Kenangan Terindah..
Assalamualaikum wbt, masa' ilkhair! Kaifa halukum? Asif (mintak maaf) banyak keje menyebabkan proses meng'update' tergendala. Pernah terbaca satu artikel- "Jangan 'membunuh' pembaca anda- menyebabkan ana terdetik agaknya kalau terlampau lama x update, lama2 pembaca pun jadi bosan.Tapi ana tak harapkan rmai yang berkunjung blog ana sbbnya blog ana pun banyak terkurang. Ayah selalu mintak ana buatkan site untuk dia menulis tapi sampai sekarang tak berkesempatan walhal internet kat rumah di hujung jari and tepi dapur-boleh buat CC nanti.Entri kali ni maybe terlampau panjang combination of raya dan bagaimana kehidupan ana sekarang.
Alhamdulillah raya tahun ni banyak ana dapat walaupun duit raya tak banyak mana cukuplah segala pengalaman dan pelajaran dari sebuah kehidupan sebagai bekalan ana buat masa depan. Entah..entah Kiamat Sudah Dekat (ayah silap sebut : Kiamat Masih Ada, apalagi ketawa kami sekeluarga=) Mungkin segala gelak tawa kami, usik mengusik kami ini tak dapat dinikmati oleh sebahagian keluarga yang lain. Syukur ana punya family seperti ini biarpun bergaduh tak tentu hala tapi last2 baik punye.Janganlah disebabkan harta, pihak yang hasad dengki and sebagainya menjadi pemecah belah keluarga kami,Ya Allah.Ameen.
Hari raya begitu indah di kampung Perak tak macam bandar, berpagi-pagian dengan suasana mendamai jiwa cukup menenangkan sekeping hati meruntun sebuah jiwa bilamana menghayati alam ciptaan Al Khaliq Maha Agung.Namun itu hanyalah suasana, tapi orangnya pasti sudah jauh berubah dari yang dulu. Mat rempit pun sudah bermaharaja lela( tambah lagi ana sememangnya gayat naik motor, naik kete je..eksyen,mak pun tak bagi duk dekat motor), main mercun menghala ke rumah opah ana. Kesian Hadirah asyik terkejut. Dan paling lucu bila lihat akak melatah. Pre raya ana and akak buat lemang dengan nenek, tolong bubuh beras pulut and santan je.Pastu tlg ayah memproses ayam...kebetulan opah ada bela ayam kampung tapi untuk di jual. Alih2 kami yang tak gi dekat ayam kampung pun kena gigit dek hama ayam.huh, cruel sungguh ayam tuh.Taulah jeles dgn kami tapi janganlah sebarkan hama anda=) Kifarah dosa sebelum raya.
Disebabkan just tinggal akak, pips and ana cucu perempuan yang plg dewasa(jgn baca: tua,kurang sesuai) maka kamilah yang menguruskan perihal dapur. Kami menerajui kumpulan geng dapur. Masak sup tulang dengan akak tapi tetiba hujan maka terpaksalah angkut periuk naik atas dapur gas.Pastu dengan pips masak mee goreng je tapi abis jugak walaupun terpedas sikit. Part ana paling suka basuh-membasuh, di mana2 saje ana suka.Suka tengok benda jadi cuci, berbekalkan sponge(adik beradik sponge bob square pants..teringat pips) dan apron maka bermulalh tugas mencuci. Kat rumah opah, kami bermanja dengan makcik yang jaga kami time kecik2. Ana nak jaga dia..if diberi kesempatan.
Pagi raya, routinely pi solat sunat aidilfitri..dengar khutbah. Tak perasan, ada sedara yang keje kat ntv7 tgh buat rakaman.Macam biasa, if bukan digicam ana..jangan haraplah ana nk tayangkan muka.So apalagi, tertunduk2 lah kitaorg. Petang raya, Hadirah sampai. Termakbul jgk impian ana, nak jadi org pertama peluk, dukung and gi jalan2 dengan baby comey nih. Hadirah macam dulu jugak cuma berat sangat sampai sakit tangan makcik dukung dia, dah pandai merangkak tapi tak sabar2 nak berdiri kan? Hadirah makin putih, guna Fair&Lovely ke maknye? Pipinya,alahai cedap untuk dicubit tetapi pantang lambat suap nestum pasti ada merengek. Huhu, cubit lagi! Mak, bila dah ada cucu nih..dah tak layan kami.Sedihnye, biasalah cucu sulung kan. Asyik dukung Hadirah. Ayah just tengok dari jauh, bagi chance pada org lain dulu.Nanti kat rumah, Hadirah lah didukungnya ke hulu ke hilir. Sepanjang perjalanan pulang ke Kelantan, banyak ayah kongsikan cite yang tak pernah kami tahu. Ada sedih, ada melucukan dan ada pula membuatkan kami terfikir2.Itulah corak hati manusia. Kami banyak ketawa n buat lawak bila duk ramai2. Orang lain pun tak sangka, keluarga yang penuh keintelektualan pun ramai blh buat lawak2 bodoh-that's why only my family knows me better after Allah. Mungkin ana, manusia 2 alam kot. Time serius mmg kena serius tapi ada masa kena slow n steady, fun and fancy and apa-apalah..
Lagi satu, ana tak faham kenapalah surau yang kotor pun orang Melayu Islam boleh gunakan untuk solat? Sedangkan kat tepi ada muntah then sampah sarap. Nampaknya mereka seolah mengambil mudah tentang benda wajib. Sedangkan kemungkinan solat tak sah pun boleh jadi. Pakaian luaran nampak hebat tetapi bila berkaitan dengan perkara fardhu ain jarang nak ambik kisah. Masalh feqah sepatutnya tahu, tapi tak nak belajar-samalah kat usm kk nih. Ada yang dah dekat 20 tahun lebih, tapi tak tahu bab bersuci dengan betul, bab solat, bab istiadhah dan apa2 lah perkara fardu ain.Itu belum masuk fardu kifayah lagi( ana pun tak cukup lengkap lagi). Bukan pada muslimat shj, muslimin pun kenalah tahu pasal feqah muslimat. Melalui pemerhatian : kelas feqah muslimat pun hanya muslimat je yang hadir..jarang nak nampak muslimin hadir. Segan ke? Tak perlu segan2, kerana lepas ni for sure anda akan nikah then ada zaujah, anak2 untuk dididik..maka itu peranan anda wahai kaum muslimin.Kalau tak berkemampuan berilah keizinan untuk mereka untuk keluar belajar ttg ilmu2 berkenaan. Tapi alangkah baiknya ,kalau pemimpin rumah tangga sendiri dapat berikan ilmu kan?
Cakap pasal walimah, sedih ana tapi gembira jugak. Bukanlah ana yang nak walimah tetapi sahabat paling baik masa matriks n sekarang akan mendirikan baitul muslim bulan disember ni. Gembira..sebabnya dia ditemukan dengan seseorang yang Allah takdirkan dan bakal menjadi pembantu sayap kiri zauj nya. Tak sangka, alih2 kawan abang ana, satu sekolah rendah dulu. Kecilkan dunia ni? Tapi yang sedihnya, kami tak dpatlah selalu jumpa n msg mcm dulu2. Pastu kan, jeles lah jgk tengok org nikah, apapun tgjwb makin berat, kena pandai2 jaga hati banyak pihak etc. Tak senang dan tak payah?? Ikut kemampuan individu masing2. Ada indication dan ada contraindication. Baru ana tahu, ayah nikah masa tengah belajar rupanya, tapi sebelum tuh dah keje setahun. Patutlah gambar grad ayah masa kat UM ,akak sulung ana dah besar pun.
Takutkan komitmen? Mungkin ya mungkin tidak. Klu tak, takkan ana blh pegang banyak jawatan satu masa (huh, angkat bakul sendiri lagi ye?). Best bila ada amanah untuk dipikul. Kita akan jadi matang, banyak berfikir, bertindak bukan mengikut emosi, consider kemampuan anak2 buah dan melalui semua itu menyebabkan ana rasa puas hati dapat menunaikan amanah. Harapnya, shbt pun begitu jua. Inilah peluang yang Allah bagi pada kita untuk tambahkan ilmu.
Pagi tadi, ana ada patient yang spesel di hati ana..treng..treng.Siapa dia? Tunggulah ana abis cite.Sebenarnya patient yang sepatutnya datang masih berada di Perlis so ana terpaksa cari patient baru- ad hoc.Lastly, ana just terbayang satu muka yang selalu sakit gigi.Haha..cepat2 ana hantar msg, pujuk punya pujuk. Oklah, dia janji nak datang. Dah pukul 10.10 batang hidung pun tak nampak, call tak angkat.Takpelah sabar menanti lagi. Then pukul 10.30 baru tiba, rupanya susah nak cari parking kat HUSM ni ye? Ana jalan kaki je.Huh, hensem gamaknya. Sampai org kat kaunter pandang semacam. Bila isi kat form- Pekerjaan : JURUTERA. Uh, perasannye dia. Baru je ikat kontrak=P. Apapun bagi ana dia adalah di kalangan org yang hensem, siap request nak pakai braces lagi. Oklah ,tengoklah mcmana nanti.Ana check gigi dia, gusi then buat scaling kat dia, harapnya dia puas hati dengan keje ana. Ana tahu dia segan sebenarnya. Tapi, hampeh...bila balik langsung tak ucapkan terima kasih ke..bagi duit raya ke..alih2 bila dah sampai rumah dia n dia tahu ana puasa sunat ari nih baru hantar sms ucap tq.Taulah hang ego, nak ego pun tengoklah tempat..itulah si dia ,tiada orang mampu menggantikannya biarpun husband ana(akan datang...jeng2)...my beloved brother. At least ana dah tunaikan janji 1/10 nak buat treatment pada family ana, my contributions to THEM. Lantas, apakah sumbangan sahabat pada family kalian? Hmm..fikir-fikirkanlah.
Setakat ini dahulu, jangan tensen2 baca entry ana ni ye. Niatkan kerana Allah insyaAllah dapat pahala dan redhaNYA.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home