Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Monday, February 26, 2007

Harga dan nilai thiqah dalam perjuangan ini...

[thanx to ikhwah2 on the net]

Dalam amal dakwah, thiqah adalah sifat yang diberikan kepada seseorang atas keperibadian mulia yang dimilikinya & kemampuannya untuk menjalankan tugas dakwahnya. Thiqah dalam amal dakwah mengakibatkan seseorang itu dipercayai untuk melakukan tugas, diterima pendapat & kata-katanya & dihormati keperibadiannya. Thiqah adalah status yang perlu dimiliki oleh semua penggerak dakwah. Tidak kira samada dia adalah pemimpin atau pengikut. Kewujudan thiqah membolehkan pemimpin dihormati & ditaati oleh pengikutnya sementara pengikut pula akan diberi kepercayaan untuk menjalankan tanggungjawab dakwahnya. Thiqah jugalah yang memastikan kemesraan antara seorang sahabat dengan sahabat yang lain.

Jadi bayangkan lah jika thiqah telah luput dari kalangan kita, pemimpin telah hilang thiqah terhadap pengikutnya & pengikut telah hilang thiqah terhadap pemimpinnya, yang muda telah hilang thiqah pada yang tua, rakan-rakan seperjuangan sudah hilang keyakinan sesama mereka. Organisasi akan porak peranda, amal dakwah akan tergendala, tanggungjawab akan terabai & setiap pihak yang terlibat pastinya akan dipersoalkan oleh Allah Ta'ala.

Apakah yang dapat mewujudkan thiqah pada seseorang?

Thiqah wujud apabila terpancar dari keperibadian seseorang itu segala nilai-nilai murni hasil dari penghayatannya terhadap Islam & perjuangannya. Di antara nilai-nilai ini, yang paling penting ialah keikhlasan, amanah & jujur dalam semua hal.
Jika sedikit sahaja orang tahu bahawa kita ini tidak ikhlas, amanah @ jujur, orang tidak akan lagi mempercayai kata-kata kita @ mentaati perintah kita @ menghormati keperibadian kita. Akibat paling buruk dari situasi ini ialah berleluasanya fitnah & tohmah & hilangnya hak ukhwah.

Perlu difahami bahawa thiqah juga adalah natijah dari ikatan hati antara manusia.
Membina keikhlasan, amanah & kejujuran bukan satu perkara yang mudah bagi kita. Ia menuntut satu mujahadah yang panjang & sukar. Mengikat hati-hati manusia juga bukan satu perkara yang mudah. Ertinya membina & memperolehi thiqah bukan satu usaha yang mudah. Thiqah menuntut satu pembayaran harga yang tinggi untuk memperolehinya.
Ironisnya, thiqah begitu mudah untuk hilang dari kita. Ia hanya memerlukan sedikit kesilapan
dari kita @ sedikit buruk sangka dari orang lain @ fitnah ke atas kita, maka hilanglah apa yag telah dibina selama ini dengan harga yang mahal.
Sekali thiqah hilang, sukar untuk diperolehi semula & jika ini berlaku, yang pertama sekali
perlu disalahkan ialah diri kita sendiri.
Bagi pejuang dakwah, thiqah adalah sesuatu yang terlalu bernilai untuk dikorbankan kerana
tanpanya bagaimana orang akan menerima ajakannya kepada Islam & bagaimana organisasinya akan diterima oleh umum.
Peliharalah thiqah orang terhadap kita, berilah thiqah kepada mereka yang berhak, layak dan jauhilah dari mencabuli kehormatan orang yang kita merasa sukar untuk menthiqahnya lagi.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home