Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Friday, November 17, 2006

Sehari-hari

Nak skip lecture or pegi miting ?Seringkali dihadapkan keadaan sebegitu.Kalau iman lemah pasti akan ke miting(w/pun utk benda baik tgk aulawiyatnya), begitulah manusia selalu memgmbil jalan mudah. Bila dihadapkan situasi sedemikian, cepat2lah ingatkan diri & niat sahabat untuk berada di menara gading. Ana kembali kepada ingatan ; mak ayah ana hantar ke U bukan untuk bermalas-malasan, ponteng kuliah, datang lambat kuliah dan tak menjaga adab bila mengadap ilmu serta guru. Bila difikirkan kembali,kita jadi konsisten dan tak terikut dengan kawan-kawan yang ponteng kuliah, datang lambat dan sebagainya. Ikut dioranglah tak pergi kuliah kalau dah sememangnya pandai, kita tak pandai or terlalu pandai ke...adab tetap kena jaga. Keberkatan ilmu perlu dijaga. Alhamdulillah, hari ini Allah masih jaga diri ini.Harap sahabat pun sama.

Petang tadi, kakak dan bossnye(jiran ana) dtg ambik kat hostel, penat juga menunggu. Bergegar kete dgn lawak2 diorg plus ana sekali. Nasib baik juga adik jiran ana yang juga satu kelas ms primary school tak naik sekali, kalu tak habis ana revenge blk. Budak lelaki yg suka kenakan org, geram jgk esp bila tgk mata kuyu...mengantuk je nengok! (Pips, kak Efa ckp; mata yg menggoda...eiks, apalagi ketawa kami, tak tergoda pun.Iman high level, alhamdulillah)...ops maaf ye. Jam dah menunjukkan 6.45 pm. Sempat kot berbuka puasa.
Sesampai ke rumah, baru ana tahu mak tak berapa sihat.Demam.Batuk.Takde suara. Bila ana tanya dah ke klinik, mak sekadar jawab dah makan ubat. Ana tahu, mak tak pegi klinik tapi just ambik ubat. Hmm..mcmana ye nak ubah attitude and practice mak ana ni ye sahabat. Berdegar-degar suruh anak2 jumpa doktor, tapi diri sendiri mak selalu korbankan. Fahmi, cepat2lah grad...ayuh kita ubah attitude family kita terhadap klinik, ubat dan penyakit.

Masa sampai rumah, azan dah berkumandang. Mak tgh memasak walaupun tak sihat. Ana melantak mee kari then laksa sebab nasi dan lauk tak masak lagi. Bila dah habis solat, terfikir pulak ana, kenapalah ana tak ambik alih memasak je.Lagipun cuma masak nasi, sup ayam dan goreng ikan-benda yang ana boleh buat sendiri! Sekali lagi sesalan datang. Akhirnya ana tertidur....

Kemudian bangun solat, makan nasi dan mengadaplah pc kat rumah yg baru dibaiki selepas rosak.Ingatkan internet xdpt. Bila kat rumah guna Mozilla Firefox, best sikit. Esok, tak dptlah ana ke kuliah Tok Guru mcm biasa. Dan tak dpt turun ke program, maafkan ana sahabat.Tunggulah mak sihat sikit.InsyaAllah, ana gantikan buat benda lain.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home