FITRAH HARI RAYA
Assalamualaikum wbt, huh there's 3 days more before 1 Syawal 1427 H menjelma. Terasa bagaikan Ramadhan yg datang terlalu singkat dan masih banyak yang ingin ana lakukan. Moga kita bakal bertemu kembali Ramadahan pada tahun akan datang, insyAllah. Tak dinafikan, tiada dari kita yang sempurna begitu jua puasa yang kita jalani ini. Namun, apa yang penting kita sedar apa yang telah kita lakukan sebelum ini apakah natijahnya baik atau buruk dan seterusnya masa untuk memperbetulkan apa yang salah.
Firman Allah S.W.T dalam ayat Ali Imran :200 yang bermaksud :
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi kesukaran dalam menegrjakan perkara-perkara berkebajikan, dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya , kamu berjaya (mencapai kejayaan).
Ayat di atas menjelaskan betapa pentingnya peranan SABAR dalam menghadapi segala yang melanda. Hadapilah dengan hati dan perasaan yang matang dan fokus. Umat Islam sendiri diajar bahawa hasil atau keputusan bukanlah menunjukan keberjayaan sesuatu yang kita lakukan (mmg betul ia kayu ukuran) tetapi bagi mukmin yang sejati yang terpenting sekali ialah USAHA..dan ikhtiar kita. Allah tidak melihat kepada hasil tetapi melihat kepada sejauh mana kita berusaha seterusnya menanamkan tawakal kepadaNYA.
Usah merasa sedih atau bermuram durja andai Ramadhan kali ini kelihatannya lebih kurang sama tahun sebelumnya, namun sentiasalah berfikiran optimis mungkin ada sesuatu yang kita perolehi dan pelajari tanpa sedar semasa Ramadhan kali ini. Tidak mengapa, mungkin itu hanyalah penilaian kita selaku hamba tetapi penilaian Allah lebih jelas..kerana hanya Dia memahami kita.
"Mukmin yang kuat itu lebih disukai berbanding mukmin yang lemah.Tetapi dalam kedua-duanya ada kebaikan". Tidak kiralah samaada kita yang kuat mahupun lemah..kerana dalam kedua-duanya pasti ada manfaat. Yang kuat mungkin kekurangan sesuatu yang mana dimiliki oleh yang lemah tadi. Alangkah indahnya, Allah yang mencipta setiap sesuatu kerana tidak dibiarkan sendirian ciptaanNYA. Yang ada menolong yang tiada, yang keras pasti ada yang lembut,yang berprasangka pasti dileraikan oleh yang berlapang dada. Indah bukan??
1 Syawal adalah tanda kemenangan bagi umat Islam. Namun, kini telah dicemari dengan sikap umat Islam sendiri- paling tidak dengan hiburan saban waktu. Masa yang seharusnya digunakan untuk saling menziarahi sebaliknya dihabiskan begitu sahaja di hadapan kotak empat segi-TV, hilang sudah sunnah yang dianjurkan Rasulullah s.a.w kemudian berbelanja melebihi sepatutnya. Asal raya pasti sebuah kedai mahu diborong ,alih-alih lepas raya hutang keliling pinggang! Tengok saje di Kota Bharu..alahai kaumku.Orang Chinese pun takdelah sakan berbelanja bila CNY walhal diorang lebih berkemampuan dari kita.Itulah yang terjadi bila nafsu menguasai akal!
P/s : Doakan keselamatan kami dlm perjalanan esok, moga tiada yang menghalang. Dengan iringan doa ana ini semoga Allah S.W.T melindungi , merahmati dan mempermudahkan urusan ke atas sahabat-sahabiah sekalian. Nak ajak raya ke rumah ,tak dpt den sbbnya kami tak pernah pun raya kat Kelate. Beraya cross the border!
KULLU A'M WAANTUM BIKHAIR.......

0 Comments:
Post a Comment
<< Home