Andai Ini KetetapanMu
Aduhai hati
Redhailah setiap apa yang kau lalui
Dalam hari yang mendatang
Sabar dan teguhlah pendirianmu
Agar sesekali dirimu tak rebah
dek pukulan kehidupan
Aduhai hati
Andai dirimu hanya menganggap dunia
adalah matlamatmu
Pasti setiap hari dirimu
kan kecewa
Berendam dalam kedukaan dan dendam
Aduhai hati
Andai mata hatimu
Jauh melihat betapa indahnya
syurga betapa saujananya nikmat Allah
Pasti dirimu
tak habis-habis meminta
agar sentiasa diuji
Biar iman menggunung dalam diri.....
.......moga Allah mengampuni segala dosa dan kekurangan ana dalam memegang taklifan dan amanah yang silih berganti. Moga jadilah apa yang diri ini lalui dalam kepenatan, kesedihan, tekanan dan air mata kenangan termanis dan panduan dalam menjalani kehidupan akan datang.Terima kasih kepada yang mengkritik, membimbing dan memberi semangat...kenangan yang takkan ana dpt masa kerja nanti..jauh dari sahabat semua tapi DEKAT DI HATI..
p/s: terima kasih mak kerana memahami anakmu ini dan kerana menghadiahkan tong sampah penguin kecil pada anakmu ini=) That love will never leave..
0 Comments:
Post a Comment
<< Home