Selamat Menanti dan Terus Menunggu
Assalamualaikum wbt,
Penantian demi penantian, tak kunjung sudah doa dan pengharapan. Akhirnya dapat juga bekerja. Syukur bukan? Bukan kita mencari kerja, tetapi kerja mencari-cari kita. Amat depresi sekali, berlama-lamaan di rumah. Saya sudah kebosanan merencana apa masakan setiap hari, itupun sebab orang di rumah ini mempunyai pelbagai variasi. Boleh makan itu tapi tak boleh makan ini. Seafood pun jangan haraplah nak jumpa kecuali saya merayu-rayu seperti seorang anak kecil pada ayah untuk membeli. Kalau mak, hmm..gigit jari sajalah saya.Tapi disebabkan pantang serba serbi, mak dan ayah dapat mengekal awet muda mereka (anak2nya takde kesan lg, sbb masih muda belia). Orang tua banyak pantang larang tapi itulah yang menjadikan mereka kuat dan sihat.Tidak seperti orang muda, baru cabut rumput tak sampai semeter persegi sudah letih..saya lah tu.
Cat pagar rumah sudah berganti,maka Pips jangan pulak silap rumah ye. Kami bertiga(ayah, fahmi dan saya) begitu bersungguh-sungguh dalam melaksanakan misi ini. Semua yang lalu lalang asyik menegur. Takde ribut, takde taufan alih-alih cat rumah. Maaf ye, tahun ni takde kenduri kawin sape lagi.So sape-sape yang nak kawin, maka inilah bonus untuk anda. 'Ayah, tengoklah k.Fizah ni mengecat macam orang nak main golf'. Sebenarnya adik saya itu agak jeles, kebanyakan motor dan kereta asyik perlahan je bila saya tengah mengecat. Apa? Tak pernah tengok orang perempuan mengecat ke?
Sekarang ini, saya menumpukan tenaga pada kerja-kerja orang lelaki. Tukar tayar dah pandai, tukar lampu pun udah, mengecat lepas...apa lagi ye? Baru variety kan..maka dengan ini saya mengumumkan bhwa wang hantaran pun akan berganda,sebab saya kan punya banyak kepakaran..haha.Sah,sah..xde orang berani kawin dgn orang sebegini. Takpelah,jodoh kan di tangan Allah. Pertamanya, selamat berdoa dan berusaha, moga jodoh yang baik-baik aja. Klu dah jumpa tu, jangan tangguh lama-lama nanti anda pulak yang menangis tak berlagu atau gigit kuku jelah.Zaman sekarang amat susah nak jumpa orang yang berhati baik, elok pekertinya dan teguh agamanya.Keduanya, selamat belajar jadi berani dan optimis.
Buat adik-adik yang disayangi dan diingati, masa yang ada gunakanlah sebaiknya jangan bazirkan walau sesaat. Bersikaplah seperti org yang optimis dalam segenap hal dan bertindaklah sewajarnya mengikut percaturan. Cakap-cakap orang mampu melemahkan kita tapi jika kita ingat pada janji Allah bersama orang yang sabar kita mampu bangkit menerjah mehnah. Pemuda yang baik bukanlah yang mengikut arus tetapi arus mengikutinya. Jika kita benar, pasti suatu masa kebenaran akan terbukti walau betapa kerdilnya diri kita. Selamat bersabar dan bekerja kuat.
p/s: tiba-tiba saya jd emo bl teringat 5 tahun yang sudah.

Labels: Cerita Itu Ini
0 Comments:
Post a Comment
<< Home