“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).” (Al-Ahqaaf: 15)
"Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu." (Al-Bukhari)
Hadith Rasulullah SAW: “Bukanlah puasa itu sekadar menahan diri dari daripada makan dan minum akan tetapi menahan diri daripada perkataan sia-sia dan kotor.” (Riwayat Al-Hakim, disahihkan oleh Al-Albani)
Di dalam hadith yang lain, riwayat Bukhari dan Muslim:
“Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keikhlasan kepada Allah maka diampunkan kepada Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosa yang terdahulu."
Di dalam hadith yang lain: “Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pintu yang dinamakan ‘pintu Rayyan’, ertinya; orang yang sudah kenyang kerana minum, iaitu pintu yang hanya dimasuki oleh orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat nanti…”

Hadith yang sahih riwayat An-Nasa’i: “Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan; kegembiraan yang pertama ketika berbuka puasa dan kegembiraan yang lain ialah ketika menemui Allah.”
0 Comments:
Post a Comment
<< Home