Hijrah vol 2
.:HIJRAH:
.Bulat nian tekadmu
Dalam hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan diredhai
Hijrah itu menuju Allah
Ia sunnah para nabi
Para salihin dan muttaqin
Kembara hati menuju Ilahi
Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tiada mampu
Mohonlah pada Tuhanmu
Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya HASANAH..
Alhamdulillah, Allah memperpanjangkan umur blog ini.Genap setahun sudah, moga banyak kebaikan yang ana dapat berbanding mudharat. Cuma perlu dipertingkatkan tulisan dan pembacaan.Ayuh, rajinkan diri kerana Allah sukakan orang yang bersungguh-sungguh dalam bekerja. Memetik dari firman Allah s.w.t dalam Surah ar Ra'du ayat 11 yang bermaksud :'Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri'
Dan firman Allah s.w.t dalam ayat 4 Surah Muhammad bermaksud :' Apabila Allah mengkehendaki nescaya Allah akan membinasakan mereka tetapi Allah menguji sebahagian daripada kamu daripada sebahagian yang lain'
Sesungguhnya Allah menjadikan kerja itu ibadah kepada kita dan bukan menjadikan kemenangan itu sebagai ibadah kepada kita biarpun dalam banyak keadaan kemenangan itu menjadi petanda kesungguhan usaha, niat yang betul dan melaksanakan sunnah.
'Di antara orang-orang mukmin itu ada orang yang menepati apa yang mereka janjikan kepada Allah, maka ada pula di antara mereka gugur dan di antara mereka ada pula yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak merubah janji' Surah Al Ahzab ayat 23
Apatah lagi kita sekarang menempuh akhir zaman, tanda kiamat makin menghampiri tanpa sedar dan penyelewengan Islam jelas nyata,jika tidak dibanteras pasti kejatuhan umat Islam menanti.
Rasulullah s.a.w pernah mengatakan bahawa peringkat awal perkembangan Islam akan dipimpin oleh nubuwah dan rahmat. Setelah nubuwwah diangkat oleh Allah maka diikuti dengan kepimpinan dan khilafah yang menurut manhaj nubuwwah.Setelah khilafah diangkat diikuti oleh raja yang zalim seterusnya digantikan raja memerintah secara kuku besi.Selepas itu digantikan dengan khilafah yang memerintah mengikut kepimpinan nubuwwah yang mengamalkan sunnah di kalangan umat manusia.(riwayat oleh ad Darimi dalam al Asyribah dgn sanadnya dari Abu Ubaidah bin Al Jarah)
0 Comments:
Post a Comment
<< Home