Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Thursday, November 16, 2006

Buatmu Di Hari Lahir

Ulang tahunmu kali ini kubingkiskan untuk tatapan bersama.Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepada Aisyah r.a bahawa wanita ini kurang agamanya dan akalnya.Kurang agama kerana setiap bulan akan ada waktu wanita meninggalkan solatnya .Namun bukanlah bermaksud kurang iman dan taqwanya kerana selama mana ia bersabar dengan keadaan itu Allah tetap memberikan pahala.Dan kurang pada akalnya, lantaran itu dijadikan oleh Allah dua saksi perempuan mewakili seorang saksi lelaki. Justeru, bagaimana kamu dapat tutupinya, sedang telah tertulis ia sebagai fitrah seorang wanita?

Pesanku buatmu di hari ini wahai sahabat. Taatilah kepada kedua orang tuamu selagi mana tidak melanggar syariat dan laksanakanlah perintah dan hindarilah laranganNYA. Setiap ketetapan itu ada janjinya. Terpulang pada diri kita mentafsir dan mencarinya.

Mahukah dirimu ku sebutkan kembali sabda Rasulullah s.a.w yang memuliakan martabat kita?

Rasulullah s.a.w pernah bersabda : " Barangsiapa yang mengasuh atau memelihara dua orang anak perempuan sehingga besar, nanti pada hari Kiamat aku dengan dia seperti ini; sambil Nabi merapatkan jarinya" HR Bukhari dan Muslim

Tambahan lagi; "Barangsiapa yang mendapat kesusahan disebabkan mempunyai anak-anak perempuan, tetapi ia tetap berlaku baik terhadap mereka,nanti pada hari kiamat mereka akan menjadi dinding baginya dari api neraka" HR Bukhari dan Muslim

"Barangsiapa yang memelihara dua atau tiga anak perempuan atau dua,tiga saudara perempuan serta mendidiknya, maka orang itu akan masuk syurga" HR Tarmizi dan Abu Daud

Nah, sedarilah diri ini.Betapa Allah memuliakan diri seorang wanita dengan kedudukan yang tak mampu seorang lelaki mencapainya kecuali benar-benar soleh. Apakah dirimu masih mahu merendahkan martabatmu, menghina diri sendiri dan menjual murah harga dirimu dengan mengadai segala perintah laranganNYA? Fikirkanlah dengan mata hati bukan sekadar perasaan. Kerana sememangnya wanita itu terlalu kaya dengan perasaan dan emosinya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home