Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Saturday, February 03, 2007

Batu Kecil

Seorang pekerja pada projek bangunan memanjat ke atas tembok yang sangat tinggi.Pada suatu saat ia harus menyampaikan satu pesanan penting kepada teman kerjanya yang berada si bawahnya. Pekerja itu berteriak-teriak tetapi temannya tidak mendengar kerana suasana bising dari mesin-mesin dan orang yang bekerja sehingga usahanya sia-sia sahaja.

Oleh kerana itu, untuk menarik perhatian orang yang berada di bawah, ia cuba melemparkan wang syiling di depan temannya. Temannya berhenti bekerja , mengambil wang syiling itu lalu kembali bekerja semula. Pekerja itu mencuba lagi, tetapi usahanya yang kedua pun memperoleh hasil yang sama.

Tiba-tiba ia mendapat idea. Ia mengambil batu kecil lalu melemparkan ke arah orang itu. Batu itu tepat mengenai kepala temannya, dan kerana merasa sakit, temannya menengadah ke atas. Sekarang pekerja itu dapat menjatuhkan catatan yang berisi pesanannya ;

'Allah kadang-kadang menggunakan cubaan-cubaan ringan untuk membuat kita menengadah kepadaNYA. Seringkali Allah melimpahkan kita dengan rahmat, tetapi itu tidak cukup untuk membuat kita menengadah kepadaNYA. Kerana itu agar selalu kita ingat kepadaNYA, Allah sering menjatuhkan "batu kecil" kepada kita'

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home