Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Saturday, December 30, 2006

Selamat Hari Raya Haji...

Assalamualaikum wbt,
Esok seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Qurban, pelik juga kat Mekah dah beraya semalam and supposedly hari ni kat Malaysia dah raya. Itulah kalau tak mahu belajar pasal ilmu falak~nak tentukan rukyah pun tak tau. Semalam ayah beria-ia pasang lagu raya, apa-apa jelah ayah. Hari ni tak terpuasa sebabnya semua bangun lambat, ayah pergi ambik adik yang baru sampai kat KB pukul 2 pagi, abang baru sampai pukul 11 pagi ni. Berkaca mata baru lagi~cap Banting kot sebelum berlepas ke Labuan awal Januari 2007 ni. Hmm..rindu lagi nampaknya. Absence make heart grow fonder..heh! Akak 2nd n husband pun baru je sampai.

Dapur menjadi tempat 'miting' terpenting kami; pagi ni makan sandwich n bihun je. Then, gi shopping. Fuh, Kelantan mmg sentiasa sesak bila nak beraya.Pemandangan yang biasa dapat dilihat. Ana n akak,Pips jalan ikut mak..macam anak-anak itik je. Tukang membawa barang, memilih dan membeli sekaligus merangkap membelanjakan duit mak. Suddenly, terserempak dgn sahabat sekolah lama yg tgh ngaji kat UM duk pilih cincin dgn maknya plus bakal zaujnya.*wink2. Tersengih2. So ana menunggu kad wangi drnya. (me? enjoy being single and learning,practicing~huhu)Next, jalan lagi...beli air nescafe...seperti yg dijangka~perut sakit memulas.Uh, ana 'alergik' dgn cafein tapi sj je nk try2. Ternampak baju baby, teringat baby Hadirah.Oh Hadirah,achik Fizah rindu sama kamu!

Sesampai kt rumah, akak tgh memasak sambil husbandnyer mengarah itu ini. Inilah 1st time tengok isteri diajar memasak oleh suami. Kantoi hang.Tapi oklah, tgh berdikit2 bljr masakan Kedah. Pips..belajar2 lah ye. Jangan tau masak sardin, potato je=) Kuang2x.
Best2 sgt, bila semua ahli gathering bersama. Rumah jadi ceria tak sesuram sebelum ini. Lgpun abang ipar jenis byk bertanya..tapi satu je soalan yg selalu dia tanya pd ana "tengah memasak ke?" Macam biasa, ana n siblings lain suka kelentong dia. Tak taulah nape, Allah kurniakan abang2 ipar yg jenis penyabar n baik2 kat rumah ni. Alhamdulillah, sabar je diorang dgn kerenah 3/4 kami nih.Teruskan bersabar deh!Nak buat mcmana, tanpa trio kami..hilanglah seri rumah cikgu Meor plus Ustazah Hasnah. Jiran sebelah pun dah masak dgn ragam kami.

Ok, nak nolong mak masak kek masam manis! Nanti ana ceritakan sama ada menjadi ke tak.InsyaALLAH bley la. Dlm bgembira jangan lupa umat Islam yang dalam kesusahan di Palestin, Iraq, Lubnan, Afghanistan dan lain-lain.Moga Allah melindungi kita semua dan umat Islam yang ditindas, berikanlah kemenangan untuk kami menegakkan syiar Islam di dunia ini.Moga Islam kan terus cemerlang.

p/s: sebelum ana akhiri posting kali nih, ada satu soalan. Adakah malaikat beragama Islam ? Ok, selamat bertanya kpd yang lebih mengetahui.
Selamat hari Raya utk kak waniey&a.hamid, kak jie, a.udin,fifah, fahmi n aisyah. Tq mak ayah byk ngajar kami pasal haji, qurban n erti pgorbanan pada kami.Ya Allah, rahmatilah kami, redhailah perjalanan hidup kami.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home