Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Saturday, July 12, 2008

Titipan Untukmu..


Malam makin larut seperti larutnya potassium dan seangkatan dengannya di dalam bikar. Izinkan saya bercerita mengenai eksperimen lab wahai cikgu PiPs. Sungguhpun perkataan lab dan potassium bisa menggetarkan jantungmu. Sabarlah cikgu, setiap manusia ada mehnah dan tribulasi tersendiri. Adapun sebagai manusia yang lemah, Allah jualah tempat mengadu segala kesusahan. Ingatlah setiap kesusahan pasti diiringi dengan kemudahan.
Masa makin hampir ke penghujungnya moga praktikal cikgu baik-baik aja. Maklumlah cikgu ini kan ramai peminatnya. Walaupun taste cikgu amat tinggi dan high class sungguh, saya tetap berdoa agar cikgu akan berjumpa dengan orang yang menepati cita rasa, cita-cita dan perjuangan seadanya. Saya tak mengharapkan yang lebih, cukuplah cikgu rasa bahagia. Kalaupun cikgu merasa kurang bahagia, ingatlah ada lagi orang yang paling kurang bahagia. Ingatlah motto family kita( saya pun tak tahu,jika family kita ada motto). Wasatiah itu sumber kebahagiaan. Mak ayah kita selalu berpesan, dalam berhidup hendaklah sentiasa berakhlak baik sekalipun diperlaku sebaliknya, perlu jujur pada diri sendiri dan jangan angkuh sesama manusia.
Pesan mak ayah lagi, tak mengapa jika tak disukai manusia asalkan Allah suka pada kita. Kita hidup sekejap cuma, sampai waktu pergilah kita mengadap yang Esa. Kalau iman dan amal sejengkal adanya, usah berharap hidup senang di akhirat kelak. Hendaklah beramal sungguh-sungguh dengan ikhlas penuh taqwa, ingat pada Tuhan masa senang masa susah. Pasti Tuhan disamping kita.
Maka, jangan beralah pada hidup. Meski kita mendengar kata-kata yang kurang enak, dipandang enteng jangan sekali. Koreksi dirimu, adakah salahnya di pihak mu atau sebaliknya. Jika ternyata dirimu benar, tanamlah kesabaran meninggi. Usah biarkan dirimu diperkotak katikkan di depan manusia. Ingatlah yang hak tetap hak, dan yang batil pasti terungkai. Jangan takut, tunjukkan kekuatan di dalam dirimu. Pasti orang yang berhasad dengki bertempiaran lari, takut melihat dirimu sebenar.
Dalam hidup, kawan didekati dan lawan jgn dicari. Kelak hidup susah merana..
Buat baik berpada-pada (tapi jangan sampai diambil kesempatan pula), buat jahat jangan sekali. Minda perlu bijak, madah perlu berbunga baru manusia tertarik hati.
Akhirannya, tika kawan mula lari..manusia tak mahu menolong, luruskan kembali langkahmu kepadaNYA dan keluarga yang setia disisi...Jika kita berasa keseorangan, maka jelaslah kita ini imannya tipis. Kerana mukmin yang tabah, sentiasa ingat Allah berada di sisinya saat senang mahupun susah.
p/s: a good person is decent and caring..

Labels:

Saturday, January 19, 2008

Ini Penyudahnya


"Apakah kamu mengangka bahawa kamu hanya diciptakan bermain-main dan kamu tidak akan dikembalikan?" 23:115

Kadang-kadang saya merindui untuk mati syahid, menanti syurga dan pertemuan abadi. Saat saya pergi, biarlah hati kegembiraan walaupun ada yang menangisi.Usah menangisi pemergian seorang ini yang tak punya apa-apa nilai di dunia.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (Tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam Kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri. 57:22-23

Labels:

Tuesday, December 04, 2007

'Etching' dan 'Bonding' kan Ukhuwah Ini

Assalamualaikum wbt,
Kata orang,kalau rumah lama tak diduduki ..jin akan bertandang.Dan ana tak nak ada jin di sini.
Maka dengan itu,ana kembali memeriahkan rumah ini. Walaupun frekuensi tak seperti dulu dan banyak bercerita dari fakta atau tazkirah yang formal.Kerana ana percaya, nasihat yang berkesan adalah datang dari lubuk hati yang ikhlas dan pengalaman kita sendiri. InsyaAllah,ana kongsi-kongsikan yang baik-baik shj.

Orang cuti,kami tak cuti..
Kadang-kadang berat juga mulut nak bgtau orang yang kami tiada cuti,tiada sistem semester dan cuti akhir tahun paling lambat sekali. Dan sometimes,ana pun tak tahu kenapa ana end up dengan dentistry. Adakah kerana duit?(memandangkan ada senior yg keje kt KKM(klinik daerah) salary within rm3000 per month.Adakah kerana title ?(mak ayah nak sorang dua~dpt Dr).Atau kerana ana memikirkan dr segi konteks dakwah? Wallahu'alam,moga Allah melemparkan dalam hati ana hanya niat2 yang baik dan ikhlas shj. Sementelahan ana bercadang nak set up private clinic slps ambik master. InsyaAllah, ana nak tambah lagi ilmu.Jom kita belajar sungguh-sungguh!

Diakui,akhir-akhir tahun pengajian masing-masing tertumpu pada akademik. Masa bertemu dan berbicara hati ke hati telah disisip ke tepi sedikit. Rindu rasa saat masing-masing lagi berhingusan dan keanak-anakan. Rasa baru sahaja kita semua mendaftar utk tahun satu pengajian-dengan buku-buku,sijil-sijil dan kotak skeleton,mikroskop dan slaid histology. Sebelum semuanya bertebaran di muka bumi ini,sudi-sudikanlah kalian kembali mentautan kembali 'enamal' dan 'dentin' dengan membuang bakteria dan 'caries' kerenggangan lantas meg'etching' dan 'bonding' kemudian letakkan composite/compomer/GIC Fuji II Capsule ke atasnya.(at least aesthetic and function ada yer!)Tapi ingat, moisture control penting.Nanti ada void,dapat secondary caries pulak,kawan-kawan .

p/s:suatu hari nanti,ana akan merindui sahabat semua dan perlu lbh berdikari.Oleh itu,sblm ana pergi entah ke mana-mana..cepat2lah kawin after grad.Blh ana attend majlis.Setuju? hoho..

Labels:

Tuesday, June 12, 2007

Wanna be With You

Assalamualaikum wbt,
Alkisahnya supposedly ana dapat habiskan elektif dlm masa seminggu,tapi duk kat rumah pun takde buat apa2 so betterlah ana duk stay back. At least, I have something to think about. Planning dak balik weekend but forgotlah family day AMAL MAAHAD.Gosh! I almost forgot it.
Takpelah bw diri je, since mobile clinic xdpt sbb approach n certain factors kot.Husnu dzon je.
Seminggu 2 ni, dah byk kali dpt hypoglycaemic attack~delay lagi mkn Fizah. My head already spinning, sweating and feeling so cold. Hypotension pun sama.Kawan-kawan, jaga kesihatan ye.
Since duk kat bilik sambil buat report elektif, usually ana online.So byklah tetamu yg diundang duk 'BUZZ'.Apekah? Some entertain some joking around some had dental consultation for free. But plg ana buhsan~ bila nak kawin?.Huh, bpa kali nk kena sound ni?hehe.Sekali lagi tanya, siap sedia muka ana btukar jd mcm baby Hadirah kat atas. Nak? I nak keje dulu,pegang duit sendiri, then wat umrah..then I think about that wokey? Lain kali tanyalah: Fizah,beside jd dentist..apa lg cita2 awak? Awak suka tak buku ..itu..ini? Nak tanya pendapat psl dunia hari ni ke, money management ke? Mcmana nak masak ~ikan koli masak belado???opss,resipi Pips.Takpun perang audibles ke..Beside I'm looking for slybus usrah budak medic/dental oversea..if someone had,feel free to let me know or just email me..
Semalam, Dr Raja dah cbuk2 cari ana..haha biarkan. Dah lama tak borak2 n joking around dgn Dr. Rasanya klu ana gi jumpe mesti dia sekeh kepala ana pulak.Oh,tidak!Kepala ku lagi. Dr, bila nak belanja nasik ni? Dah berzaman saya tunggu. Last time, ana ckp kat Dr tak nak dah jumpe dia kononnya nak bgurau je intentionnye.Sekali tuh~dia ingat betul2.Sblm balik dia tanya lagi~betul ke awak tak nak jumpe sy?Klu awak ckp mcm tuh lg, sy sruh awak gi bilik sy tiap2 ari tau. Hoho..ampun2 Dr.Sy gurau je. Dr cikgu saya..saya tak nak menderhaka...besar dosanya.
Moral of the story : lelain kali kita belanja Dr ..heh. Dak aih,hormatlah cikgu anda tak kira siapa dia.
Dah sterotype rupanya, asal ada program~org yg btanyakan kehadiran ke prog pasti kena uruskan jugak transport. Haish..penatlah ana mcm ni. Takde ke org nak volunteer~keje nih lah memeningkan~bila ada org bgtau last minute nk g..nak cancel.So kali ni dan for now on; ana kena btegas.Dgn ana no 'OR' dan 'IF'. Sama-samalah kita memudahkan keje ini. Ana pun nak merasa ikhlas dlm b'amal.Tapi bila encounter bmcm2 perangai manusia~amal entah ke mana ikhlas melayang ke mana. So sekali lagi,sama-sama kita mengikhlaskan diri. Al amalulillah. Tak rugi kan?
Since just ana tinggal sorang kat blok wing belah cafe...hoho so eerrie..Entah berapa kali,ana perasan ana benda hitam melayang depan tingkap. Ana buka tingkap~takde pun kelawar or burung. Tutup balik.Lastly ana baca Quran kuat2 nak jauhkan dari benda tak sepatutnya. Then, benda tu disappear, but after second habis bc..tup2 ada balik. Kacau sungguh perasaan takut nih. Bagus jugak cite Cinta Sang Ratu~at least ana bpegang segala sesuatu itu terjadi dgn izin Allah, maka mintalah dr dia. And I ended up tetido dgn laptop tpasang~pasang mp3 al Quran~pasang walkman ikim..Hui,pembaziran sungguh. Nak wat camne~dah horrified enough feeling like this.
Result dah lama keluar,akhirnya~melangkah jua ke final year.So relief to hear mak suka bila ana call. Akhirnya tertebus jua, unfortunetly no grade given~since I expect A or B~perasang sungguh.Well, at least..I finally found myself and my pace.Isn't that great dear friend? Kdg2 kita kata kita dah usaha,tpi sebenarnya tak.So berusaha lebih gigih~Allah suka orang yang bersungguh2!Coming up next: VIVA DISTINCTION~A+++

Labels:

Saturday, June 09, 2007

Andai Mati Itu Kerehatan..

Sudah hampir 23 tahun..lama hidup mati pula akan menjengah.Jangan ingat umur muda, kematian lambat lagi mahu menjemput.Zaman sekarang,apa jua boleh terjadi~cancer, accident, diabetic etc. Nak tahu,tanda mati husnul khatimah ada 18 tanda, antaranya mati accident, mati lemas, mati dlm kebakaran.
*********************
Bila difikirkan, dia telah banyak menanamkan selumbar yang menyakitkan di hati-hati semua orang dengan sengaja mahupun tidak. Dia akui, adakalanya tindakan itu bakal membawa natijah yang buruk tapi hatinya degil, keras. Dia kerap mempermainkan orang, perasaan dan jiwa raga.Bersikap acuh tidak acuh, mungkir janji.
Di sejadah yang setia menemaninya bertahun-tahun, hatinya yang rawan menyebabkan air matanya jatuh menyembah.Di hadapan Al Khaliq, dia sebatang kara memohon ampun atas segala apa yang dilakukannya. Serik atas apa yang berlaku.Khilaf dia juga selama ini. Namun kasih Allah tiada bertepian.Ditarik jua kaki ini agar terkena duri yang membuatkannya tersedar.
***********
kepada yg pernah tertusuk selumbar dari ana, mohon dimaafkan kesilapan ini. Ana cuba memahami kalian, cuma kdg2 hati ini terlalu rapuh. Moga bisanya akan hilang dgn zikrullah dan istighfar...

12:86 ---> He (Jacob) said: " I only complain of my distraction and anguish to Allah,and I know from Allah that which ye know not."
{Malay translation} (Nabi Yaakub) menjawab : "Sesungguhnya aku hanya mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dgn perantaraan wahyu) dari Allah, apa yang kamu tidak ketahui.

Labels:

Sunday, May 13, 2007

To Mom With Love...

"You Raise Me Up"

When I am down and, oh my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;
Then, I am still and wait here in the silence,
Until you come and sit awhile with me.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

There is no life, no life without its hunger;
Each restless heart beats so imperfectly;
But then you come, and I am filled with wonder;
Sometimes I think, I glimpse eternity.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up... To more than I can be.


Labels:

Thursday, May 10, 2007

Apa Yang Kau Cari..

Hujung tahun 4 semakin hampir,tahun 5 pula bakal memanggil.Bersediakah? Cukupkah? Yakinkah? Persoalan yang takkan habis. Apa kata kita tinggalkan persoalan ini dan jalaninya seperti hari-hari biasa. Ya, seperti semalam dan tahun-tahun lepas. You have to expect less, people live happily if they expect less but work hard to achieve it. Kalau kalian, mengenali dan mendalami setiap butir kata Pak Hamka dalam buku-bukunya kalian pasti menemui betapa kerendahan hati dan qanaah itu mampu menjadi kunci kebahagiaan buat sang pemilik hati (rupanya ada juga shbt,yang meminati coretan Pak Hamka.Tahniah shbtku, ayuh kita sama-sama menyelaminya kerana tidak ramai antara kita yang rajin mendalaminya).

Entah apa penyakit ini. Malas untuk pulang ke rumah. Bukan malas tapi tak sanggup menatap muka ayah ibu. Peperiksaan ini adalah puncanya. Anakmu malu untuk berhadapan dengan kalian,malu kerana lalai menunaikan amanah, cuai memikul tanggung jawab. Mahu jawab apa dengan mak ayah? Fizah dah usaha, tapi tak memuaskan (usahakah ana?) Hanya dalih sahaja. Kalaulah kalian tahu..kesedihan terlalu sarat dalam jiwa, air mata tak dapat tumpah hanya bertakung di bibir kelopak mata. Semakin usia dewasa, semakin berat amanah dipikul. Semakin usia ayah bonda berlalu, makin sayu..

Tercari dan mencari, apa yang dikehendaki dalam hidup. Masih panjang atau setakat ini sahaja. Alangkah bahagia menemuiNYA bila hati terlampau sarat dalam merinduiNYA, ambil lah jiwa ini, lepaskan ia dari kesengsaraan duniawi, jauhkanlah ia dari terpaut pada paku-paku kejahilan. Ya Allah, aku ini hanya berkelana dan mahu terus berkelana. Mencari diri yang makin hilang,izinkan ku merantau ke dunia fana agar kelak dapat bermukim di dunia abadi.

Ya Allah
Dalam mencari
Rupanya aku ini dicari
Ya dicari untuk
dilunaskan hutang yang lalu
Bukan aku berpaling dariMU
tapi aku malu padaMU
Insan selalu berkhayal
ada kesenangan menanti
itu racun dunia atau ganjaran melekakan ?
Lupakan
aku cukup penat tertipu
Tipu daya sang dunia
Bangkit
Ya perlu bangkit
dari mimpi

Jika diizinkanMU, berilah peluang untukku berkelana di dunia nan luas. Biar mata memandang betapa fakirnya dunia ini buat orang berjuang mencari cinta, agar ku temui inilah CINTA ABADIKU..

Betapa bahagia cintakan Tuhan~Bagai bunga yang mewangikan kehidupan~Tiada waktu dan jarak memisah~Kembara rasa tiada bernoktah.

Labels:

Sunday, April 08, 2007

SeKeping Hati

Assalamualaikum wbt,


Minggu yang menyesakkan dada, meletihkan badan dan merisaukan perasaan sudah berlalu. Cuma menunggu penambahbaikan serta pemulihan. Betapa ana mula memahami segala kerisauan yang melanda bilamana ada ahli keluarga yang jatuh sakit. Bila begini, barulah terasa betapa perlunya environment yang supportive bagi membangkitkan semangat yang mulanya luntur. Tapi hasil dari peristiwa ini, barulah ana mendapat jawapan dari mimpi yang pernah mendatangi dahulu. Ya Allah, sungguh besar kekuasaanMU ini, tak layak untuk hamba memilikinya. Betapa ramai, yang tak percaya akan mimpi termasuklah diri ini.Maklumlah kita ini bukannya yang maksum dari dosa, jauh pula dari yang alim serta beramal hanya taraf iman orang awam sahaja. Tetapi mimpi untuk ana, adalah sesuatu petunjuk yang mungkin betul mahupun salah. Kadang-kadang, takut untuk mengingati mimpi kerana kerap kali ia adalah gambaran yang benar pada masa depan. Namun, siapalah kita untuk menentukan perjalanan masa akan datang? Tepuk dada tanyalah iman dalam diri.




Bila mengenangkan warna-warni sebuah kehidupan, adakalanya ingin sahaja ana berhenti di takat ini. Jadi abid sepenuh masa, mengadap Allah sebagaimana Rabiatul Adawiyah di atas singgahsana kekhusyukanya.Tiada hijab. Kelelahan dalam penantian, apakah yang bakal berlaku akan datang? Terlalu payah untuk melihat ke hadapan. Lantas, turutkan sahaja langkah kakimu biarkan saja Allah menentukannya. Kamu hanya perlu berusaha, berikhtiar seterusnya tawakal. Senang sungguh, hati memujuk.


Minda sudah terlalu tua barangkali, cepat lupa bahkan sengaja melupakan. Berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku. Mahu bersendirian, usah diganggu. Andai kalian kira ini uzlah, diri ini hanya mengangguk setuju.Ala kulli hal, asif jiddan.

Labels:

Sunday, April 01, 2007

Tears From My Eyes

Dia termenung seketika, langit yang sedari tadi cerah gemilang tiba-tiba bertukar wajah mendung. Kalau begitu cuaca berubah, nasibnya jua seperti langit tadi. Jika semalam dia bergembira, hari ini dia diberikan ujian bertimpa-timpa. Dia tak bersedia, tapi qada' dan qadar sudah ditetapkan. Redha andai itu yang terbaik buat dirinya.

Duhai hati, moga tabahlah dikau menempuhi ujian mendatang

Labels:

Friday, March 30, 2007

My SweetHeart

Sunday, March 25, 2007

Mata Hatiku

Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah berlalu satu hari belajar hari ini kerana Allah telah memanjangkan usia hingga ke saat ini. Minggu ini, boleh dikatakan fokus dalam minda bukan lagi di tempat mengaji tetapi berlegar-legar di rumah. Jasad di sini, tetapi ruhnya sudah melayang entah ke mana. Huh..teruk macam ni, agaknya ada ubat lagi yang boleh cure tak?

Minggu ini, cuma sempat bertemu mata dengan beberapa orang sahabat sahaja kerana yang lain sibuk dengan tanggung jawab masing-masing. Melihat dari jauh seorang sahabat pun dah cukup meleraikan rindu padanya. Biarpun jasad tak bersama tetapi jiwa hidup bersama.

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.(Al-Baqarah:45)

Hari minggu, melawat mak angkat yang tengah sakit. Cuma mampu berbaring sahaja, makan minum tak teratur. Moga segala dosanya Allah ampunkan dan sakit ini sebagai kafarah. Sakit itu sebagai penebus dosa-dosa kita, orang yang sakit jika dia mengerjakan kebaikan dan kebajikan hingga melebihi dosa-dosanya tidak mustahil bagi Allah menyembuhkan sakitnya sekalipun dia tidak mempunyai peluang cerah untuk kembali sembuh.Dengan syarat dia ikhlas semata-mata kerana Allah. Kepada pengamal perubatan, sentiasalah ingatkan pesakit dengan ingatan yang sebenar-benar kepada Allah. DIA menjadikan segalanya dan DIA jualah yang menyembuhkannya.

Wahai anak, sesungguhnya aku ingin mengajarkan kepadamu beberapa kata, jagalah Allah, pasti Dia akan menjagamu, jagalah Allah pasti kamu dapati Dia di hadapanmu (dengan pertolonganNya), kenallah Allah dalam kesenangan, pasti Dia akan mengenalimu dalam kesusahan. Ketahuilah bahawa kemenangan ada bersama kesabaran. (HR Tirmidzi)

Ada masanya, kita mengalami keletihan rasa penuh tak terdaya meneruskan perjalanan. Depan belakang kiri kanan semuanya menjanjikan jalan buntu. Cuma kita terlupa untuk memandang ke atas. Meminta kepadaNYA. Agar di bukakan jalan untuk menghadapinya

’Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh)’ (surah Al-Anam,6:59)

Labels:

Friday, March 23, 2007

Congrats Dearie Bro..

Since a long time, didn't see you
You know..
I had dreaming about you lately
Getting to know how is your life currently
What you doing in your free time..still teasing everyone
just you always do at home
Sometimes your serious face nicely
camouflage the real you..yourself
Well, family know everything about you.

My beloved brother
CongRATs from us for finally
you agree to have convocation's time
tomorrow at UTM
Sadly, I can't be by your side
screaming and acting like you're my sweetheart
as I always do...and they believed it.
However..it's true you are my sweetheart
with sour face..heh

Snap your pics
in every angle as much as you can
so I can appreciate your differences in inch
then I can upload one here
TO announce that this guy..is my TRULY SWEETHEART

I hope that the days come easy and the moments pass slow,
And each road leads you where you want to go,
And if you're faced with a choice, and you have to choose,
I hope you choose the one that means the most to you.
And if one door opens to another door closed,
I hope you keep on walkin' till you find the window,
If it's cold outside, show the world the warmth of your smile,
But more than anything,
more than anything,
My wish, for you,
is that this life becomes all that you want it to,
Your dreams stay big,
and your worries stay small,
You never need to carry more than you can hold,
And while you're out there getting where you're getting to,
I hope you know somebody loves you,
and wants the same things too,
Yeah, this, is my wish.
I hope you never look back,
but ya never forget,
All the ones who love you,
in the place you left,
I hope you always forgive,
and you never regret,
And you help somebody every chance you get,
Oh, you find God's grace,
in every mistake,
And you always give more than you take.
This is my wish
I hope you know somebody loves you
May all your dreams stay big

Labels:

Wednesday, February 14, 2007

Ya Allah,
Sahabat saya tak seperti sahabat Nabi saw,
Sahabat Nabi setia di sisi,
Sahabat saya datang dan pergi
Ya Allah,
Saya muhasabah, menerawang sendiri,
Dari kecil ke saat ini,
Ramai sudah bertandang di hati,
Ramai juga yang datang dan pergi.
Ya Allah,
Sahabat ketawa, saya gembira,
Sahabat sayu, saya syahdu,
Sahabat layu, saya pilu,
Sahabat cemerlang, saya gemilang
Ya Allah,
Kawan saya, sahabat saya,
Rahmati kami meniti usia,
Terpisah kami di alam nyata,
Temukan semula di taman syurga.
Ya Allah,
Sahabat saya, buah hati saya,
Mesra kami penawar duka,
Rindu kami menambah cinta
Rajuk kami membuah ceria.
Ya Allah,
Silaturrahiim kami, ukhwah fillah,
Bermusuh kami, na`uzubillah,
Berpisah mati, inshaAllah,
Pengubat hati, do`a rabitah.
Salam ukhwah, teruskan amal da`wah....
inshaAllah

Labels:

Tuesday, January 30, 2007

Thru The Darkness

Pernahkah anda menunggu sesuatu yang tak kunjung tiba sedangkan setiap hari anda menantikan dengan penuh kesungguhan. Anda kekadang tidak pasti adakan ia akan datang? atau selamanya anda akan tetap setia menunggu biar apapun yang berlaku, hujan ribut, panas terik, orang lain sudah jauh ke hadapan cuma anda yang masih menetap tak berganjak hanya kerana KEYAKINAN yang utuh.

Saya pun sedang menunggu sesuatu tetapi sesuatu yang pasti...MENUNGGU BILA KEMATIAN UNTUK SAYA TIBA....

Labels:

Cukup Bagiku

"penuhi jiwa ini dengan satu rindu
rindu untuk mendapatkan cinta-Mu
meski tak layak ku harap debu cinta-Mu
meski begitu hina ku bersimpuh
cukup bagiku Allah,segalanya bagiku
dihatiku ini penuh berisi segala tentang Allah

kepada nabi Muhammad,
tercurah selawat Allah
tiada Tuhan selain Allah, cukup bagiku Allah
hasbi Rabbi Jalallah
mafi qolbi Ilallahal
alhadi shollah
laa ilaa ha Illallah "

*CUKUP BAGIKU ALLAH*

Labels: