Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Sunday, November 19, 2006

Asma'ul Husna

"Sesungguhnya Allah swt mempunyai 99 nama ,seratus kurang satu. Sesiapa sahaja yang menghafalnya (mencontohinya) akan masuk syurga."
HR Bukhari dan Muslim.
Yang dimaksudkan dengan menghafal ialah meneladani, berakhlak dengan sifat-sifat Allah.Orang yang begini layak masuk syurga .Semakin banyak sifat-sifat Allah yang menjadi akhlak kita sehari-hari, semakin dekatlah kita dengan Allah. Dengan kata lain, tanda dekatnya hamba itu kepada Allah, dapat dilihat seberapa banyaknya sifat-sifat Allahyang dia contohi setiap hari.Itulah tanda taqarub (akrab) seseorang dengan Allah. Semakin dekat dengan Allah, bila semakin banyak sifat-sifat seperti Ar Rahman, sifat Ar RahimNYA, sifat Ghaffar bila diamalkan dalam diri. Dia menjadi insan penyayang, pengasih, pemaaf dan sebagainya.
Itulah yang dimaksudkan Imam Al Ghazali dengan katanya " Kita mengusahakan diri supaya diri 'memakai' sifat-sifat ketuhanan seperti berilmu, berbuat baik, menanam budi, lemah lembut dalam memberi kebajikan, peyayang kepada manusia, jujur serta menunjukkan manusia ke jalan kebenaran." Percayalah, semua ini mendekatkan seorang hamba kepada Alla. Bukan pendekatan tempat tetapi pendekatan meneladani sifat.
Manusia memang layak dan berpotensi untuk mencapai cinta hakiki dan abadi ini. Justeru atas kelebihan inilah manusia dilantik oleh Allah sebagai khalifah di atas muka bumi ini.Sehingga dengan itu taraf cinta manusia mampu naik membumbung tinggi mendekati Tuhannya.

Firman Allah dalam hadith Qudsi ; "Selalulah seorang hamba mendekatkan diri kepadaKU dengan amalan-amalan sunat, sehingga Dia telah Kucintai. Akulah yang menjadi telinganya untuk mendengar, matanya untuk melihat dan lidahnya untuk berkata"

dipetik dr TC.
...duhai Rabbku, bahagia yang ku cari dalam mencintai Mu..derita jua Engkau hadiahkan. Belumpun sempatku mengaduh, segara Kau angkat kembali diri ini. Sungguh, aku terlalu mencintaiMu tapi sering kealpaan.

*Derita yang disebabkan oleh yang kita cintai, hakikatnya masih semacam kebahagiaan juga*

0 Comments:

Post a Comment

<< Home