Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Wednesday, December 13, 2006

Hanya Segelas Susu

Suatu hari, seorang anak lelaki miskin yang hidup dari menjual asongan dari pintu ke pintu, memeriksa bahawa dalam poketnya hanya ada beberapa sen sahaja sedangkan ia sangat lapar.

Anak lelaki tersebut memutuskan untuk meminta makanan dari rumah berikutnya. Akan tetapi anak itu hilang keberanian saat seorang wanita muda membuka pintu rumah.Anak itu tidak jadi meminta makanan, hanya meminta segelas air.

Wanita muda tersebut melihat, dan terfikir bahawa anak lelaki itu pastinya lapar, oleh kerana itu ia membawa segelas besar susu.

Anak lelaki itu meminum dengan lambat, dan kemudian ia bertanya: "berapa harus saya bayar untuk segelas besar susu itu?" Wanita itu menjawab "Kamu tidak perlu membayar apapun.Ibu mengajar kami agar tidak menerima bayaran untuk kebaikan".

Anak lelaki itu kemudiannya menghabiskan susunya dan berkata " Dari dalam hatiku aku berterima kasih pada anda"

Bertahun-tahun kemudian,wanita muda tersebut mengalami penyakit yang kritikal.Para doktor di kota itu tidak sanggup lagi merawatnya. Mereka akhirnya mengirimkan ke kota besar, di mana terdapat doktor pakar yang mampu merawat penyakit serius itu.

Dr Ahmad dipanggil dipanggil untuk melakukan pemeriksaan.Pada saat ia mendengar nama kota asal wanita tersebut, terbit pancaran kegembiraan di matanya. Dr Ahmad segera bangkit dan bergegas turun melalui wad hospital menuju bilik wanita itu.Dengan jubah kedoktoran (white coat) ia menemui wanita itu.

Ia langsung mengenali wanita itu dengan hanya sekali pandang.Kemudian kembali ke ruang pejabatnya dan memutuskan untuk bersungguh-sungguh untuk membantu wanita itu. Mulai hari itu, ia selalu memberikan perhatian khusus pada kes wanita itu.

Setelah melalui perjuangan yang panjang, akhirnya diperolehi kemenangan ..wanita itu Alhamdulillah sembuh! Dr Ahmad meminta bahagian kewangan hospital untuk mengirimkan seluruh bil rawatan kepadanya untuk persetujuan. Dr Ahmad melihatnya, dan menuliskan sesuatu pada bil itu dan kemudiannya mengirimkan ke bilik pesakit.

Wanita itu takut untuk membuka bil tersebut. Ia sangat yakin bahawa ia tidak mampu membayar kos tersebut walaupun secara ansuran seumur hidupnya.Akhirnya ia memberanikan diri untuk membacanya ,dan ada sesuatu yang menarik perhatiannya pada kertas itu. Ia membaca tulisan yang berbunyi .."Telah dibayar selesai dengan SEGELAS BESAR SUSU" tertanda Dr Ahmad Ismail.

Air mata kebahagiaan membanjiri matanya. Ia berdoa;

"Ya ALLAH,terima kasih bahawa cintaMU telah memenuhi seluruh bumi melalui hati dan tangan manusia"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home