Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Monday, December 04, 2006

PUTUS cinta KERANA CINTA

"Sejauh mana seseorang kenal ALLAH, sejauh itulah cintanya kepada ALLAH"
CINTA ALLAH lebih besar.Jika ada manusia sanggup meninggalkan ibu ayah kerana menuruti apa yang ia sukai.Tinggalkan rumah,, harta dan anak-anak malah menukar agamanya kerana cintanya. Dan tidak terlalu aneh jika dibandingkan dengan generasi para sahabat terdahulu sanggup meninggalkan ibu bapa, agama nenek moyang, pangkat, hartamalaj nyawa mereka sendiri kerana CINTA Allah.
CINTA Allah lebih mewajarkan manusia berpisah daripada sesiapa sahaja atau apa sahaja untuk mendapatkannya. Kenal Allah ertinya merasakan keindahanNYA, kebesaranNYA, kegagahan NYA, kasih sayangNYA dan semua sifatNYA. Seolah tak terasa hebatnya dunia serta isinya.Dalam hatinya, hanya ada CINTA nan AGUNG. Yang sentiasa menyala dalam hati serta menenggelamkan cinta yang lain.
Ketika Abu Hurairah hampir menemui ajalnya, mulutnya mengukir senyum dengan wajah berseri-seri.Bila ditanya kenapa ?Dia menjawab ' Bukankah kematian akan menemukan aku dengan Allah dan Rasulullah yang paling aku cintai'
Alangkah anehnya sifat kekasih Allah, mati bagi mereka bererti bertemu bukan berpisah.' Bukankah mati syarat menemui kebahagiaan'.Maka selayaknya HATI INI diberikan pada Yang Tinggi Darjatnya~ yakni Allah.
Maka, sudah bersedia untuk putus cinta kerana CINTA!
~tc
Ya Allah
Lembutkanlah hati ini
Lunakkanlah hati ini
dengan ujian tarbiyah dariMU
Agar hati ini sentiasa merasa
betapa dekatnya ia padaMU
betapa Engkau menjaganya
Ya Allah
Andai Kau meredhai
perjalanan hamba-hambaMU
maka jadikanlah aku ini
salah seorang antara mereka
kerana aku tak punya apa-apa
tak punya siapa-siapa
Keranaku hanya punya
bekalan teramat sedikit
Mengharap belas kasihan dariMU

0 Comments:

Post a Comment

<< Home