Apa Yang Kau Cari..
Hujung tahun 4 semakin hampir,tahun 5 pula bakal memanggil.Bersediakah? Cukupkah? Yakinkah? Persoalan yang takkan habis. Apa kata kita tinggalkan persoalan ini dan jalaninya seperti hari-hari biasa. Ya, seperti semalam dan tahun-tahun lepas. You have to expect less, people live happily if they expect less but work hard to achieve it. Kalau kalian, mengenali dan mendalami setiap butir kata Pak Hamka dalam buku-bukunya kalian pasti menemui betapa kerendahan hati dan qanaah itu mampu menjadi kunci kebahagiaan buat sang pemilik hati (rupanya ada juga shbt,yang meminati coretan Pak Hamka.Tahniah shbtku, ayuh kita sama-sama menyelaminya kerana tidak ramai antara kita yang rajin mendalaminya).
Entah apa penyakit ini. Malas untuk pulang ke rumah. Bukan malas tapi tak sanggup menatap muka ayah ibu. Peperiksaan ini adalah puncanya. Anakmu malu untuk berhadapan dengan kalian,malu kerana lalai menunaikan amanah, cuai memikul tanggung jawab. Mahu jawab apa dengan mak ayah? Fizah dah usaha, tapi tak memuaskan (usahakah ana?) Hanya dalih sahaja. Kalaulah kalian tahu..kesedihan terlalu sarat dalam jiwa, air mata tak dapat tumpah hanya bertakung di bibir kelopak mata. Semakin usia dewasa, semakin berat amanah dipikul. Semakin usia ayah bonda berlalu, makin sayu..
Tercari dan mencari, apa yang dikehendaki dalam hidup. Masih panjang atau setakat ini sahaja. Alangkah bahagia menemuiNYA bila hati terlampau sarat dalam merinduiNYA, ambil lah jiwa ini, lepaskan ia dari kesengsaraan duniawi, jauhkanlah ia dari terpaut pada paku-paku kejahilan. Ya Allah, aku ini hanya berkelana dan mahu terus berkelana. Mencari diri yang makin hilang,izinkan ku merantau ke dunia fana agar kelak dapat bermukim di dunia abadi.
Jika diizinkanMU, berilah peluang untukku berkelana di dunia nan luas. Biar mata memandang betapa fakirnya dunia ini buat orang berjuang mencari cinta, agar ku temui inilah CINTA ABADIKU..
Betapa bahagia cintakan Tuhan~Bagai bunga yang mewangikan kehidupan~Tiada waktu dan jarak memisah~Kembara rasa tiada bernoktah.

Ya Allah
Dalam mencari
Rupanya aku ini dicari
Ya dicari untuk
dilunaskan hutang yang lalu
Bukan aku berpaling dariMU
tapi aku malu padaMU
Insan selalu berkhayal
ada kesenangan menanti
itu racun dunia atau ganjaran melekakan ?
Lupakan
aku cukup penat tertipu
Tipu daya sang dunia
Bangkit
Ya perlu bangkit
dari mimpi
Jika diizinkanMU, berilah peluang untukku berkelana di dunia nan luas. Biar mata memandang betapa fakirnya dunia ini buat orang berjuang mencari cinta, agar ku temui inilah CINTA ABADIKU..
Betapa bahagia cintakan Tuhan~Bagai bunga yang mewangikan kehidupan~Tiada waktu dan jarak memisah~Kembara rasa tiada bernoktah.
Labels: Hatiku Berbicara
0 Comments:
Post a Comment
<< Home