Ana al- Muslim
Ana al-Muslim
Hukumku hidayah Kitab Allah
Pimpinan petunjukku Muhammad Rasulullah
Rumahku seruan Islam yang pasti juga panggilan Allah
Keluargaku ummah Islam
Merekalah kumpulanku dan kumpulan Allah
Bekalanku bersumberkan tauhid
dan kegembiraanku dari pakaian taqwa
dari Allah
Ana al-Muslim
Jantungku sentiasa berdegup
dengan cinta kepada Allah
Ucapanku dan amalanku
kusertakan dengan zikir kepada Allah
Maka bermula ia dengan
Bismillah dan ditutup dengan
Hamdillah
Keprihatinan dalam hidupku adalah
pedoman bagi agama Allah
Maka tiadalah hidupku kecuali
kerana Allah
mautku jua di jalan Allah
Ana al-Muslim
Tidakku berpaling dan tidak jua ku berdusta
kepada Rabbku
Jiwaku perkasa lagi bermaruah
tidak jua memburu
kecuali kerana Allah
Hati yang ikhlas dan sejahtera
tidak terpesona dengan cinta manusia
Titisan air mata di tikar solat
umpama singa segagah kilat
di medan perang
Sungguh negeriku kan tegak jua
Kehinaan umatku sudah
tak tertahan di sukma
Ana al-Muslim
Adil dan pemurah jadi hiasanku
Cekap umpama pemimpin
yang menyiarkannya keadilan, amalan soleh
Ku seru seluruh manusia
kepada kebaikan pemusnah lara
Sanubariku penuh ihsan
bukan untuk penindas yang zalim
Ucapanku kalimah yang bersinar
Amalku tikaman yang tepat
Dakulah syihab yang menyambar
Dakulah cahayanya,Dakulah apinya!
0 Comments:
Post a Comment
<< Home