Sweet November- to all Novemberian..
"Fastaqim kama umirtu"
SELAMAT HARI LAHIR untuk kakakku di USMKK ni Kak Hetty yang dah genap 24 tahun, moga diperpanjangkan usia dalam ketaatan, dimurahkan rezeki untuk bakal Doktor yang akan grad tahun hadapan. Sedar tak sedar umur semakin meningkat tetapi amalannya entah selari dengan umur entah tidak. "Age is nothing but number" Phrase yang selalu ana utarakan kepada mana2 orang yang suka mengungkit mengenai umur.Phrase berkenaan boleh jadi valid untuk certain perkara dan boleh jadi tidak.
Selari dengan pertambahan usia, manusia pasti mengejar sesuatu dalam hidupnya.Memenuhi segala kehendak yang berada dalam lingkungan kemampuannya.Namun sememangnya fitrah semulajadi manusia seringkali menginginkan sesuatu yang sukar dan diluar keterbatasan.Bukan susah untuk membina angan-angan dalam sehari tetapi bukan mudah jua untuk merealisasinya. Dan Selamat Hari Lahir jua untuk diri ana+pips, terima kasih mak kerana melahirkan kami ke atas dunia ini tanpa mengenakan sebarang bayaran atas apa yang mak dan ayah korbankan demi kami.Terima kasih jua kerana tak membuang kami seperti bayi-bayi malang yang saban waktu kami tatapi di muka akhbar. Ya Allah, Kau sayangilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka menyayangi kami sewaktu kami kecil. Rahmatilah mereka, redhailah mereka.
Terfikir jua ana, terlalu syadidkah ana? Terlalu garangkah ana? Adakah ana cukup menyenangkan orang? Adakah ana meyebabkan ramai yang terasa hati? Adakah ana sudah bertanggungjawab dalam segala amanah yang dipikul? Dan tinggallah ana terkebil-kebil dengan soalan tak terjawab. Mahu tanya sahabat, tak semua mahu berterus terang .Semuanya berlapang dada atas kekurangan sahabat masing2. Ya, tiada siapa pun yang perfect. Akhirnya, ana buat kesimpulan sendiri: sememangnya ana penuh kekurangan, maka sekaranglah masa untuk berubah ke arah yang lebih baik kerana sampai bila ana akan jadi sebegini. Perubahan menuntut pengorbanan. Dan harga sebuah pengorbanan terlalu mahal..
"Tahaddu tahabbu" .Rasulullah sendiri menganjurkan amalan memberi hadiah, so sebagai menyahut sunnah ini-bagilah ana hadiah ye. Imam Hasan Al Banna bahkan menggunakan method sebegini untuk menyampaikan dakwahnya setelah usahanya ditolak oleh ulama' lain pada zamannya. Indah sungguh akhlak seorang muslim.
Baru je terfikir nak resign dari any taklifan next year, namun apakan daya sekali lagi Allah mahu mentarbiyyahkan diri ini. Takpelah, doakan ana tak syahid sekerat jalan sahaja. Biarlah seperti nama timangan ana "Ihdal Husaini" -sama ada hidup mulia atau mati syahid. Dapat dua-dua pun lagi bagus.
Teringat semasa dulu, masa standard 6 menyanyi lagu Sweet November by The Beatles then masa matriks ana buat public speaking pasal Chocolate and Switzerland. Impian ana nak tengok pergunungan Alps macam cite Heidi dan hirup udara pengunungan ciptaanNYA. Itu impian ana...mahu travel. Jika ada peluang ana nak further study, ambik peadatric dentistry or conservative either Down-under (ausie) or UK. Doakan ana ye, moga impian jadi kenyataan. Dapat sambung kat Mesir pun bagus jgk, tp kena fasih arabic then trus buat haji.
Happy besday to all Novemberians..
0 Comments:
Post a Comment
<< Home