atau dalam masalah hati, kita tidak mahu bersifat prejudis kepada orang lain, hendak mencintai dan membahagiakan semua orang, menegur dengan penuh kasih sayang bukan atas dasar tidak puas hati(dapat dibezakan sebenarnya kalau kita menegur dengan kasih sayang atau mahu menang/tak puas hati). Ana secara jujurnya, lebih suka dan terasa amat dihargai jika ditegur oleh senior terdahulu yang dah graduate dulu2. Cara dan pendekatan yang lemah lembut tetapi tegas. Membuatkan ana lebih bersemangat untuk berubah dan memperbaiki perfomance. Kalau org tegur dgn tak elok, ana pun jadi malas nak buat(ops, tersilap niat nanti).

Pilihlah resolusi yang tidak boleh diukur, tanpa unit dimensi dan abstrak contohnya ana akan jadi orang yang lebih baik. Ini tidak boleh diukur kerana lebih baik boleh membawa pelbagai maksud iaitu baik saja, lebih baik dan lebih baik lagi

Cari resolusi yang sudah lama kita lakukan atau kebiasaanya contohnya setiap hari kita baca Quran tetapi adakah kita tadabbur dan menghayati secara jelas Quran? Maka azam kita untuk lebih tadabbur dan mengamalkannya.

Untuk ana...sekarang sudah tiba masanya ana menumpukan perhatian pada anak-anak ana yang sering ditinggalkan; Persatuan Sains Pergigian (PSG). Beberapa resolusi ana
-Update akaun Bendahari yang kreditnya masih banyak
-Follow up dengan Bendahari USM monthly
-Generate kewangan PSG dgn Exco Ekonomi
-Gunakan duit PSG untuk generate pahala dan kebaikan untuk ahli PSG
-Pertingkatkan aktiviti PSG; amar ma'ruf nahi mungkar
-Penumpuan pada akademik adik2 1st year-decrease or zero fail

Sabda Rasulullah s.a.w " Menjadi kewajipan kamu menuntut ilmu sebelum ia diangkat ke langit oleh Allah iaitu dengan matinya para ulama'. Tidak seorang pun insan dilahirkan dalam keadaan berilmu, bahkan ilmu diperolehi hanya dengan mempelajarinya"

Labels: