Otakku Berfikir Lagi
Assalamualaikum semua sahabat sahabiah sekalian. Moga umur kalian yang bertambah sehari ini mampu dimanfaatkan sepenuhnya dan tak tergolong dalam golongan yang sentiasa kerugian. Biarpun sedikit yang dilakukan lebih baik daripada tidak membuat apa-apa kan? Umpama pepatah orang putih 'Better late than never' manakala pepatah ana 'Better EARLY than late'.
Mulut2 kita sering membaca Surah Al Asr tapi ramai mana yang mahu dan mampu beramal dengannya. Jangan menjadikan kita sering ditunggu orang~ kelak kita pulak menunggu.
Di kampus, macam2 jenis orang boleh kita jumpa. Terutamanya late comers ni. Erm, tak segan kan mereka kepada guru-guru @ Dr dan rakan yang lain? Sebenarnya ini pun salah satu tanda lemah iman. Mahu datang awal atau lambat semuanya atas kita. Nafsu suruh datang lambat, maka lambatlah kita. Dulu-dulu, ana memang punctual orangnya kerana dilatih demikian hatta kalau ayah datang lambat sedikit ana akan menangis tak kiralah depan orang ke then merajuk tetapi setelah mengalami beberapa siri menjadi 'penunggu orang'..ana pulak yang sengaja melewatkan. 'Ah, takpelah.Datang awal pun, kena tunggu jgk.Baiklah kita ditunggu' .Oh, begitulah mentaliti ana bila berada di dunia kampus. Akhirnya bila dimuhasabahkan, KENAPA ana nak ikut orang? Kita nak jadi mukmin yang baik atau lebih kurang sama dengan orang2 biasa di luar? Tak mengapalah menunggu, sekurang-kurangnya nanti di akhirat kelak Allah takkan tanya 'Wahai Siti Hafizah, mengapa kamu sengaja melewatkan2 kehadiran ke majlis sekian2..?'
Apa ana mahu jawab? Mahu menipu? Of course takde chance. Akhirnya terhukumlah ana disebabkan perkara yang ana fikir remeh temeh sewaktu di dunia. Sedangkan dalam mizan Allah sedikit pun tak terlepas. Hatta sebiji zarah atom.
" Wahai orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan. Sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"
Surah As Soff: 2-3.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home