Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Saturday, July 12, 2008

Titipan Untukmu..


Malam makin larut seperti larutnya potassium dan seangkatan dengannya di dalam bikar. Izinkan saya bercerita mengenai eksperimen lab wahai cikgu PiPs. Sungguhpun perkataan lab dan potassium bisa menggetarkan jantungmu. Sabarlah cikgu, setiap manusia ada mehnah dan tribulasi tersendiri. Adapun sebagai manusia yang lemah, Allah jualah tempat mengadu segala kesusahan. Ingatlah setiap kesusahan pasti diiringi dengan kemudahan.
Masa makin hampir ke penghujungnya moga praktikal cikgu baik-baik aja. Maklumlah cikgu ini kan ramai peminatnya. Walaupun taste cikgu amat tinggi dan high class sungguh, saya tetap berdoa agar cikgu akan berjumpa dengan orang yang menepati cita rasa, cita-cita dan perjuangan seadanya. Saya tak mengharapkan yang lebih, cukuplah cikgu rasa bahagia. Kalaupun cikgu merasa kurang bahagia, ingatlah ada lagi orang yang paling kurang bahagia. Ingatlah motto family kita( saya pun tak tahu,jika family kita ada motto). Wasatiah itu sumber kebahagiaan. Mak ayah kita selalu berpesan, dalam berhidup hendaklah sentiasa berakhlak baik sekalipun diperlaku sebaliknya, perlu jujur pada diri sendiri dan jangan angkuh sesama manusia.
Pesan mak ayah lagi, tak mengapa jika tak disukai manusia asalkan Allah suka pada kita. Kita hidup sekejap cuma, sampai waktu pergilah kita mengadap yang Esa. Kalau iman dan amal sejengkal adanya, usah berharap hidup senang di akhirat kelak. Hendaklah beramal sungguh-sungguh dengan ikhlas penuh taqwa, ingat pada Tuhan masa senang masa susah. Pasti Tuhan disamping kita.
Maka, jangan beralah pada hidup. Meski kita mendengar kata-kata yang kurang enak, dipandang enteng jangan sekali. Koreksi dirimu, adakah salahnya di pihak mu atau sebaliknya. Jika ternyata dirimu benar, tanamlah kesabaran meninggi. Usah biarkan dirimu diperkotak katikkan di depan manusia. Ingatlah yang hak tetap hak, dan yang batil pasti terungkai. Jangan takut, tunjukkan kekuatan di dalam dirimu. Pasti orang yang berhasad dengki bertempiaran lari, takut melihat dirimu sebenar.
Dalam hidup, kawan didekati dan lawan jgn dicari. Kelak hidup susah merana..
Buat baik berpada-pada (tapi jangan sampai diambil kesempatan pula), buat jahat jangan sekali. Minda perlu bijak, madah perlu berbunga baru manusia tertarik hati.
Akhirannya, tika kawan mula lari..manusia tak mahu menolong, luruskan kembali langkahmu kepadaNYA dan keluarga yang setia disisi...Jika kita berasa keseorangan, maka jelaslah kita ini imannya tipis. Kerana mukmin yang tabah, sentiasa ingat Allah berada di sisinya saat senang mahupun susah.
p/s: a good person is decent and caring..

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home