Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Saturday, January 27, 2007

Jadikan Tahun Ini Lebih Baik

Assalamualaikum wbt to all readers,
Moga hari ini lebih baik dari semalam, dan tahun ini lebih baik dari semalam. Semacam kerugian bagi sesiapa yang hari-hari yang dilaluinya masih lagi sama malah lebih rugi jika ia semakin buruk. Sudah menjadi tradisi, bila saja tahun baru muncul pasti ada azam dan cita-cita yang baru menempati dalam diri. Itu dikira bagus, kerana masih ada rasa dan keinginan untuk mencapai sesuatu yang baru yang tak didapati pada tahun sebelumnya. Namun bukanlah bererti kita akan terus maju, jika azam tahun sebelumnya masih belum tercapai. Bukan niat ana membantutkan harapan dan azam kalian,tetapi muhasabahlah. Kekurangan perlu ditampungi dan kelebihan perlu dipertingkatkan.

Carilah resolusi yang memang mampu kita lakukan, bukan sekadar menurut orang lain. Contonhya datang ke kelas, pejabat dan program 5 minit lebih awal, atau dalam masalah hati, kita tidak mahu bersifat prejudis kepada orang lain, hendak mencintai dan membahagiakan semua orang, menegur dengan penuh kasih sayang bukan atas dasar tidak puas hati(dapat dibezakan sebenarnya kalau kita menegur dengan kasih sayang atau mahu menang/tak puas hati). Ana secara jujurnya, lebih suka dan terasa amat dihargai jika ditegur oleh senior terdahulu yang dah graduate dulu2. Cara dan pendekatan yang lemah lembut tetapi tegas. Membuatkan ana lebih bersemangat untuk berubah dan memperbaiki perfomance. Kalau org tegur dgn tak elok, ana pun jadi malas nak buat(ops, tersilap niat nanti).

Pilihlah resolusi yang tidak boleh diukur, tanpa unit dimensi dan abstrak contohnya ana akan jadi orang yang lebih baik. Ini tidak boleh diukur kerana lebih baik boleh membawa pelbagai maksud iaitu baik saja, lebih baik dan lebih baik lagi

Cari resolusi yang sudah lama kita lakukan atau kebiasaanya contohnya setiap hari kita baca Quran tetapi adakah kita tadabbur dan menghayati secara jelas Quran? Maka azam kita untuk lebih tadabbur dan mengamalkannya.

Untuk ana...sekarang sudah tiba masanya ana menumpukan perhatian pada anak-anak ana yang sering ditinggalkan; Persatuan Sains Pergigian (PSG). Beberapa resolusi ana
-Update akaun Bendahari yang kreditnya masih banyak
-Follow up dengan Bendahari USM monthly
-Generate kewangan PSG dgn Exco Ekonomi
-Gunakan duit PSG untuk generate pahala dan kebaikan untuk ahli PSG
-Pertingkatkan aktiviti PSG; amar ma'ruf nahi mungkar
-Penumpuan pada akademik adik2 1st year-decrease or zero fail

Sabda Rasulullah s.a.w " Menjadi kewajipan kamu menuntut ilmu sebelum ia diangkat ke langit oleh Allah iaitu dengan matinya para ulama'. Tidak seorang pun insan dilahirkan dalam keadaan berilmu, bahkan ilmu diperolehi hanya dengan mempelajarinya"

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home