Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Monday, July 07, 2008

Selamat Menanti dan Terus Menunggu

Assalamualaikum wbt,
Penantian demi penantian, tak kunjung sudah doa dan pengharapan. Akhirnya dapat juga bekerja. Syukur bukan? Bukan kita mencari kerja, tetapi kerja mencari-cari kita. Amat depresi sekali, berlama-lamaan di rumah. Saya sudah kebosanan merencana apa masakan setiap hari, itupun sebab orang di rumah ini mempunyai pelbagai variasi. Boleh makan itu tapi tak boleh makan ini. Seafood pun jangan haraplah nak jumpa kecuali saya merayu-rayu seperti seorang anak kecil pada ayah untuk membeli. Kalau mak, hmm..gigit jari sajalah saya.Tapi disebabkan pantang serba serbi, mak dan ayah dapat mengekal awet muda mereka (anak2nya takde kesan lg, sbb masih muda belia). Orang tua banyak pantang larang tapi itulah yang menjadikan mereka kuat dan sihat.Tidak seperti orang muda, baru cabut rumput tak sampai semeter persegi sudah letih..saya lah tu.

Cat pagar rumah sudah berganti,maka Pips jangan pulak silap rumah ye. Kami bertiga(ayah, fahmi dan saya) begitu bersungguh-sungguh dalam melaksanakan misi ini. Semua yang lalu lalang asyik menegur. Takde ribut, takde taufan alih-alih cat rumah. Maaf ye, tahun ni takde kenduri kawin sape lagi.So sape-sape yang nak kawin, maka inilah bonus untuk anda. 'Ayah, tengoklah k.Fizah ni mengecat macam orang nak main golf'. Sebenarnya adik saya itu agak jeles, kebanyakan motor dan kereta asyik perlahan je bila saya tengah mengecat. Apa? Tak pernah tengok orang perempuan mengecat ke?

Sekarang ini, saya menumpukan tenaga pada kerja-kerja orang lelaki. Tukar tayar dah pandai, tukar lampu pun udah, mengecat lepas...apa lagi ye? Baru variety kan..maka dengan ini saya mengumumkan bhwa wang hantaran pun akan berganda,sebab saya kan punya banyak kepakaran..haha.Sah,sah..xde orang berani kawin dgn orang sebegini. Takpelah,jodoh kan di tangan Allah. Pertamanya, selamat berdoa dan berusaha, moga jodoh yang baik-baik aja. Klu dah jumpa tu, jangan tangguh lama-lama nanti anda pulak yang menangis tak berlagu atau gigit kuku jelah.Zaman sekarang amat susah nak jumpa orang yang berhati baik, elok pekertinya dan teguh agamanya.Keduanya, selamat belajar jadi berani dan optimis.

Buat adik-adik yang disayangi dan diingati, masa yang ada gunakanlah sebaiknya jangan bazirkan walau sesaat. Bersikaplah seperti org yang optimis dalam segenap hal dan bertindaklah sewajarnya mengikut percaturan. Cakap-cakap orang mampu melemahkan kita tapi jika kita ingat pada janji Allah bersama orang yang sabar kita mampu bangkit menerjah mehnah. Pemuda yang baik bukanlah yang mengikut arus tetapi arus mengikutinya. Jika kita benar, pasti suatu masa kebenaran akan terbukti walau betapa kerdilnya diri kita. Selamat bersabar dan bekerja kuat.

p/s: tiba-tiba saya jd emo bl teringat 5 tahun yang sudah.

Labels:

Tuesday, June 24, 2008

Saya Sudah Jatuh Cinta ?


Kata orang-orang tua, 'dari mata jatuh ke hati'. Itukah tafsiran dan proses sebuah cinta? Adakah ianya termaktub hanya untuk definisi 'love at the first sight' atau cinta pandang pertama? Saya pun tak percaya. Ingat juga masa di Maahad dulu, sekumpulan pelajar universiti( u mana,saya rahsiakan), mengedarkan a set of questionnaires pada form five berkaitan dengan cinta. Saya tak punya hati mahu menjawab soalan itu, maksud saya adakah pelajar U masa itu punya mentaliliti dan pemikiran setakat itu shj? Hilang sudah respect dan kekaguman pada mereka yang sepatutnya menonjolkan kewibawaan dan ketokohan sebagai mahasiswa. Tapi hairan juga melihat kawan-kawan yang lain beria-ia menjawab. Saya hanya jenguk-jenguk melihat apa jawapan mereka.
Salah satunya yang masih saya ingat; apakah perkara pertama yang anda lihat sebelum jatuh hati pada pasangan anda? Ada yang jawab ; rupa, attitude, harta dan sebagainya. Amat murah kalau cinta dipandang dan dinilai sedemikian, tapi itulah manusia. Siapalah saya untuk mengkritik manusia, kerana saya juga adalah seorang manusia. Apapun saya punya prinsip dan nilaian saya tersendiri terhadap cinta.
"It is impossible to love and to be wise.Natural abilities are like natural plants, that need pruning by study; and studies themselves do give forth directions too much at large, except they be bounded in by experience"-- Francis Bacon
Fitrah manusia memang memerlukan cinta, cuma aturannya ada priority. Ada cinta yang perlu diutamakan dan ada cinta hanya perlu dikesampingkan. Cinta pada Pencipta itu yang diutamakan tapi sekaligus tidak menafikan cinta sesama manusia. Dan seiring dengan cinta perlu ada pengorbanan. Seorang ayah sanggup berkorban demi mencari rezeki untuk anak-anaknya, seorang sahabat rela mengalah demi sahabatnya yang lain, seorang ahli berkorban masa dan fikirannya demi kelangsungan sebuah organisasi yang dianggotainya. Semua itu bukti sebuah kecintaan. Kalau anda tak mahu berkorban, lupakanlah sahaja segala cinta yang anda impikan.
Apapun, cintailah seseorang berpada-pada dan sekalipun membenci jangan melampau batasan.
QuoTes of the Day
Shoot for the moon. Even if you miss it you will land among the stars. -- Les Brown
Do not pray for easy lives. Pray to be stronger men! Do not pray for tasks equal to your powers. Pray for power equal to your tasks. -- Phillips Brooks

Labels:

Friday, June 06, 2008

Get Going Gone

For this mean time, I'll be away for some refreshment and tafakur..Till then,enjoy life and work hard.

Labels:

Wednesday, January 30, 2008

Ke Akhir Waktu

"Sahabat itu bukan bila engkau berkongsi kesukaan
Sahabat itu bukan bila engkau berkongsi perasaan
Sahabat itu bukan bila engkau berkongsi kegembiraan
Sahabat itu bukan bila engkau berkongsi keriangan

Sahabat itu bila engkau berkongsi perjuangan...

~Kdg2 saya tak faham seorang 'sahabat'.Dan saya sudah lelah memaknakan erti sahabat. Adakala yg jauh lbh baik dari yang dekat dan begitulah sebaliknya.Kerap kali saya 'melarikan diri' kerana sukar utk saya depend pada sahabat.Dan sebab itu, saya lebih suka dikenali sbg -lone ranger.Sendirian adalah seni buat saya.Ada masa beramai,ada masa keseorangan itu lebih tenang.Prinsip saya mudah.Tapi bukan semua yang faham dan tak saya pinta pada semua untuk memahami.Tapi setiap yang saya lakukan pasti ada alasan tersendiri.Allah jua yang lebih tahu.

Oh,Hafizah ketepikan semua itu.Emosi itu peratusan kecil saja buat masa ini.Sekarang tumpukan pada undergraduate course anda yang berbaki beberapa bulan sj.InsyaAllah.Ala kulli hal,maafkan saya seorang sahabat yang lemah dan kurang prihatin tentang sahabatnya.

~tiba2 saya jadi rindu pada shbt muslimat matriks, seusrah dan satu aras.Rindu sungguh2 pada mereka.Walau masa tak sampai setahun,Allah bagi ruh padanya.Maaf utk saya katakan,saya lbh mengenali shbt matriks lbh dr uni. w/pun jrg contact,bjumpa.Tapi saya akan lebih berterus terang dengan mereka yang sedia mendengar.

p/s: shbt muslmn pun begitu jg!rindu utk lihat telatah yg entah apa2 tu.By the way,truskn sifat caring antum tu.Terasa lucu pulak bila teringat cite2 dulu,cerita org kena tipu,orang yang merajuk,orang kena kejar anjing,orang berkonspirasi etc.

Labels:

Sunday, July 15, 2007

In the Journey of Life

Assalamualaikum wbt,
Sungguh tidak adil utk menamatkan riwayat ruangan ini secara tiba-tiba. Kalian tak punya salah apa-apa tetapi penulisnya sentiasa salah. Kerana setiap anak Adam itu berdosa,sebaik-baik manusia ialah yang bertaubat..Kerana memikirkan keadaan sentiasa berubah dan naik turun adalah sukar rasanya utk istiqamah.

Minggu-minggu ana telah diliputi pelbagai peristiwa menyebabkan priority diletakkan kepada keluarga. Menebuskan kembali masa yang telah luput. Nenek makin tidak stabil kesihatannya, ibu saudara tgh berpantang~aqiqah minggu depan, maka tidak dpt tidak ana yg duduk berdekatan terpaksa balik menolong. Minggu ini, ayah berkursus ke Sg Petani mujur ada adik lelaki yg blh bjaga-jaga. Risau juga kadang-kadang. Mungkin beginilah bila umur bertambah, diri sendiri bukanlah yang utama malah terkebelakang. Belajar untuk lebih responsible dan berfikir demi orang lain.

Masuk final year bukanlah membanggakan kerana masa depan masih samar-samar.Maka jangan cuba untuk menyombongkan diri, memandang orang lain dengan sebelah mata kerana kita tidak tahu apa yang bakal menanti. Takut sebenarnya, memikirkan apa yang bakal kita hadapi.Namun bersyukur di atas nikmatNYA.

Hidup perlu ada fokus ada hadaf dan ada achievement. Betul kata Dr td, orang Melayu sebenar pandai cuma malas.Kalau rajin, pasti lebih berjaya kerana kita mempunyai kelebihan~kita punya Allah. Maka, ana niatkan dlm hati utk melakukan yang terbaik semata-mata mencari redhaNYA. Abaikan perkara yang remeh2, sambil berbual dgn Dr~Dr nasihatkan kahwin awal since he got married ms yr 4.Kami senyum sj, maklum shj antara kami di situ tiada yg bkahwin lg. Kami hanya mengangguk tanda setuju~ it's depend on ourselves sebenarnya. Ana tak habis lg nk bmanja dgn mak ayah n siblings..tunggu shj lah.Selesaikan yang mana patut dulu. Best jugak jd accident&emergency physician. Rules no 1: Don't Panic.

Ini mungkin yang terakhir dr ana..mungkin juga tidak.Sama-sama nantikan...

Labels:

Saturday, June 09, 2007

Ikan Masak Tempoyak


Ingridients :

Tempoyak
Ikan kembung
Kunyit
Lada merah
Bawang merah
Garam
Asam keping
Air


Cara-caranya :

Tumbuk lada merah beberapa biji dengan kunyit besar ibu jari sampai lumat pastu hangpa masukkan bawang merah 2-3 ulas pun sampai lumat then taruklah tempoyak beberapa sudu.Jgn lebih2,dak best pekat2 ni tau dak. Lepaih tu, bubuh ayaq/ayo..klu mandang pi tadah ayo hujan.Kacau2 dgn lesung tapi baik2 jgn tumpah udoh le. Sediakan periuk or kami guna mangkuk kaca ja,senang nk nengok ikan berenang2. Tambah lagi ayo untuk kuah yang banyak pastu masukkan ikan yg dh disiang n asam keping(pips,cheq bkn xtau siang ikan tp malaih nk hanyir2 ni.Alih2 kak jie sakit tgn..cheq jgk kn wat noo..).Lastly pasanglah api~bila mgelegak br tambah garam. Then rasalah ikut lidah msg2.~Sekian,akan dtg spagheti. Spagheti biasa no...bukan spagheti lasagne ke..pasta ka.Adieu.


__best masak2 esp klu ada org sanggup mkn_nak cari calon, carilah yg pandai memasak, masak nasi pun oklah_wat bubur nasi~hoho

Labels:

Wednesday, April 18, 2007

So Exhausted, What To Do?


I'm sorry..hundred times to be sorry.It's awful to feel like this..but what can I do?


Last Monday - Clinical Exam Pedodontics..I tried my best but time envied me. Mark already given=(

Last Tuesday - Patient turns up late, research proposal just been submitted, I ended up at 7.15 pm discussion with Dr..ah, my body ached.My eyes so heavy..yet had to finish the proposal presentation till late night. Had to find my own patient for Class II restoration or...someone FAIL!

This Wednesday - Clinic early morning till noon..sometimes miss my lunch..entirely this week. I even didn't breakfast. My BMI already giving the reading~UNDERWEIGHT. At 215 pm we sat for MCQ Pedo exam~I admit that I didn't revise AT ALL! Just depend on my old memory hard disk.


Finally, I'm here.Waiting for tomorrow~RESEARCH PROPOSAL PRESENTATION in front of 3 panels doctors and a statistician. For better or worse...this is my entire week. Final year 4 exam just 2 weeks ahead! Sorry, I cannot give any commitment for outside activities, help in need and so on. GTG

Labels: ,

Friday, March 23, 2007

Tindakan Israel menggali kawasan suci di Palestin dianggap perbuatan biadab mesti dihalang


SEJAK kelahiran Islam 1440 tahun yang lalu, Masjid al-Aqsa di bawah pemerintahan tiga kuasa agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Masjid al-Aqsa di bawah pemerintahan Islam selama 1200 tahun, Kristian (88 tahun) dan Yahudi (59 tahun).


Perlu dinyatakan di sini bahawa Masjid al-Aqsa pernah berada di bawah kuasa konspirasi antarabangsa moden (Inggeris dan sekutunya menerusi Perjanjian Balfour) dari 1917 hingga munculnya Israel pada 1948.


Kawasan Masjid al-Aqsa adalah satu-satunya negeri yang penyerahannya dilakukan oleh khalifah sendiri. Demi menghormati Masjid al-Aqsa dan permintaan penghuni Kristiannya, Khalifah Umar ibn al-Khattab meluangkan waktu dari Madinah pergi menuju Baitulmaqdis menerima kunci kota itu. Beliau turut membuat perjanjian bertulis disebut al-Ahdah al-Umariyah yang menyatakan bahawa orang Kristian mengamanahkan kepada Umar diri mereka, harta, gereja, keturunan, orang sakit, orang sihat dan semua kepercayaan mereka di sana, untuk dijaga dan dipelihara oleh pemerintahan Islam. Dari sinilah bermulanya pemerintahan Islam selama 1200 tahun hingga 1917.


Selepas 400 tahun pembukaan Masjid al-Aqsa oleh Umar, ia jatuh ke tangan pemerintahan Kristian. Ia ditakluki Raymond Tolouse, seorang keluarga diraja dari Toulouse, Perancis. Beliau memimpin tentera Salib menuju al-Quds. Jumlah mereka hanya sekitar 1,000 tentera berkuda dan 5,000 pasukan infantri. Pada 1099M, mereka berhasil memasuki Palestin dengan melalui Acre. Selepas itu mereka menduduki Ramleh, Lod dan Baitulaham. Pada 7 Jun 1099M, pengepungan wilayah al-Quds dimulakan. Iftikhar al-Dawlah adalah penguasa yang dilantik Kerajaan Fatimiyah di sana. Kota ini dikuasai pada 15 Julai 1099.


Tentera Salib terus menyerang umat Islam selama seminggu. Mereka berhasil membunuh lebih 70,000 muslim di dalam Masjid al-Aqsa, termasuk pemimpin, cendikiawan dan orang yang sedang beribadah. Malangnya, Kerajaan Fatimiyah dan Abbasiyyah tidak berbuat apa-apa untuk membantu, mereka hanya diam membisu melihat peristiwa ini. Al-Quds dikuasai oleh tentera Salib, Godfry Gouillon, yang dengan rendah hati menyebut dirinya dengan jolokan Pembela al-Quds.


Lapan puluh lapan tahun kemudian, iaitu pada 1187, Masjid al-Aqsa kembali ke tangan umat Islam di bawah pimpinan Salahuddin al-Ayyubi. Pada 20 September tahun itu, pengepungan ke atas kota al-Quds bermula. Di dalam kota ada seramai 60,000 pasukan Salib yang semuanya memutuskan untuk lebih baik mati daripada menyerahkan wilayah kota berkenaan. Pada masa pengepungan berlaku beberapa pertempuran. Pasukan Islam berusaha untuk merempuh masuk dan menyerang. Akhirnya, tentera Salib Eropah menuntut damai dengan meminta kota itu diserahkan kepada mereka dan apabila permintaan itu tidak dipenuhi mereka mengancam akan membunuh ribuan tawanan Muslim.


Mereka juga mengugut akan membunuh kaum wanita dan keturunan mereka yang Kristian, membakar dan menghancurkan seluruh harta benda, membunuh binatang ternak, merosak Masjid al-Aqsa dan Batu Shahrah, lalu mereka keluar untuk bertempur hingga ke titisan darah terakhir.


Salahuddin yang berbincang dengan sahabatnya kemudian bersetuju untuk berdamai. Lalu diberikan kepada mereka perdamaian. Akhirnya umat Islam mencapai kemenangan ke atas al-Quds pada 2 Oktober 1187M. Di sini nampak jiwa tolak ansur dan kasih sayang Salahuddin yang juga diakui oleh kebanyakan orang Kristian.


Begitulah akhirnya Baitulmaqdis kembali diperintah di bawah bendera Islam selepas 88 tahun dikuasai tentera Salib. Keagungan dan kemuliaan Masjid al-Aqsa dikembalikan, suara azan kembali berkumandang.


Pada 1948 pemerintahan baru menguasai Masjid al-Aqsa selepas tentera Yahudi menaklukinya. Ini diakui seorang wartawan Israel, Gad’on Levy, menerusi artikelnya di akhbar Israel Ha’aretz mendedahkan mengenai kejahatan dan penindasan terancang Israel terhadap tempat suci di Palestin. Dalam artikelnya itu, Levy menulis dengan berdirinya entiti Yahudi Israel di Palestin, mereka mula menodai nilai bangsa lain. Tidak kurang daripada 400 desa Palestin diporak-perandakan pada 1948. Padahal di desa berkenaan ada 400 masjid yang juga dihancurkan dan 400 gereja milik Kristian turut menjadi mangsa kekejaman Israel. Israel tidak meninggalkan jejak sejarah apapun di desa itu dan kubur yang ada didalamnya dibongkar manakala masjid, ada yang dihancurkan dan ada yang dikotori.


Hari ini selepas 59 tahun Masjid al-Aqsa dikuasai tentera Zionis Israel, rancangan tersembunyi dan jahat mereka ke atas Masjid al-Aqsa terdedah dan didedahkan lagi. Seperti dilaporkan awal minggu ini bahawa kegiatan menggali dekat Masjid al-Aqsa atas sebab mencari tinggalan sejarah Yahudi akan diteruskan oleh pihak berkuasa Israel, meskipun Israel menghentikan pembinaan satu laluan ke dalam Kota Lama yang menempatkan rumah ibadat berkenaan.


Walaupun pihak berkuasa Israel menolak kebimbangan al-Aqsa akan rosak termasuk Masjid Omar yang dikatakan dibina kononnya di atas bekas tapak kuil Yahudi purba, umat Islam masih meraguinya. Ketua Mahkamah Palestin, Syaikh Taisir Tamimi meminta kaum Muslimin tidak mudah terlena dengan janji Zionis yang akan menghentikan sementara penggalian di Maghariba, wilayah Masjid Al-Aqsa. Katanya, apa yang dilakukan Zionis Israel yang menghentikan penggalian di sekitar Masjid al-Aqsa itu mempunyai tujuan lain iaitu menghentikan reaksi kemarahan masyarakat dan kaum Muslimin yang sudah meluas ke seluruh sudut kota Palestin bahkan ke beberapa negara Arab dan Islam, serta mengundang tekanan antarabangsa terhadap penjajah Zionis sendiri.


Syaikh Tamimi dalam keterangannya yang disampaikan kepada Palestine Information Center menegaskan bahawa sehingga saat ini beberapa pertubuhan Zionisme ekstrim sesungguhnya masih tetap melanjutkan penggalian dan menghancurkan kawasan sekitar Masjid al-Aqsa, khususnya pintu Maghariba, secara diam-diam. Beliau meminta masyarakat antarabangsa terus menekan Zionis Israel supaya menghentikan kerja menghancurkan Masjid al-Aqsa.


Pakar Zionisme, Nawwaf al-Zuru dalam tulisannya menyatakan ada 10 fasa menghancurkan Masjid al-Aqsa. Israel tidak hanya pandai membuat teori menghancurkan Masjid al-Aqsa tetapi mereka sudah melakukan 10 fasa untuk merobohkan tempat suci umat Islam itu, kemudian dibangunkan haikal Sulaiman di atas puing-puingnya.


Fasa I: Dilakukan sejak 1967 hingga akhir 1968 dengan menggali terowong 70 meter di selatan Masjid al-Aqsa di belakang menara masjid.


Fasa II: Dilakukan dari 1969 hingga 1970 dengan menggali terowong 80 meter dari pagar Masjid al-Aqsa.


Fasa III: Dilakukan dari 1970 hingga 1973, Israel menggali terowong di bawah Mahkamah Syariah dan di bawah lima pintu masjid al-Aqsa, al-Musalsal, al-Muthahirah, al-Qatthanin, al-Hadid dan Alauddin al-Basyri di samping terowong yang ada di bawah empat masjid dan menara masjid Qaithabi dan Suuq Al-Qatthanin. Penggalian terowong dan aktifak Yahudi ini menyebabkan sebahagian daripada bangunan Mahkamah Syariah berubah menjadi gereja dan peninggalan bersejarah perjuangan suku Kurdi Islam dan sekolah Al-Jauhariah mengalami kerosakan.


Fasa IV-V: Dilakukan sejak 1973 hingga akhir 1975 dengan penggalian daerah bahagian belakang gerbang selatan sepanjang bahagian timur bawah Masjid al-Aqsa, pagar Masjid al-Aqsa bahagian timur sepanjang 80 meter juga mencakupi penggalian bahagian bawah Masjid al-Aqsa.


Fasa VI: Kegiatan dilakukan mulai 1975 dengan tujuan menghilangkan kubur Sahabat Nabi dan mendirikan beberapa tempat pelancongan nasional Israel di atasnya.


Fasa VII: Ini dilakukan sesuai dengan projek Dewan Kementerian Israel pada 1975 yang merampas infrastruktur milik Islam hingga pagar Al-Barraq (al-Mabkaa) dan diteruskan dengan penggalian di bawah bangunan Mahkamah Syariah dan perpustakaan Al-Khalidiah dan pojok Abu Madin al-Ghauts dan semuanya roboh, ditambah 35 rumah warga lainnya.


Fasa VIII: Fasa yang bermula daripada permulaan tahun 80-an dengan slogan mengungkap harta karun Kerajaan Israel ini adalah penggalian yang sangat berbahaya yang pernah di alami oleh Masjid al-Aqsa. Sebab banyak penggalian yang masih dilakukan secara sembunyi oleh Israel. Sebahagian penggalian ini diungkap oleh laporan kepala daerah Um Alfahm, Raid Shalah seperti Lembaga Al-Aqsa dan Jabatan Waqaf di Al-Quds. Pada saat itu sempat terjadi pertentangan antara Israel dengan jemaah. Di tengah-tengah pertentangan ini penggalian dilakukan di bawah Masjid al-Aqsa.


Fasa IX: Dilakukan pada 1981. Pembukaan terowong yang ditemukan Kolonel Inklizi Charles Warn dibuka dan kemudian ditutup semula. Terowong itu bermula di bahagian bawah pintu Al-Muthahharah antara pintu Al-Silsilah dan Al-Qathanin hingga ke pintu Magharibah dan ke bawah Masjid al-Aqsa. Israel mendakwa bahawa tembok yang terdapat di terowong adalah milik Haikal Sulaiman yang mereka sebut dengan terowong Hasyumunaim. Pada fasa ini dilakukan penggalian terowong di bawah bangunan Mahkamah Syariah pada 1987 dan di bawah sekolah Al-Tankiziah. Terowong dibina sehingga ke sebelah utara Masjid al-Aqsa. Akibat kegiatan penggalian ini sejumlah bangunan, sekolah dan bangunan kedai mengalami kerosakan malah ada yang roboh. Penggalian ini juga mengakibatkan gerbang utama Jabatan Waqaf, roboh.


Fasa X: Sebahagian terowong Hasyumunaim yang panjangnya kira-kira 250 meter dibuka selepas hari raya Pengampunan Yahudi pada Isnin 24 September 1999. Pengumuman pembukaan yang dihadiri oleh pejabat tinggi Israel ini menyebabkan perselisihan atau pertentangan antara Israel dan Palestin paling sengit berlaku di Masjid al-Aqsa. Pemerintah Israel tergesa-gesa menutupnya. Israel menggali terowong di bawah Masjid al-Aqsa sepanjang 400 meter dari kampung Barat Arab hingga di tapak tembok Al-Barraq di bahagian utara kampung Islami. Jika tindakan itu diteruskan, sewajarnya kita bimbang Masjid al-Aqsa, kiblat pertama kita dirobohkan? Jika berlaku, sewajarnya orang Kristian juga bimbang dan khuatir tempat suci mereka dirobohkan. Begitu juga, sewajarnya orang Yahudi juga bimbang dan khuatir apabila tempat suci mereka dirobohkannya walaupun Zionis mengatakan lain? Oleh Abdurrahaman Haqqi, Berita Minggu 18 Februari 2007
-------------------------------------------------------------
Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya; dan Dia lah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui.(Al-An'aam:115)

Labels:

Monday, February 26, 2007

Taklifan

'Berdirilah tegak memperjuangkan pendirian selama hidupmu! Sesungguhnya hayat itu hanya bererti bila diisi dengan pendirian dan perjuangan' (Syauqi)

Sabda Rasulullah s.a.w: 'Kasihlah semua yang di bumi, nescaya kamu dikasihi oleh yang di langit'

.....Ada surat bertukar tangan petang tadi. Dia mengerut dahi seraya menerima surat bersampul coklat. Cuba bertanya tapi sahabatnya tersenyum. Aduh, sahabat jauh manalah yang masih berkirim-kirim warkah ni? Takde ribut, takde hujan.Alih-alih ada surat.Sudahlah bergam rapi.Di zaman serba moden ini, masih ada orang yang konservatif.Bagus juga, samalah dengan diri ini.Tulisan agak cantik, sahabat akhawat mana lah yang cuba menguji akal ini?

Bila melihat ayat pertama, dia tergelak seketika. Sahabatnya cuma memerhati,ingin jua mengetahui apa yang membuatnya geli hati. Separuh isi surat dihabiskan, tetiba hatinya jadi terharu. Surat ini bukan surat biasa, tapi bukan kerana penulisnya. Cuma kerana surat ini mengingatkan pada TAKLIFAN yang sudah lama ia pinggirkan lantaran kerja akademik yang didahulukan.

Dalam ketawa, hatinya meruntun hiba.Terkenang saat tangan menerima watikah perlantikan. Senyum.Sedih.Semua silih berganti. Dia tak berlaku amanah, dia alpa, dia cuai. Ketawa kecilnya terhenti, seluruh isi surat ditatapnya dengan pandangan kabur. Dia mahu menangis, tapi dia melawan. Lambat-lambat dia memerhati sahaja tulisan tangan, kemudian tanda nama penulis, ........

Dia tahu, rakan sejawatnya alias partnernya setia mengingatkannya. Setiap bulan, cuma dia agak malas membalas. Serik juga, buat kerja seorang diri.Sekarang, Allah dah bagi partner yang bertanggung jawab..dia pula makin tak acuh. Bersalahnya dia! Surat dilipat kemas.Dia tersenyum, senyuman yang memberi harapan.Dia ada keazaman, dan untuk itu dia semestinya mahu berusaha.Segalanya dengan izin Allah jua.

Labels: