Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Tuesday, November 14, 2006

Pesan Ayah


Pesanan ayah berlegar-legar dalam minda. Memang susah untuk menerima kehidupan seharian begini, cabaran datang pelbagai penjuru. Kadang ada kekuatan, kadang terasa lemah, kadang sudah tak kisah apa jua yang mendatang." Semua orang boleh, cuma jalannya berbeza.Sukar tapi semuanya berjaya" .Azimat inilah yang menjadi penguat pada diri sekalipun anak ayah ini sering gusar dengan apa yang dia pelajari.

Dulu, semuanya tampak senang mahu menjadi doktor.Hanya apply dalam list yang 8 itu.Bila dah diterima masuk, jalanilah kehidupan seperti seorang pelajar medic/dental. Bak kata kakak, medical/dental student tiada 'life'. Ana sangkal pendapatnya, kami jua sama yang lain. Kehidupan kami adalah untuk semua umat manusia. Tugas dakwah itulah kehidupan kami.

Klinik berakhir pukul 4.45 ptg cukup meletihkan, itupun belum dikira jika ada extend kuliah oleh doktor yang komited. Junior di bilik, kerap menegur. Dia pun turut 'keletihan' melihat diri ini yang 24 jam tak berhenti mengisi masa yang Allah bagi. Tambahan meeting kerap pada waktu petang. Penat tak terkata, setelah berkejar berlari (tak sempat nak mematuredkan diri, Rasulullah s.a.w sendiri pun berjalan lbh laju dr shbt2nya seolah mcm turun dr bukit) kena melangkah ke tempat lain. Otak berkerja keras setiap masa.Malamnya, ana terperap dalam bilik bersama buku-buku, laptop with wayerles dan melayan kerenah adik junior=) Terkadang 'syahid' awal, sometimes sampai pukul 2 pagi bertahan kemudian menempuh pagi esok.

Hujung minggu penuh terisi dengan agenda, sehingga emak pula terpaksa menelefon anaknya ini. Dunia sudah terbalik agaknya, sekali lagi maafkan anakmu ini. Mak sedari awal mengesan anaknya bermasalah...masalah tak cukup rehat,makan dan etc. Tak mengapalah mak, sementara Fizah ada masa kat dunia dan Allah bagi. Esok, tak menjanjikan apa2 untuk diri ini.Cukuplah ada bekalan untuk dibawa kelak.

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahasalah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik.Sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang sesat dari jalanNYA, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang akan mendapat petunjuk" Surah An Nahl: 125

Moral of the story :

a) Jgn regret mcm ana, sekrg nak ke kelas agama tiap petang tiada kesempatan. Malam nak ke surau ,dengar ceramah pun terpaksa cover sblm klinik/kuliah esok. Dulu masa 1st-3rd yr, tak gunakan sepenuhnya.

b) Bila hati kita jarang diberi makanan, terasa makin jauh dari Rabb.

c) Apa yang berlaku, hadapilah dengan kesabaran dan mintalah pertolongan dariNYA. Bukankah Allah mengabulkan doa hamba-hambaNYA yang meminta.

d) Jangan fikir nak cukup dan qadha tidur atau rehat saja, nanti akan selalu rasa nak rehat,letih.

e) Tiponlah mak ayah selalu, ingatlah insan tersayang. Masa inilah kita tunjukkan kita care, sayang kat mereka.

f) Jangan sekat2 ana nak makan byk2, BMI pun dah lama tak kira..program byk menanti.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home