Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Friday, January 19, 2007

‏بدأ الإسلام ‏ ‏غريبا ‏ ‏وسيعود كما بدأ غريبا ‏ ‏فطوبى ‏ ‏للغرباء

“Islam bermula dalam keadaan yang ganjil. Ia akan kembali menjadi ganjil sebagaimana ia bermula, maka beruntunglah orang-orang yang ganjil (kerana Islamnya)” (Riwayat Muslim)
Hujan yang mulanya sekadar rintik-rintik beransur-ansur menjadi lebat. Sudah dia agak, awan yang mendung sedari tadi membetulkan telahannya. Kepalanya disandar pada kerusi, panas dahinya. Kepalanya pening, dalam otaknya berselirat neuron yang aktif menyebarkan impuls.Barangkali nodus Ranvier yang membalut axonnya lebih banyak dari kawan-kawan lain. Asal dia berhenti berfikir pasti sakit kepalanya datang. Lantas dia harus terus berfikir.
Ya Allah, tak tertahannya sakit ini. Dia cepat-cepat menuju ke bilik air, kepalanya diratakan dengan air paip yang mencurah-curah. Dia tersenyum,alangkah indahnya saat waktu kecil. Bila demam pasti ibu ada di sisi membasahkan kepalanya dengan lembut menekan ubun-ubunnya. Ibulah yang paling setia di sisi, membelai sambil memujuknya untuk menjamah makanan. Cuma kini, dia harus sedar dia bukan budak kecil lagi, ada tanggung jawab yang lebih besar lagi dan matlamat yang masih jauh belum tercapai.
Minggu ini sahaja, dia sudah teramat keletihan. Pagi hingga petang kuliah sebelah malamnya pasti ada agenda yang menuntut masa dan tenaga darinya. Dia tak banyak berkira, semuanya dilakukan atas dasar amanah dan mahu melaksanakan segala tuntutan yang wajib ke atasnya.Dia sekadar berharap agar Allah kurniakan lebih kekuatan dan ketabahan dalam hidupnya. Mampu menerobos lebih jauh ke dalam cabaran dan belajar bahawa hidup senang lenang bukanlah jalan kebahagiaan yang sebenar. Masih ada yang tertangguh dalam perjuangan hidupnya.
'Biar pahit mulanya, asal manis hujungnya' kata Syaja'ah
'Biar saya tahan selera di perhentian kecil, asal saya makan enak di perhentian besar kelak' kata Iffah
Antara iffah dan syaja'ah tidak dapat dipisahkan.Keduanya laksana sayap kiri dan sayap kanan.Kalau patah salah satu ,tidak boleh terbang lagi. Tiap perbuatan yang mengandungi perjuangan mesti berdasarkan iffah dan syajaa'ah. Dia iffah, sebab dia tidak peduli seruan nafsu dan dia syaja'ah kerana dia sanggup derita buat itu.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home