Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Tuesday, November 14, 2006

Rahmat Allah

Assalamualaikum wbt, selamat pagi untuk seluruh makhluk Allah di bumi ini...

..Pada suatu hari di musim sejuk, seorang alim duduk di tingkap rumahnya memerhati hujan lebat yang turun, dengan perasaan gembira.Tiba-tiba ia terlihat jirannya yang bakhil berlari laju menuju rumahnya kerana takut bajunya yang mahal dan cantik itu basah.

Si alim menegur dengan berkata: "Wahai saudaraku, kenapa kamu berlari cepatnya? " "Aku berlari dari hujan,wahai sahabatku" jawab si bakhil.Berkata si alim: "Semoga diampunkan ke atasmu. Benarlah sesungguhnya kita berada di akhir zaman.Apakah ada manusia yang lari dari rahmat Allah?

Maka lelaki itu terasa kebenaran si Alim lalu ia pun berjalan dalam keadaan seperti biasa sehingga basah kuyup bajunya yang mahal dan cantik.Selepas beberapa hari, lelaki itu duduk berhampiran tingkap rumahnya sambil menyaksikan hujan lebat.Tiba-tiba dia terpandang si Alim berlari dengan cepatnya sambil memegang serban dan menyingsing jubahnya yang cuma ada sehelai itu sahaja.

Maka si Bakhil pun memanggil seraya berkata; "Adakah kamu telah lupa apa yang kamu perkatakan kepada saya? Apakah ada manusia yang lari dari rahmat Allah?" Si Alim pun berhenti sebentar dan menjawab: "Tidak, sesungguhnya aku berlari dengan segera ini supaya aku tidak memijak rahmat Allah ini (hujan) dengan kakiku. Kemudian segera ia berlari ke rumahnya.

..."Ya Allah, aku minta daripadaMU kebahagiaan di muka pengadilan dan tempat-tempat orang-orang yang mati syahid dan penghidupan orang-orang yang bahagia dan pertolongan mengatasi musuh.."

1 Comments:

  • At Tuesday, 14 November, 2006, Blogger A person get to know life said…

    Hmm..Kelantan masuk musim hujan,alhamdulillah rahmat Allah jua.Payung satu ttinggal kat rumah, satu lagi missing dalam bilik(peliknye) Maka sentiasalah berlari2 anak ke kuliah n klinik (tak nak pijak rahmat Allah yg bagi). Orang lain cuti, ana dan budak medic je yang sentiasa belajar. Alhamdulillah, aktif sentiasa neuron, astrocytes, dendrites n so on. Kata bekas dean ,cuti lama2 pun tak elok nanti otak tak cergas sbb tak latih selalu. Then, aktif2kanlah segala dlm minda shbt untuk kebaikan.

     

Post a Comment

<< Home