Taklifan
'Berdirilah tegak memperjuangkan pendirian selama hidupmu! Sesungguhnya hayat itu hanya bererti bila diisi dengan pendirian dan perjuangan' (Syauqi)
Sabda Rasulullah s.a.w: 'Kasihlah semua yang di bumi, nescaya kamu dikasihi oleh yang di langit'
.....Ada surat bertukar tangan petang tadi. Dia mengerut dahi seraya menerima surat bersampul coklat. Cuba bertanya tapi sahabatnya tersenyum. Aduh, sahabat jauh manalah yang masih berkirim-kirim warkah ni? Takde ribut, takde hujan.Alih-alih ada surat.Sudahlah bergam rapi.Di zaman serba moden ini, masih ada orang yang konservatif.Bagus juga, samalah dengan diri ini.Tulisan agak cantik, sahabat akhawat mana lah yang cuba menguji akal ini?
Bila melihat ayat pertama, dia tergelak seketika. Sahabatnya cuma memerhati,ingin jua mengetahui apa yang membuatnya geli hati. Separuh isi surat dihabiskan, tetiba hatinya jadi terharu. Surat ini bukan surat biasa, tapi bukan kerana penulisnya. Cuma kerana surat ini mengingatkan pada TAKLIFAN yang sudah lama ia pinggirkan lantaran kerja akademik yang didahulukan.
Dalam ketawa, hatinya meruntun hiba.Terkenang saat tangan menerima watikah perlantikan. Senyum.Sedih.Semua silih berganti. Dia tak berlaku amanah, dia alpa, dia cuai. Ketawa kecilnya terhenti, seluruh isi surat ditatapnya dengan pandangan kabur. Dia mahu menangis, tapi dia melawan. Lambat-lambat dia memerhati sahaja tulisan tangan, kemudian tanda nama penulis, ........
Dia tahu, rakan sejawatnya alias partnernya setia mengingatkannya. Setiap bulan, cuma dia agak malas membalas. Serik juga, buat kerja seorang diri.Sekarang, Allah dah bagi partner yang bertanggung jawab..dia pula makin tak acuh. Bersalahnya dia! Surat dilipat kemas.Dia tersenyum, senyuman yang memberi harapan.Dia ada keazaman, dan untuk itu dia semestinya mahu berusaha.Segalanya dengan izin Allah jua.

Labels: Cerita Itu Ini
0 Comments:
Post a Comment
<< Home