Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Sunday, January 07, 2007

Abu Ubaidah ibnul Jarrah

Rasulullah s.a.w pernah bersabda : Tiap-tiap umat ada orang pemegang amanah, dan pemegang amanah umat ini ialah Abu Ubaidah ibnul Jarrah.

ABU Ubaidah dihadapkan pada dua timbangan,manakah yang akan menjadi pilihannya, ayahnya yang kafir atau keislamannya yang diredhai Allah? Ketika Ghazwah Badar,Abu Ubaidah ikut memperkukuh dan membela kaum muslimin sedangkan ayahnya berada pada barisan kaum Quraisy yang mesyrik dan kafir.Dalam arena pertempuran, ayahnya memburu Abu Ubaidah tetapi ia selalu mengelak, menghindar dan menjauh.Ayahnya tidak menyedari kenapa anaknya sengaja menghindar.Ia bahkan semakin marah dan dendam.

Ayah Ubaidah terus mengejarnya hingga tidak ada pilihan lain bagi Abu Ubaidah melainkan menghadapinya dengan sungguh-sungguh.Dalam pertempuran yang sengit itu Abu Ubaidah terpaksa membunuh ayahnya yang terus mendesak dan melawannya.Walaupun hatinya terasa berat tetapi demi menegakkan amanat Allah dan RasulNya, Abu Ubaidah terpaksa membunuh ayahnya.Setelah peristiwa itu,turunlah firmanNYA :

Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat saling berkasih sayang dengan orang yang menentang Allah dan RasulNya, sekalipun orang itu ibu bapa atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka.Mereka itulah orang yang Allah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan hmereka dengan pertolongan yang datang daripadaNya.Dan dimasukkan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai , mereka kekal di dalamnya.Allah redha terhadap mereka dan mereka pun berasa puas terhadap (limpahan rahmatNYA). Mereka itulah golongan ' (Surah Al Mujadilah: 22)

Pada suatu ketika utusan masyarakat Najran datang menemui Rasulullah s.a.w meminta kepada Rasulullah agar mengutuskan seseorang yang dapat mengajarkan masyarakat Najram hukum-hukum Islam.

Rasulullah menyanggupi dan menjanjikan kepada mereka seraya berkata "Esok hari aku akan mengutuskan bersama kamu orang yang benar-benar amin, benar-benar amin, benar-benar amin" (baginda mengulangi tiga kali).Orang yang disebut amin sampai diulangi tiga kali ialah Abu Ubaidah yang diutuskan mengajarkan syariat Islam kepada penduduk Najran.Dalam masalah amanat, Umar mengungkap pula kelebihan yang dimiliki Abu Ubaidah . Umar berkata "Aku benar-benar berharap agar aku ditunjuk Rasulullah s.a.w untuk melaksanakan tugas itu (menjadi duta bagi penduduk Najran dan mengajarkan mereka tentang Islam).

Setelah kami menunaikan solat Zuhur bersama, Rasulullah s.a.w melayangkan pandangannya ke kiri dan kanan sepertinya ada yang hendak baginda cari.Aku sengaja mengangkat kepalaku agarbaginda melihatku. Tetapi ternyata tidak.Baginda tidak mencariku.Baginda terus melayangkan pandangan dan ketika melihat Abu Ubaidah ibnul Jarrah, baginda terus memanggilnya dan berkata kepadanya : "Wahai Abu Ubaidah, pergilah engkau bersama-sama dengan mereka (utusan masyarakat Najran) Jalankan hukum dengan penuh kebenaran terhadap segala apa yang mereka perselisihkan"

Aku merasa terkejut dan kini aku menyedari itulah kelebihan Abu Ubaidah yang tidak diraih oleh sesiapapun. Rasulullah s.a.w menyerahkan tugas yang mulia itu kepada Ubaidah kerana baginda tahu Ubaidah adalah orang yang teguh amanat.

Dalam pertempuran 'Dzatil Salasil' Rasulullah mengirimkan bala tentera untuk membantu pasukan yang dipimpin Amru Bin A'ash.Di antara perajurit itu terdapat Abu Bakar dan Umar, sedangkan komandan pasukan itu Abu Ubaidah Bin Jarrah. Kepercayaan Rasulullah s.a.w terhadap Ubaidah membuatkan Umar ibnul Khattab berkatamengenai Ubaidah menjelang wafatnya : "Kalau Ubaidah ibnul Jarrah masih hidup maka aku akan menunjuknya sebagai khalifah. Dan bila kelak Allah bertanya kepadaku tentang apa sebabnya, aku akan menjawab; "Aku memilih dia keranadia seorang pemegang amanah umat dan pemegang amanah Rasulullah s.w.t.

~Aduhai sahabat tengoklah, betapa indahnya dan tingginya akhlak sahabat Nabi junjungan kita ini. Apakah dikalangan kita ini termasuklah diri sendiri dapat menjadi sebegini amanah terhadap tanggung jawabnya seperti Abu Ubaidah ibnul Jarrah?Tepuk dada tanyalah iman.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home