Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Friday, January 12, 2007

Mahabbah

"Hai orang-orang yang beriman,bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadaNYA dan berjihadlah pada jalanNYA, supaya kamu mendapat keberuntungan" (Al Maa'idah : 35)

SESUNGGUHNYA mahabbah 'cinta' sesorang hamba kepada Allah s.w.t merupakan pengaruh alaminyang timbul dari rasa syukur atas nikmat yang dikurniakan Allah s.w.t kepadanya. Oleh kerananya, Rasulullah s.a.w bersabda :

"Cintailah Allah kerana ia telah mengurniakan padamu segala nikmatNYA dan cintailah aku kerana Allah mencintaiku dan cintailah Ahlul Bait kerana aku mencintai mereka"

Cinta Allah s.w.t kepada hambaNYA terjadi saat seorang hamba meniti jalan yang dibentangkan Allah bagi kehidupan manusia dan menghindari yang tidak disyariatkanNYA.
Ketika mempelajari Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w, kita menemukan bahawa Allah dan Rasul menjelaskan sekelompok manusia yang dicintai Allah dan sekelompok manusia yang dibenciNYA. Manusia hanya akan dicintaiNya ,jika ia melepaskan segala sifat yang dimurkai Allah s.w.t, lalu melaksanakan sifat-sifat yang dapat menimbulkan perasaan cinta pada Allah s.w.t dalam dirinya.

Adapun Allah s.w.t lebih mendahulukan cintaNYA pada hamba dari cinta hamba kepada NYA, Allah s.w.t berfirman : "..maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintaiNYA" Surah Al Maa;idah: 54.

Saat kita mengenali sifat-sifat yang dicintaiNYA maka saat itulah kita akan menemukan cinta Allah yang murni dalam hati kita(semoga Allah mengizinkan kita menemukan cinta tersebut)
Orang yang dicintai Allah ialah orang yang memiliki sifat al-ihsan , didapati bahawa lafaz al-ihsan membawa dua makna yakni 1) berbuat kebajikan dan 2) perasaan akan kehadiran Allah s.w.t saat melakukan perbuatan atau seakan-akan kita melihatNYA.

Kemudian, orang yang bertaubat.Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan menyucikan dirinya. Taubat itu wujud setelah meninggalkan dosa, menyesal atas perbuatan tersebut serta bekeinginan kuat untuk tidak mengulangi perbuatan yang lepas.Sekalipun berdosa besar, yakinlah Allah mengampuni dosa-dosa dan janganlah berputus asa walau sedikit.

" Ibrahim berkata: Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhan melainkan orang-orang yang sesat" (al Hijr-56). Kerana dosa itu banyak sekali, ada yang trsembunyi tanpa orang lain mengetahui kecuali diri kita, ada yang terang nyata, ada yang kecil dan ada juga yang besar.

Dengki itu dosa, sombong pun dosa, dan syirik tersembunyi pun dosa.Tidak mencintai saudaramu seperti kamu mencintai dirimu adalah dosa, jika tidak memberi nasihat kepada orang muslim pun adalah berdosa.Oleh itu, disunnahkan kepada kita dua tradisi kenabian yang berterusan iaitu muhasabtun nafsi ~introspeksi diri dengan menghitung kesalahan dan istighfar selalu meminta ampunan dariNYA...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home