Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Sunday, March 18, 2007

Cawan, Penyangkut Baju dan Selimut


Assalamualaikum..sekali lagi.

Berapa kali agaknya kita semua bagi salam dalam sehari? Sama ada pada orang yang dikenali atau tak? Jawapannya ada dalam diri masing2. Mahal sangatkah salam kita atau takut orang tak jawab salam kita? Apapun, pastikan salam itu sesuai pada tempatnya.


Hee..orang sibuk nak exam,dia sibuk update blog! Takdelah,time senggang kita buat benda lain. Baca berjam2 belum tentu semua masuk kan? So study smart,kawan-kawan.Walaupun ana pun bukanlah orang bijak tapi sekurang2nya kita buat yang terbaik, bukan?


Antara banyak barang2 kat bilik ada 3 barang yang 'antik' dan 'klasik'. Jadi anak yang tengah dalam keluarga yang ramai sememangnya membuatkan kita akan mewarisi segala harta benda dari kakak dan abang teratas. Dan pasti ada muka-muka yang tak berpuas hati dengan tradisi sedemikian termasuklah tuan punya blog ini. Asyik2 kena guna barang lama, bila nak beli yang baru? Pulak tuh, apa2 pun kena kongsi berdua, kek belah dua,buah belah dua, air kongsi dua orang.Semuanya menggunakan kuasa bahagi dua. Akhirnya, sungguh mantap matematik sekolah rendah sebab setiap hari akan ada exposure math ni. Ingat sifir ayah= KBB(kecil ke besar kena bahagi),BKK(besar ke kecil kena kali). Banyak formula math dalam family, cuma takde sorang pun berkecenderungan ke arah math,add math or calculus except abang yang belajar.


Tapi bila difikirkan semula, banyak sebab kenapa mak ayah ajar sedemikian pada anak-anaknya eventhough kami ini dalam kategori 'mewah'. Bukan sekadar untuk berjimat cermat pada masa depan bahkan mengajar kami bahawa, kita bukan sahaja berkongsi benda tetapi belajar bagaimana untuk menjaga dan appreciate setiap benda yang diberikan. Itulah nilai sebenar kasih sayang, bagaimana kita menjaga hak milik bersama. Menghormati yang lebih tua dan menyayangi yang lebih muda. Berkorban sedikit untuk mendapat ganjaran yang besar.


Ayah pernah kata, bukan ayah tak mampu beli something tapi ayah tak mahu.Sebab ayah nak semua anak2nya merasai betapa susahnya nak mendapatkan sesuatu dan perlu untuk berusaha bukan hanya goyang kaki. Kalau kita tak pernah rasa susah, bagaimana mahu menghargai sesuatu benda. Orang dulu-dulu tak pandai tapi banyak pengalaman, tetapi orang sekarang banyak teori tapi takde pengalaman, ujar ayah lagi. Itulah kata-kata ayah, tiap kali sembang petang, malam, pagi di dapur, depan tv, dalam kereta. Itu tarbiyyah kami di rumah. Sembang ilmu.


3 benda di atas adalah warisan teratas. Sebagaimana diorang jaga, begitu jualah ana sedaya upaya menjaga.Sekarang hampir 4 tahun, dalam jagaan.Alhamdulillah, hayatnya masih panjang dan moga diperpanjangkan lagi. Terima kasih kakak kerana mewariskan cawan dan penyangkut baju, dan terima kasih abang kerana mewariskan selimut itu.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home