Ghaddul Bashar

"Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta tetapi hati yang letaknya di dalam jasad itu yang buta"

Tuesday, December 04, 2007

'Etching' dan 'Bonding' kan Ukhuwah Ini

Assalamualaikum wbt,
Kata orang,kalau rumah lama tak diduduki ..jin akan bertandang.Dan ana tak nak ada jin di sini.
Maka dengan itu,ana kembali memeriahkan rumah ini. Walaupun frekuensi tak seperti dulu dan banyak bercerita dari fakta atau tazkirah yang formal.Kerana ana percaya, nasihat yang berkesan adalah datang dari lubuk hati yang ikhlas dan pengalaman kita sendiri. InsyaAllah,ana kongsi-kongsikan yang baik-baik shj.

Orang cuti,kami tak cuti..
Kadang-kadang berat juga mulut nak bgtau orang yang kami tiada cuti,tiada sistem semester dan cuti akhir tahun paling lambat sekali. Dan sometimes,ana pun tak tahu kenapa ana end up dengan dentistry. Adakah kerana duit?(memandangkan ada senior yg keje kt KKM(klinik daerah) salary within rm3000 per month.Adakah kerana title ?(mak ayah nak sorang dua~dpt Dr).Atau kerana ana memikirkan dr segi konteks dakwah? Wallahu'alam,moga Allah melemparkan dalam hati ana hanya niat2 yang baik dan ikhlas shj. Sementelahan ana bercadang nak set up private clinic slps ambik master. InsyaAllah, ana nak tambah lagi ilmu.Jom kita belajar sungguh-sungguh!

Diakui,akhir-akhir tahun pengajian masing-masing tertumpu pada akademik. Masa bertemu dan berbicara hati ke hati telah disisip ke tepi sedikit. Rindu rasa saat masing-masing lagi berhingusan dan keanak-anakan. Rasa baru sahaja kita semua mendaftar utk tahun satu pengajian-dengan buku-buku,sijil-sijil dan kotak skeleton,mikroskop dan slaid histology. Sebelum semuanya bertebaran di muka bumi ini,sudi-sudikanlah kalian kembali mentautan kembali 'enamal' dan 'dentin' dengan membuang bakteria dan 'caries' kerenggangan lantas meg'etching' dan 'bonding' kemudian letakkan composite/compomer/GIC Fuji II Capsule ke atasnya.(at least aesthetic and function ada yer!)Tapi ingat, moisture control penting.Nanti ada void,dapat secondary caries pulak,kawan-kawan .

p/s:suatu hari nanti,ana akan merindui sahabat semua dan perlu lbh berdikari.Oleh itu,sblm ana pergi entah ke mana-mana..cepat2lah kawin after grad.Blh ana attend majlis.Setuju? hoho..

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home