Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Sunday, March 25, 2007

Mata Hatiku

Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah berlalu satu hari belajar hari ini kerana Allah telah memanjangkan usia hingga ke saat ini. Minggu ini, boleh dikatakan fokus dalam minda bukan lagi di tempat mengaji tetapi berlegar-legar di rumah. Jasad di sini, tetapi ruhnya sudah melayang entah ke mana. Huh..teruk macam ni, agaknya ada ubat lagi yang boleh cure tak?

Minggu ini, cuma sempat bertemu mata dengan beberapa orang sahabat sahaja kerana yang lain sibuk dengan tanggung jawab masing-masing. Melihat dari jauh seorang sahabat pun dah cukup meleraikan rindu padanya. Biarpun jasad tak bersama tetapi jiwa hidup bersama.

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.(Al-Baqarah:45)

Hari minggu, melawat mak angkat yang tengah sakit. Cuma mampu berbaring sahaja, makan minum tak teratur. Moga segala dosanya Allah ampunkan dan sakit ini sebagai kafarah. Sakit itu sebagai penebus dosa-dosa kita, orang yang sakit jika dia mengerjakan kebaikan dan kebajikan hingga melebihi dosa-dosanya tidak mustahil bagi Allah menyembuhkan sakitnya sekalipun dia tidak mempunyai peluang cerah untuk kembali sembuh.Dengan syarat dia ikhlas semata-mata kerana Allah. Kepada pengamal perubatan, sentiasalah ingatkan pesakit dengan ingatan yang sebenar-benar kepada Allah. DIA menjadikan segalanya dan DIA jualah yang menyembuhkannya.

Wahai anak, sesungguhnya aku ingin mengajarkan kepadamu beberapa kata, jagalah Allah, pasti Dia akan menjagamu, jagalah Allah pasti kamu dapati Dia di hadapanmu (dengan pertolonganNya), kenallah Allah dalam kesenangan, pasti Dia akan mengenalimu dalam kesusahan. Ketahuilah bahawa kemenangan ada bersama kesabaran. (HR Tirmidzi)

Ada masanya, kita mengalami keletihan rasa penuh tak terdaya meneruskan perjalanan. Depan belakang kiri kanan semuanya menjanjikan jalan buntu. Cuma kita terlupa untuk memandang ke atas. Meminta kepadaNYA. Agar di bukakan jalan untuk menghadapinya

’Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh)’ (surah Al-Anam,6:59)

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home