SeKeping Hati
Minggu yang menyesakkan dada, meletihkan badan dan merisaukan perasaan sudah berlalu. Cuma menunggu penambahbaikan serta pemulihan. Betapa ana mula memahami segala kerisauan yang melanda bilamana ada ahli keluarga yang jatuh sakit. Bila begini, barulah terasa betapa perlunya environment yang supportive bagi membangkitkan semangat yang mulanya luntur. Tapi hasil dari peristiwa ini, barulah ana mendapat jawapan dari mimpi yang pernah mendatangi dahulu. Ya Allah, sungguh besar kekuasaanMU ini, tak layak untuk hamba memilikinya. Betapa ramai, yang tak percaya akan mimpi termasuklah diri ini.Maklumlah kita ini bukannya yang maksum dari dosa, jauh pula dari yang alim serta beramal hanya taraf iman orang awam sahaja. Tetapi mimpi untuk ana, adalah sesuatu petunjuk yang mungkin betul mahupun salah. Kadang-kadang, takut untuk mengingati mimpi kerana kerap kali ia adalah gambaran yang benar pada masa depan. Namun, siapalah kita untuk menentukan perjalanan masa akan datang? Tepuk dada tanyalah iman dalam diri.
Bila mengenangkan warna-warni sebuah kehidupan, adakalanya ingin sahaja ana berhenti di takat ini. Jadi abid sepenuh masa, mengadap Allah sebagaimana Rabiatul Adawiyah di atas singgahsana kekhusyukanya.Tiada hijab. Kelelahan dalam penantian, apakah yang bakal berlaku akan datang? Terlalu payah untuk melihat ke hadapan. Lantas, turutkan sahaja langkah kakimu biarkan saja Allah menentukannya. Kamu hanya perlu berusaha, berikhtiar seterusnya tawakal. Senang sungguh, hati memujuk.
Minda sudah terlalu tua barangkali, cepat lupa bahkan sengaja melupakan. Berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku. Mahu bersendirian, usah diganggu. Andai kalian kira ini uzlah, diri ini hanya mengangguk setuju.Ala kulli hal, asif jiddan.
Labels: Hatiku Berbicara
0 Comments:
Post a Comment
<< Home