Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Sunday, December 03, 2006

Kisah si Bulat

Hari ini si Bulat amat gembira hatinya, ayah dengan senang hati memberi peluang padanya untuk memandu kereta matrix biru ke Kota Bharu sambil singgah sebentar mengambil kakaknya di hostel yang mahu balik ke rumah. Disebabkan keesokannya si Bulat perlu kembali ke kolejnya maka beberapa keperluan yang ingin dibelinya. Dengan berhati-hati dia memandu kereta cuma kadang-kadang dia menekan brek dengan tergesa-gesa menyebabkan kakaknya yang duduk di belakang terhantuk kepala pada kerusi di hadapan beberapa kali.Mujurlah kakaknya itu seorang yang penyabar lantas didiamkan saja kesakitan yang minor itu.Di dalam kereta, perbualan rancak antara ayah, ibu dan kakaknya adalah rutin. Jarang benar kereta mahu sunyi dari celoteh manusia di dalamnya. Si Bulat masih menumpukan konsentrasi pemanduannya, mahu jadi yang berhemah katanya sekalipun terganggu dengan cakap-cakap orang di dalam kereta.

Tempat membeli belah sudah kelihatan. Si Bulat tak habis-habis tersenyum kerana dia tahu ibunya akan membiayai segala ongkos perbelanjaannya itu. Namun..sreett..tiba-tiba kejadian yang tak diingini berlaku. Si Bulat tanpa sengaja melanggar bahagian tepi sebuah kereta kancil. Muka si Bulat menjadi pucat, inilah kali pertama dia membuat kesilapan sejak mendapat lesen awal tahun ini. Itulah akibatnya, tak mahu mendengar arahan dari ayahnya yang sedari tadi memerhati pemanduannya.Nasi telah menjadi bubur. Kesian si Bulat, dimarahi oleh ayah dan ibunya.Moodnya yang baik sedikit bertukar. Mujurlah, kakaknya memahami lantas dipujuk adiknya yang satu itu. Tak mengapalah, anggaplah ia sebahagian dari pelajaran dan pengajaran agar lebih berhati-hati. Lain kali, dengarlah cakap orang yang lebih tua. Em, takpelah lupakan. Nanti takde hati pulak nak beli barang. Kakaknya cuba menceriakan hati si Bulat yang seketika dirudung kesedihan.

Si Bulat dan ayah menuju ke men's departmnt manakala kakaknya beserta ibu ke bahagian pinggan mangkuk maklumlah sekarang musim orang kahwin. Mujurlah hujung tahun ini tiada ahli keluarga si Bulat yang mendirikan baitul muslim.Jika ada pasti mencatat sejarah 2 perkahwinan dalam masa setahun.Pokailah gaji ayah dan ibu si Bulat, namun rezeki yang ada sudah melebihi.Maka duit yang selebihnya, digunakan untuk membeli tanah~jutawan tanah lah ni. Hampir sejam berputar-putar namun tiada juga pilihan si Bulat kerana saiz seluar panjang tiadalah yang bersesuaian. Harapkan tuannya yang tinggi lebih 175 cm ++ tapi kurus melidi. Maka, kakaknya menolong si Bulat mencari..adapun tak berjumpa.Eh, susah sungguh nak cari pakaian budak lelaki nih.Tengok tuh, ayah pulak yang dapat beli baju, rungut kakaknya.

Akhirnya, pencarian berakhir di samping si Bulat membeli t-shirt berkolar berwarna biru muda.Masakan tidak, selalu berbaju hitam, gelap dan suram maka kali ini dia terpaksa memilih warna selain hitam.Si Bulat akur...alhamdulillah. MISSION ACCOMPLISHED..uh, mcm main game pulak.

P/s: Adapun cerita di atas ada kaitan dengan penulis. Dan bukanlah rekaan semata-mata tapi kisah benar. Si Bulat adalah adik lelaki kesayangan penulis , 'Kakak' ..ana lah tuh. Sepetang bersama adikku ini.Moral of the story, membeli belah dgn budak lelaki nih..kadang-kdg cerewet dan memeningkan tapi taklah secerewet bdk2 perempuan( ana beli apa yang ana nak je, tak lebih2 sbb nak saving utk buku n makann. Simple N easy). Orang yang mbazir itu kawan syaitan. So jgn ikut syaitan nanti anda pun akan jadi syaitan=). Apapun, best jln2 dgn family.Tempat plg selamat ana ialah bersama keluarga, home sweet home. Jauh mana anda merantau pasti anda akan merindui tempat asal anda. Tempat jatuh lagikan dikenang.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home