Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Monday, February 12, 2007

Orthodontics In Islam


If happened one day ana jadi lecturer, tak kisah lah kat mana-mana pun I'll make sure every little thing must be based on syariat Islam. Sebelum buat sesuatu pastikan apa hukumnya dalam Islam. Sama lah mcm pakai braces (atau guna istilah gigi besi for rural area). Mostly bila diajukan complaint kenapa nak betulkan gigi? Jawapan pertama untuk menutup tujuan sebenar ialah susah nak gosok gigi, banyak caries, susah nak tutup mulut and so on. Then, further probing..AESTHETIC or COSMETICS reasons.Memang fitrah manusia, mahu jadi cantik, sedap mata memandang. Termasuklah ana, tapi ana lebih suka kalau cantik akhlak that's why I always emphasize that 'What is beautiful is good and who is good will soon also be beautiful'. Siapa buat baik dengan ana..mudahlah ana sayang dia. This goes to all my friends, patients and so on.

Back to our topic, bila niat dah kerana nak cantik darinya akan wujud perasaan megah dan menunjuk-nunjuk. Sedangkan Allah amat murka bila hambaNYA memakai sifatNYA. Bila difikirkan balik....salah siapa? Salah dentist, pesakit atau orang sekeliling yang memandang kecantikan fizikal? Apa peranan ana dan sahabat dental yang ada kesedaran? Kita terlupa mengingatkan kepada pesakit kerana asbab yang paling kuat: kurangnya ILMU. Wajib bagi kita menerangkan sesuatu perkara berdasarkan nas-nas yang sahih. Then, what if jika kita baiki gigi sebabnya nak hilangkan rasa malu kerana gigi crocked and crowding? Apakah diharuskan sebab nak hilangkan rasa rendah diri? Maka sepatutnya, bagi yang profesional untuk probing detail reason, kenapa nak pakai braces. Kalau patient dah salah niat, sama-sama kita betulkan ye.

"Sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan." (Al-Isra': 70)

Betapa Allah dah bagi banyak kelebihan ke atas kita, maka sebagai hambaNYA wajib untuk besyukur. Mungkin ana tak rasa, sebab gigi dah naturally well align tapi semuanya masih berkait dengan hukum. Macam seorang cikgu Kimia dia mengajar bab2 chemical reaction, hukum-hukum adalah untuk memberi ilmu demi kebaikan pada anak muridnya.Tetapi apa akan jadi jika ada anak muridnya menyalah gunakan ilmu tadi untuk buat bom bunuh orang yg tak berdosa? Berat sebenarnya tugas seorang guru, bukan sekadar mengajar tetapi mendidik dalam erti kata sebenar.

" Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasiqan dan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya." (Surah asy-Syams: ayat 8-10.)

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home