Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Saturday, February 24, 2007

Andai Kau Paksikan Atas Sebuah Kejujuran

Assalamualaikum semua pemilik-pemilik hati yang dipinjamkan olehNYA untuk kalian. Agar kalian merasai betapa indahnya rasa berTuhan, betapa khusyuknya sekeping hati tatkala dihadapkan kepadaNYA dan betapa tenangnya andai hati redha akan segala ketentuanNYA. Benar. Bibir mudah melafazkan sabar tapi hatilah yang remuk menderita. Namun, cukup sahaja kekecewaan dan kesedihan dinoktahkan seketika.Usah diperpanjangkan.

Sungguh sukar melihat orang yang jujur. Kerana sebuah kejujuran bukan dinilai secara pancaindera mata atau telinga, tetapi ia jauh terperosok ke dasar hati. Banyak orang yang menulis, tetapi berapa ramai yang menulis secara JUJUR. Jujur pada diri sendiri dan jujur jua pada manusia lain. Terkadang membaca tulisan sebegini, terasa macam ada sesuatu yang tersembunyi dan sengaja disembunyikan. Kata-katanya elok saja tetapi tidak menyelami dasar hati si pembaca~tiada rasa nikmatnya! Betul.Jika sesetengah mengatakan kita membaca bukan untuk merasakan nikmatnya tapi ilmu...Mungkin iya mungkin tidak. Namun, andai kita ikhlas menyampaikan pasti antara pemilik-pemilik hati akan tersentuh jua. Sebagaimana kita menasihati orang. Dalam menasihati, tidak dinafikan andai si penasihat tadi berupaya mengikat hati orang yang dinasihatinya insyaAllah, pasti Allah bukakan hatinya untuk menerima. Samalah seperti menulis.

Ada yang menulis entah apa-apa sahaja prosa ayatnya, tetapi di dalam ayatnya sudah terbias betapa jujurnya ia menulis tentang dirinya dan hidupnya. Kalian pasti sahaja sudah melayari pelbagai laman tulisan. Ada yang biasa-biasa sahaja(spt blog ini), ada yang banyak sekali cicipan atau link di bahagian tepinya (mungkin untuk memudahkan pembaca), ada yang berirama, berseni.bersiasah,bertasawuf,berpendidikan,berkongsi pengalaman hidup dan sebagainya. Semuanya bergantung kepada si penulis tadi, apa yang ingin ia fokuskan dan dihidangkan kepada pembaca.Kita tidak boleh menyamakan dan meniru gaya penulis lain, binalah identiti sendiri bukannya kerana mengikut kehendak pembaca atau ingin memuaskan hati mereka tetapi kerana KITA JUJUR PADA DIRI SENDIRI.

Setelah lama menulis,lantas tertanya pada diri sendiri; sekian lama menulis berapa persen kejujuran yang telah aku letakkan ke dalam tulisanku? Miah bil miah? Au la?Ya Allah, betapa sia-sianya aku menulis selama ini.Kosong sahaja.

“Ikhlas adalah bilamana kamu mengeluarkan dirimu dari dalam dirimu dan kamu dapat melihat sendiri bagaimana keadaan dirimu setelah melakukan perbuatan itu'

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home