Oh..Jantung Hati Achik
Assalamualaikum wbt,
Kaifa hal?Moga sihat-sihat saja. Seminggu sudah Hadirah berada di sini. geli hati tengok keletah baby yang bakal menyambut 1st anniversary/birthday tak lama lagi. Sudah berjaya bertatih beberapa langkah, goyang badan kiri kanan, bila orang berzikir dia turut mahu berzikir sambil melentok ke depan belakang, pandai memujuk orang dan membuatkan kami ketawa.
Ana sudah 2 malam tak tidur lena dan solat sempurnakan mana yang wajib sebab kena take eye on her since ayah kena hospitalized 2 malam. Kali ini, sakit ayah pelik sikit. Ada chills tapi takde fever. Sehari sebelum tuh, ada hypoglycaemic attack dan hypotension. Memang kebelakangan ini, ayah kurang makan sebab kena control diet. Hmm..pening jugak nak diagnose sakit ayah ini. Moga Allah sembuhkan penyakit ayah.Ameen. Ana kagum dengan mak, walau apa yang terjadi maklah orang paling tabah(pips..hoho hang nangis?sabar2), always manage semua benda dengan baik. Tak mo kami semua risau. Yang paling terharu bila tengok keluarga kita semua saling ambil berat hatta jauh di Labuan sekalipun.TQ sbb kirimkan byk chocolate kt kitaorg.
Nak jaga baby memang susah since apa yang Hadirah bebelkan tak kami faham.Cuma bila dia nakkan sesuatu..pandai pula dia sebut 'Nak' 4-5 kali. Skill terbaru ana gain, mandikan baby and masak bubur nasi Hadirah. Ana gilir2 shift dengan akak jaga Hadirah. Alhamdulillah, baby ni tak banyak meragam. Cuma banyak kena memahami. Erm, tapi tak laratlah nak berjaga tiap-tiap pagi buta tukar lampin buat susu. Alamak, macam manalah anak ana nanti ye?Heh.
Ana tak dapat buat apa2 cuti ini. Maaf sahabat. InsyaAllah, balik nanti ana sambung balik tugas.Terima kasih shbt2 yg banyak membantu, tak sempat ana nak reply msg kalian.
Labels: My Little Baby
0 Comments:
Post a Comment
<< Home