Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Tuesday, May 27, 2008

Jom Membebel..

Assalamualaikum wbt to all redears,
Kali ni, saya akan sedikit merapu seperti biasa. Kerana saya kurang suka menulis entry yang skema2. Oh, saya penat untuk menjadi skema. Gembira selepas 5 tahun sengsara?Mungkin ya,mungkin tidak. Sebabnya dugaan paling getir akan melanda selepas kerja, itu kata senior2.Entahlah, belajar sepanjang masa pun seronok jugak kan.Tak perlu pening-pening kepala.Selepas ini, saya akan pasti pening dengan time,financial dan self management. Mampukah saya?Cece..mcm Amazing Race pulak.

Ini luahan hati saya. Mungkin ramai akan terasa . Ya, seperti mana saya dan sahabat lain terasa hati dengan kamu semua. 'Dental senang aje! ''Dah dapat masuk exam,kiranya dah lulus lah tu''Takpe, dental hanya golongan minoriti sahaja.Tak penting mana' .Ah,kenyataan kamu itu membuatkan saya ingin ketuk aje kepala kamu. Ingat, nanti kamu sakit gigi...kamu jugak yang terkial2 mencari doktor gigi bukan? Haha..

Fahamilah,sehebat mana bidang kamu atau setinggi mana kedudukan kamu...semua sama saja. Cikgu ada kesulitannya sendiri, engineer pun ada kesukaran dari segi-segi tertentu, tukang sapu pun ada kepayahannya bahkan penjual dan pengutip sampah pun ada keterbatasannya. Mungkin kalau saya boleh jadi doktor gigi,tak bermakna otak saya mampu lulus dengan cemerlang sebagai seorang guru biologi macam PiPs..eh,silap pulak. Cuba-cubalah pandang ke bawah sekali-sekala. Anda bangga berjalan dengan memakai white coat di khalayak ramai? Fikirkan, anda memang langsung tak layak untuk berbangga~sebab bila-bila masa saja Allah boleh tarik kepandaian itu.

Oh, saya memang garang. Garang pada tempatnya,kalau salah tetap salah walaupun anda kawan terbaik saya. Tapi akan cepat2 rasa menyesal selepas marah pada orang. Saya tak pandai nk meminta simpati orang, saya cuma ada Allah tempat meminta-minta.Ya,saya adalah seorang pengemis..yang hatinya penuh compang camping.

*******
Tahniah buat sahabat yang selamat mendirikan rumah tangga~k.fizah muharam&solah(ops..saya bukan meor,saya adiknya occay), che nuraidila&zahran, syafini&azlan, k.ain&rauf coming soon farah diva, qistina,syuhada&takiyudin,rozaimi&spouse. Moga beroleh kebaikan berpanjangan, zuriat yang soleh-solehah penyejuk mata mudah-mudahan. Anda bila lagi?hehe...
Saya~kawin dengan kereta dulu (mungkinGetz,Swift..atau kereta emak sj;jimat2). Ada rezeki, ada jodoh, ada masa~kawinlah semua org kan? Tapi layakkah saya utk kawin???A big reponsibility waiting ahead.

Perkahwinan adalah terlalu mulia dan suci buat saya. Maka, saya kena berhati-hati.Silap pencaturan, lain jadinya. Takde gear reverse, takde istilah undur atau patah kembali. Banyak sudah episod dalam perkahwinan yang saya saksikan.Terkadang rasa phobics jugak memikirkan. Tapi, ketakutan itu perlu dikekang dengan keyakinan pada takdir Allah, bukan?Perkahwinan adalah saling melengkapi, seorang tempang yang satu lagi menampung. Sudah Allah ciptakan kita sebegitu, two heads are better than one. Oleh sebab itu, saya tak meletakkan segala kriteria pada bakal suami saya(cewah..ada lah org yg akan perasan nanti). Cukuplah saya merasakan dia sesuai dengan saya dan amat menjaga solat dan mak ayah lapang hati menerima.

Malam ni ke KL, esok sesudah siap mendaftar sbg practicioner saya akan ber'dating' dengan sesorang. Lama sudah tak ketemu dengan dia, asyik sibuk memanjang. Lepas ni, dia akan sibuk2 meminta saya membaiki giginya..yelah2. Saya rindukan dia...tapi lebih penting saya rindu untuk dia belanja saya shopping sakan.Shopping is one of the best therapy..oic. Dia pun tahu...PipS, I pun ada power jugak tau...power rangers..go..go atau satria baja hitam..uh,betui ka.I tak minat cartoons laa.

p/s: sorry for blaming you all...to reads this merapu entry. I got to tell what I had to tell..aite?

AULD LANG SYNE- to all batchmate...

2 Comments:

  • At Wednesday, 04 June, 2008, Anonymous Anonymous said…

    hehe at last u mentioned bout this..
    hmm i think diz article should be directed to a so called dr tat i wished her congrats...hehehe..

    x delah, no offense..gurau je, ya my medical colleque :)

    diyana

     
  • At Friday, 06 June, 2008, Anonymous Anonymous said…

    well...tis is my grudge towards them..hihi..a bit offensive and 'abusive'..mentally I would say. BTW, let bygone be bygone..no use to throw a tantrum at them at all..better get going n yuhuu,I'm in holiday+playing+reading mood..

     

Post a Comment

<< Home