Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Monday, November 27, 2006


Assalamualaikum wbt,minggu ni dah masuk minggu ke 3 ana bersendirian. Adik rumate cuti maka tinggallah sorang2 kadang-kadang merayap juga ke bilik kawan sebelah. Boring jugak takde orang yang nak diajak berbual, berkongsi cerita dan berkongsi makanan. Tapi itulah manusia, bila masa barang ada sering dibuat lupa tapi bila dah tiada depan mata, barulah terasa. Manusia..oh manusia.

Semalam jugak pulun buat report and case presentation simultaneously. Dahsyat jugak speednya, cuma masa buat tuh sambil pohon pertolongan dari Allah mintak2 Allah lembutkan hati doktor sebab presentation takde study model or gambar tapi just ada gambar radiograph (x-ray) yang ana kepilkan above. Asalnya nak periapical (cover the whole crown and root) but Allah dah tetapkan is menjadi bitewing (crown only). Tersengih-sengih ana bila tunjuk kat Dr tapi mujurlah Dr pun faham-gigi belakang manyak susah nak letak film. Kalau tak boleh jugak, pastinya ana akan tanpa putus asa memujuk Dr sampai dapat ..heheh( tak makan saman jugak ana ni!).

"Kalau sekiranya Kami menurunkan Al Quran kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah-pecah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir" Surah al Hasyr :21

Bahulu yang mak bawa semalam, dah habis. Sambil menaip sambil mulut mengunyah. Pelik juga, minggu ni asyik stomachache. Adik2 2nd year and 3rd year pun akan exam next week and 2 weeks lagi. Moga an najah menanti kalian. Tak kira apa yang dilakukan pasti letakkan Allah dihadapan dalam niat, amal dan perbuatan kita. Berjaya dalam exam, sekadar kejayaan di dunia tetapi berjaya dalam mendapatkan redha Allah , bererti berjayalah kita dalam kehidupan selamanya. Kita selalu mintak Allah kabulkan segala kehendak kita,nak itu nak ini tapi jarang benar kita buat apa yang Allah suruh kan?. Sekali lagi..manusia oh manusia.

2 hari lepas, senior tanya dah habis ke baca buku yang dikirimnya. Ana mencari ayat yg paling tepat tapi pengakhiran pada ayat itu tetap sama- MALAS! Walhal buku sebesar buku 555 je, cuma totally in Arabic (tengah mencari penterjemah). Alasan mahunya setimbun dalam list, tapi puncanya sebenar tetap yang satu itu juga. Nampaknya, ana gagal mempraktikan perintah Allah yang suruh kita sentiasa bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara kebaikan. Tak mahu, seribu dalih..nak,seribu daya. Semuanya terpulang pada diri kalian.

'Siapa yang menyangka bahawa ia mempunyai wali (penolong) yang lebih hebat dari Allah, bereti baru sedikit ia mengenali Tuhannya. Dan siapa yang menyangka ia mempunyai musuh yang lebih hebat dari dirinya, bererti baru sedikit dia mengenal dirinya sendiri'

1 Comments:

  • At Monday, 27 November, 2006, Blogger A person get to know life said…

    Pips, pst..u know; hundreds ask me : "adik, terengganu duk mane?" "awak ni org terengganu ke?" etc. Fuh, sungguh menjadi accent ganu! 'taklah, mak je org ganu..sayo duk kelate ni mo ye'.Itulah, ngada2 nk practice sgt kan dah keras lidah tue=)

     

Post a Comment

<< Home