Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Wednesday, July 25, 2007

Seorang Pelupa..selalu diingatkan

Assalamualaikum wbt,
Selamat datang Rejab selamat datang bulan beribadat...
Tempoh hari ada program sambutan bulan Rejab di Balai Islam, membuak-buak rasa mahu turut serta tetapi ada tuntutan sebagai pelajar perlu diutamakan. Dan pastinya, niat baik-baik yg terlintas insyaAllah dimakbulkan.Memang ana ke balai Islam tetapi menaiki AMBULANS. Kami ikut paramedic dan MO ke accident scene. Haru biru,hanyir bau darah,orang ramai berderet-deret.Kepala ana jadi pusing. Serik rasanya mahu turun ke tempat sebegitu.Naik ambulans saja dah mengecutkan perut. Melayang-layang dibuatnya.Anyway, precious experience.Bila lagi nak jumpa kan? Everyone has equal chances.

Tak sabar mahu menunggu Jumaat tiba.Kami ada date!!Date untuk menimba ilmu dari tok guru.Sudah lama rasanya, hati telah kering kontang.Menunggu masa disimbah air ma'rifat.Ayuh,sama-sama menuju ke tempat di mana seluruh malaikat turun untuk merahmati manusia di dalam majlis zikir. Manusia hanya ada satu shj masa.Bila sudah berlalu, tak dapat diundur. Kesempitan waktu bukan alasannya.

Alhamdulillah, duit scholarship dah masuk.Namun ana biasa-biasa shj.Hanya orang yg selalu 'kekeringan' shj mengalami sindrom luar biasa. Pelik juga melihat kuasa membeli wanita2 muda ni. Awal2 berbelanja sehabis mungkin bila diakhirnya maggi dan biskut kering sajalah jamuannya. Bila ana berkata demikian,pasti ada jawapan berlabuh digegendang telinga~takpelah org Kelantan,tambang murah.Siapa kata? Tambang pergi balik ke rumah ana RM 10 dan kekerapan balik lebih dr budak luar. Sebulan blh dikatakan ana habiskan RM 30 cuba darabkan dengan 10 bulan pasti lebih berganda dari tambang orang lain kan? Ingat-ingatlah orang yang membazir adalah saudara syaitan.Beli sekadar memenuhi keperluan bukan kerana nafsu,sekali sekala boleh diterima. Lagipun duit JPA tuh untuk keperluan belajar n makan minum dan buku2.Bukan utk beli perfume mahal2, mainan karut2, belanja makan besar dan sebagainya. Bersederhana itu kan lebih baik malah disukai Rasulullah s.a.w.

Untuk bersedekah sering kita teragak-agak,tetapi untuk membeli belah wang keluar bak pili air bomba.Banyak bersedekah, banyak benda baik menanti kita.Tangan memberi lebih baik dari yang menerima. Tangan kanan bersedekah tanpa tangan kiri mengetahui itu yang terbaik...

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home