Bila Hujan..
Hujan yang turun ibarat rahmatNya yang turun meliputi seluruh alam. Ada orang suka hujan sebab nak tidur, petani gembira kerana tanaman dapat diairi dan bakal tumbuh, dan tak kurang ada yang tak habis-habis merungut kerana HUJAN.
Hari ini, kaki ini terpaksa pulang ke hostelnya bukan dihantar ayah seperti biasa tetapi menaiki teksi. Suatu yang amat malas untuk dilakukan, maklumlah dah jadi spoiled brat! Best juga naik teksi, dapat jumpa berbagai-bagai ragam pemandunya. Dan sememangnya, jadi rutin untuk diinterview and so on. Tambah lagi, bila diorg tahu destination kita~HUSM. Tingginya expectation diorg pada doktor.Tapi, apa yang ada pada Dr? Tersenyum kdg2 sbb t.Guru selalu sebut psl Dr, and kebetulan ana baru perasan ada satu jalan kat KB : Jalan Doktor. "Assalamualaikum dukturah" ucapan biasa di tingkap YM. Kadang membanggakan ,tetapi kadang merimaskan jugak.Apa-apa jelah.
Kali ni, pakcik teksi bercakap pasal CINTA and seorg penumpang lagi adalah S'porean. Banyak pakcik bagi nasihat melalui pengalaman. Hehe, apalah budak kecik macam ana nih dapat? Mostly pendapat pakcik tuh, ana sokong. Pandangannya adalah pandangan seorang ayah yang kasihkan anak-anaknya, tak mahu ada yang rosak. Masa muda adalah masa paling tepat untuk menimba ilmu dan pengalaman. Buat apa nak bazirkan masa dengan benda yang tak bermanfaat. Apa guna dapat duit banyak, hidup senang lenang tapi tiada ILMU. Orang pun tak respect kan?
"Orang Kelantan nih, sekalipun miskin tapi kalau nak buat rumah..tapak dah ada.Tak payah2 nak susah" kata pak cik lagi. "Tanah pakcik tuh, semuanya pakcik dah taruh siap2 untuk anak-anak esok2". Respect ana pada pakcik nih, dia tak fikir diri sendiri tapi anak-anak. "Hati anak-anak nih masa kecik boleh lah kita pegang tapi bila dah besar-besar, orang lain pulak yang pegang" antara quote pakcik teksi. Mak ayah tak pernah menyatakan apa yang mereka mahu dari kita kecuali nak anak2 dia belajar, berjaya, bekerja dan hidup bahagia. Kita sebagai anak, hargailah peluang dan berusaha bersungguh merealisasikannya.
Pernah juga terfikir, jika ana perlu membuat keputusan antara mak ayah dan sesuatu. Mana satu akan ana pilih? Ana pilih apa yang Allah suka! Bukankah keredhaan ibu bapa itu adalah keredhaan Allah !That's right
0 Comments:
Post a Comment
<< Home