Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Saturday, March 31, 2007

Maulidur Rasul

'Maaflah saya pun tak tahu apa Maulidur Rasul, dah lama tak pegi surau'..'Maulidur Rasul tu birthday Nabi'..pernah tak kalian mendengar jawapan sebegini bila diajukan soalan mengenai Rasulullah s.a.w Nabi junjungan mulia kita?. Apa perasaan kalian? Marah? Sedih? Tapi itulah realiti yang melanda umat manusia yang mengaku bahawa mereka Islam, tetapi hanya pada nama sahaja. Itulah umat Islam Malaysia hari ini terutamanya remaja.

Bercakap tentang Maulidur Rasul, sudah dapat dibayangkan betapa typicalnya orang kita meraikannya..dengan berlangsungnya perarakan, forum yang membicarakan tentang kelahiran baginda dan drama/nasyid yang menghiasi televisyen. Semuanya hanya atas permukaan bukannya mendalam. Sekadar atas nama. Disebabkan ketypicalannya itu, ana tak bercadang mahu ke ceramah yng turut diadakan di usmkk.

Tapi alhamdulillah, suara ustaz yang kedengaran melantun ke gegendang telinga membuka jalan untuk ana sama-sama menelusuri hakikat disebalik mengapa kita perlu mendalami makna sebenar Maulidur Rasul. Menyambutnya bukanlah seperti menyambut ulang tahun kelahiran kita.Ada sunnah yang perlu kita ikuti dan jalankan tanda betapa kecintaan kita kepada baginda.Dari sekecil-kecil sunnah hingga ke sebesar-besar sunnah.
Ramai yang meraikan tetapi tidak mengenali sifat dan keperibadian Rasulullah, hairan juga kita cinta padanya tetapi kita tidak mengenalinya dan melakukan apa yang telah dia ajarkan.Cinta kah itu?

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :
· Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.
· Aku melihat cahaya dari lidahnya..
· Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
· Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
· Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
· Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
· Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
· Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
· Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
· Wajahnya seperti bulan purnama.
· Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
· Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
· Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
· Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian
sudut.
· Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali
melihatnya.
· Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
· Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
· Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
· Janggutnya penuh dan tebal menawan.
· Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
· Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
· Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
· Rambutnya sedikit ikal.
· Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi
disisir rapi.
· Rambutnya terbelah di tengah.
· Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke
pusat.
· Dadanya bidang dan selaras dgn perut.
· Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
· Seimbang antara kedua bahunya.
· Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn
cantik.
· Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
· Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
· Kakinya berisi
· Tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
· Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
· Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih. Warna
putihnya lebih banyak.
· Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
· Warna kulitnya putih tapi sihat.
· Kulitnya putih lagi bercahaya.
· Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
· Badannya tidak gemuk.
· Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
· Perutnya tidak buncit.
· Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan
lebih tinggi drpd mereka.

Sampaikanlah kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.Cintailah Rasulullah s.a.w dengan melakukan sunnahnya dan berselawatlah ke atasnya

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home