Sebuah Perjuangan
Musim panas itu menyeronokkan, hujan itu menyegarkan,angin itu menguatkan, salji itu mengembirakn yang dikatakan cuaca buruk itu sbenarnya tiada,yang ada hanya jenis-jenis cuaca baik yang berbeza sahaja.Daripada sesuatu yang buruk itusentiasa lahir sesuatu yang baik.
Adalah penting sekali bagi anda untuk menyedari bahawa kita sepatutnya belajar meskipun dalam waktu bagus.Dan bagaimanakah kita boleh berbuat begitu? Dengan sekali sekala merenungkan waktu sukar,ketika kita menderita, ketika kita bermurung, ketika segal-galanya seperti menentang kita-kerana hanya waktu-waktu sukar sahaja yang memberi pelajaran terbaik.
Perjuangan memerlukan kita bergerak tatkala kita selalunya cenderung berehat. Dan ia membawa kita kesudahannya kepada kesedaran penuh bahawa kejayaan hanya tercapai melalui perjuangan.Tiada apa pun yang bernilai dalam hidup ini yang mungkin diperoleh tanpa perjuangan. Jikalau ia mudah diperoleh sudah tentu semua orang akan mendapatnya.
Perjuangan hidup, penderitaan jiwa dan seksaan itu semuanya perlu jika anda ingin menjadi unggul. Jadi janganlah memaki hamun dan menyumpah seranah, tetapi sebaiknya fahamilah dan hargailah pengalaman-pengalaman sedemikian ketika anda mengalaminya kerana ia merupakan sebahagian dari penyempurnaan seorang manusia.
Perjuangan hidup dalam kebanyakan hal diperjuangkan secara mendaki ke atas dan menang tanpa pergelutan adalah seperti menang tanpa kebanggaan. Jika tiada kesukaran, tidak akan ada kejayaan.Kesukaran mungkin mengerunkan mereka yang lemah, tetapi perangsang bagi mereka yang tegas dan berani.Segala pengalaman hidup sememangnya berperanan untuk membuktikan bahawa rintangan yang menghalang kemajuan manusia mungkin kebanyakan diatasi dengan perilaku baik, semangat yang jujur, kecergasan, ketabahan dan dengan keazaman untuk mengatasi sebarang kesukaran.
Labels: Mauidzah
0 Comments:
Post a Comment
<< Home