Rumahku Syurgaku
"Salam ..., sok i fetch u dlm kul 5 lbh lh.Siap cpt2"
Akak ana msg tadi, sambil ana upload benda dlm internet. Huh, akhirnya tercapai jua hajat nak balik rumah setelah sekian lama. Entah apa pulak yang menanti ana esok dan hujung minggu ni. Esok satu kuliah je petang, so sempatlah packing brg ckit and siapkan sedikit tugasan :kutip duit.
Rumah ana sekadar teratak buruk, pagarnya tak berganti cat.Hanya cat putih. Cuma satu je, disitulah tempat yang menempatkan sebuah ketenangan selepas masjid. Bila rungsing, bila rasa rindu, bila keletihan, bila kehabisan idea, bila exam menjelma ...rumahlah tempat tujuan ana. Biarpun buruk setara mana, disitulah ana bermula, membesar, belajar tentang berkongsi.. Dapur adalah tempat perbincangan kami, bukan sekadar berkongsi rasa makanan tetapi sebuah kehidupan. Tempat paling riuh dengan gelak tawa kami, berkongsi lawak jenaka kakak, abang, adik ana. Entah siapalah pula yang dapat award pelawak terbaik kali ni...abang akan berangkat ke Labuan untuk kerja engineer(kumpul duit untuk walimah dia, tak layan pun kami nih), kakak dpt interview keje cikgu kat Shah Alam, Fahmi insyaAllah sambung Medic...tinggallah ana di bumi Kelantan sementara Fifah di Serdang( Oit, grad skali tau.Tapi yg cheq punye special skit konvo..haha).INSYAALLAH !
0 Comments:
Post a Comment
<< Home