Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Monday, March 26, 2007

Alahai Menantuku!

Assalamualaikum semua,
Huhu semalam cerita sedih, syukur hari ini cerita gembira pula. Al kisahnya, kami semua masih dalam posting Oral Surgery dan perlu memenuhi requirement beberapa cabutan gigi. Alhamdulillah, dapatlah 2 batang yang ana cabut sambil masih terdapat 1% keraguan. Habis tudung ana terpercik dengan titisan darah patient. Alamak! Kena basuh balik.

Mahu dijadikan cerita, minggu depan kami semua masuk posting baru-pedo so semua asyik menunggu turn nak call patient untuk dipanggil. Sampailah turn ana, maka dengan penuh hemah dan tata tertib seadanya call patient. Punyalah bersemangat terang itu ini, alih-alih..'ni kak na, dental lab kat atas lah'..hoho, rupanya technologist kat atas. Apa lagi, tergelak2 kami dalam tipon.' Fizah, boleh jadi menantu kak na macam ni'. 'Ha'ah, sopan betul. Tapi anak kak na kecik lagi'. Nasib baik lah, tak kena kelentong all the way. Punyelah guna bahasa skema, petang tuh jumpa kak na..sekali lagi kami tahan nak ketawa..Patutlah macam kenal suara tuh! Kantoi=)

Petang ni, insyaAllah Hadirah sampai ke Kelantan. Takpe2, baby ni cepat beradaptasi dgn segala suasana. Setelah lama duduk dalam biah yang tak terjaga kini tibalah masanya untuk mensucikannya dengan biah solehah di negeri di bawah kepimpinan ulama'. Jaga makan, jaga diri dan semuanya dilakukan oleh achik2 yang berpengalaman dlm bidang pengasuhan kanak-kanak dan bayi. 'Hadirah..jangan masuk dapur, nanti kena benda panas', 'Hadirah, duduk diam-diam nanti kena gigit nyamuk kat tempat gelap'..and Hadirah itu ini. Nasib baik, achik akan cuti 4 hari nih..hoho makan Hadirah.

Eh, lupa exam2 Khamis nih, ma'an najah wat taufiq

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home