Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Tuesday, November 21, 2006

Credit to Fifah

Assalamualaikum wbt, alhamdulillah Allah bagi kita semua untuk melihat, bercakap, mendengar dan merasa lagi hari ini so jgn sesekali kufur nikmat ini. Qarun, Tsalabah adalah contoh kepada manusia-manusia yang tertipu dengan nikmat dunia yang sekecil-kecil ini. Cukuplah Islam sebagai nikmat untuk kita sekalian. Kadang kala manusia terlalu ego, lupa siapa yang menciptakannya, yang memberikan ia rezeki dan mempermudahkan urusannya. Itu baru hendak bersyukur tapi nak menyatakan CINTA padaNYA ...apatah lagi. Manusia sendiri merasakan terlalu sukar untuk menanamkan rasa cinta pada Allah, walaupun ia tahu akan kasih sayangNYA, budiNYA dan nikmatNYA.Segala kebaikan yang dikurniakanNYA melebihi dari manusia sekeliling mampu berikan. Sewajarnya Allah lah yang patut dicintaiNYA. Kenapa jadi begitu?

Oh, rupanya hati masih degil.Masih sakit. Hati yang sakit tidak akan menikmati keindahan cinta Allah seperti badan yang sakit tidak dapat menikmati kelazatan makanan. Itulah 'kesihatan' hati yang perlu kita ukur, tiada guna jika tubuh badan sahaja sihat tapi hati masih sakit. Masih ada dendam, benci, iri hati dan sebagainya. Maka jadilah dia seperti orang yang ada masalah psikiatri..bahkan lebih teruk lagi. Moga kita semua terpelihara dari sifat mazmumah. Maksimumkan dengan sifat mahmudah.Tak susahkan?

"Ajaib bagi orang mukmin kerana bila senang ia bersyukur lalu ia diberi pahala.Bila ia susah, dia sabar lalu diberi pahala. Dalam kedua-dua keadaan dia mendapat keuntungan"

Biarpun tenang dalam derita, rasa mulia ketika dihina, rasa lapang ketika sempit.Dalam apa jua keadaan mereka tetap beruntung dan bahagia.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu berkata. "Bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam : Jika seseorang keluar dari rumah, maka ia akan disertakan oleh dua orang malaikat yang selalu menemaninya. Jika orang itu berkata Bismillah (dengan menyebut nama Tuhan), kedua malaikat itu berkata : Allah telah memberimu petunjuk, jika orang itu berkata : Tiada daya dan upaya dan kekuatan kecuali kepada Allah, kedua malaikat itu berkata : Engkau telah dilindungi dan dijaga, dan jika orang itu berkata : Aku bertawakal kepada Allah, kedua malaikat itu berkata : Engkau telah mendapatkan kecukupan".

Imam Ahmad, At-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Al-Mubarak, Ibnu Hibban, Al-Hakim, Al-Qudha'i dan Al-Baghawi meriwayatkan dari Umar bin Khaththab Radhiyallahu 'anhu, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

لو أنكم تتوكلون على الله حق توكله لرزقكم كما يرزق الطير , تغدو خماصا , و تروح بطانا"

Ertinya : Seandainya kalian bertawakkal kepada Allah sebenar-benar tawakkal, nescaya kalian akan diberi rezeki sebagaimana rezeki burung-burung. Mereka berangkat dalam keadaan lapar, dan pulang dalam keadaan kenyang".

0 Comments:

Post a Comment

<< Home